KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia terus mempertahankan dan menyokong penuh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian biarpun Ahli Parlimen Marang itu berhadapan dengan saman.
Ketua penerangannya, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, biarpun kesal dengan tindakan empat individu yang memfailkan saman ke atas Abdul Hadi, PAS tidak akan berputus asa untuk meneruskan perjuangan dalam mengangkat syariah Islam di negara ini.
“Biar apa sekalipun cabaran dan halangan yang dihadapi untuk memartabatkan syariah Islam, Muslimat PAS Pusat akan terus bersama-sama presiden dalam isu ini, malah akan bekerja lebih keras bagi meneruskan agenda perjuangan Islam ini,” kata beliau ketika dihubungi, 29 September lalu.
Beliau yang kesal dengan tindakan saman itu, lebih-lebih lagi yang mem- babitkan mereka yang beragama Islam, berharap keempat-empat mereka akan mendapat hidayah daripada Allah SWT danmenyedari hikmah di sebalik undang-undang Islam yang dicipta Allah untuk umat manusia.
Tambah beliau, terdapat golongan bukan Islam, khususnya dari kalangan Dewan Himpunan Penyo- kong PAS (DHPP) sendiri yang menyokong dan melihat kewajaran hukum Islam, lebih-lebih lagi ketika keadaan negara begitu tenat dengan pelbagai masalah sosial.
Justeru, katanya semua pihak, khususnya yang beragama Islam perlu melihat kembali dan memberi peluang agar hukum Islam terlaksana bagi memboleh- kan keindahan hukum itu dilihat sendiri.
“Muslimat PAS Malaysia mengharapkan semua pihak berlapang dada, me- nilai secara rasional, beri peluang untuk melihat hukum Islam ditegakkan. Dalam masa sama sesi penerangan, pemahaman akan terus dilakukan agar semua pihak dapat memahami berkenaan hukum Islam ini,” kata beliau.
Pada 28 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Oktober ini bagi memutus bantahan awal Abdul Hadi dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkaitan saman terhadap usul persendirian bagi meminda Akta 355.
Ia berikutan tindakan empat individu, Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaludin menyaman Presiden PAS dan empat lagi defendan kerana membawa Private Member’s Bill ke Parlimen untuk meminda Akta 355 bagi mening- katkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. - Harakah
0 comments: