"Tindakan mana-mana wakil rakyat yang dipilih atas tiket parti untuk melompat parti adalah tidak bermoral, tidak beretika dan tidak berprinsip serta menghina pilihan demokratik rakyat. Jika mereka dipilih atas tiket sesebuah parti dan ingin meninggalkan parti tersebut, mereka harus letak jawatan dan membenarkan rakyat memilih semula. Demokrasi, kebertanggungjawaban dan etika bererti bahawa rakyat harus diberi peluang untuk mengadili sama ada keputusan wakil rakyat untuk melompat parti itu boleh diterima atau tidak." (Lim Guan Eng, 24 Ogos 2012)
Jelas bahawa DAP bersikap double standard kerana sebelum ini mengecam keras wakil rakyat yang melompat parti tetapi dalam kes wakil rakyat PAS yang melompat parti ke Parti Amanah Negara ( PAN) pula kecaman sebegini langsung tiada malah DAP mengalu-alukan dan mendakap mesra pula wakil rakyat PAS yang melompat parti.
Cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Piang untuk mengharamkan gejala "Lompat Melompat" parti akan melindungi Rakyat Malaysia daripada ditipu dalam kerajaan pilihan mereka - http://dapmalaysia.org/english/2012/aug12/lge/lge1714.htm
Penang passes anti-hopping law at state assembly - The Malaysian Insider - http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/penang-passes-anti-hopping-law-at-state-assembly
Archives | The Star Online. - http://www.thestar.com.my/story/?file=%2F2012%2F11%2F3%2Fnation%2F12267434&sec=nation
Penang's anti-hopping law gazetted and enforced on Feb 15 - The Malaysian Insider - http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/penangs-anti-hopping-law-gazetted-and-enforced-on-feb-15
Lim Guan Eng telah meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 1 November 2012 bagi memperuntukkan bahawa mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri yang melompat parti atau dipecat dari parti hendaklah mengosongkan kerusi beliau, knowing fully well bahawa pindaan sama di Kelantan pada 25 April 1991 telah diputuskan oleh Mahkamah Agung sebagai null and void kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan pada 3 April 1992. Pindaan ini telah diwartakan oleh kerajaan negeri pada 15 Februari 2013.
Jelas bahawa DAP bersikap double standard kerana sebelum ini mengecam keras wakil rakyat yang melompat parti tetapi dalam kes wakil rakyat PAS yang melompat parti ke Parti Amanah Negara ( PAN) pula kecaman sebegini langsung tiada malah DAP mengalu-alukan dan mendakap mesra pula wakil rakyat PAS yang melompat parti.
~Hijau
0 comments: