Nasihat Kesihatan Secara Umum Untuk Mencegah Penyakit Akibat Jerebu.

Nasihat Kesihatan Secara Umum Untuk Mencegah Penyakit Akibat Jerebu.
Oleh: Dr. Najihatussalehah Ahmad

1. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berada di dalam bangunan.

2. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.

3. Sentiasa membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

4. Banyakkan minum air.

5. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.

6. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.

7. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.

8. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.

Semak bacaan terkini IPU Jerebu di sini:http://apims.doe.gov.my/apims/hourly4.php

0 comments: