KLANG: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor, Datuk K. Deepakaran menegaskan ahli dan pimpinan DHPP Selangor lebih memahami perjuangan PAS dan akan terus beristiqamah dengan kepimpinan Ulama sehingga mencapai kemenangan.
Katanya, DHPP Selangor akan buktikan sokongan ahli dan pimpinan terhadap perjuangan PAS dalam program besar-besaran pada 19 September nanti.
Menurut beliau, Penerangan DHPP akan turun ke setiap kawasan untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat India berhubung perjuangan PAS.
Katanya, walaupun perjuangan DHPP berlainan tetapi matlamat kita tetap satu mahu jatuhkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Harapan saya, semua ahli dan pimpinan DHPP Selangor dan Pusat akan terus beristiqamah sehingga kemenangan. Saya akui dalam PAS memang tidak dapat apa-apa; dalam setiap aktiviti dan program kita kena keluarkan duit sendiri.
Perjuangan yang saya lakukan ini bukan untuk saya tetapi untuk anak cucu cicit di masa hadapan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Klang.
Beliau yang juga Naib Presiden DHPP Pusat menafikan ramai lagi ahlinya akan keluar kerana badan itu tidak mempunyai cawangan.
Katanya, ahli DHPP yang keluar tidak ramai di Shah Alam mereka mendakwa ahli DHPP keluar seramai 300 orang sedangkan ahli DHPP hanya 100 orang bagaimana boleh keluar 300 orang.
Begitu katanya mereka mendakwa DHPP di Kota Raja keluar sebanyak 22 cawangan.
Menurut beliau, di Hulu Selangor hanya bekas Ketua Pemuda DHPP sahaja yang keluar iaitu Raj Kumar manakala di Subang hanya Ketua dan Setiausaha Wanita DHPP sahaja yang keluar.
"Saya musykil bagaimana mereka mendakwa 500 ahli DHPP lagi akan keluar. Kita tidak ada cawangan. Selepas pemutihan, DHPP mempunyai ahli lebih kurang 5000 orang. Sebelum ini DHPP Selangor mempunyai 10,000 ahli tetapi kita tapis dan hanya yang menyokong PAS sahaja kita terima menjadi ahli DHPP," tegasnya.
Beliau berharap ahli DHPP yang keluar tidak membuat satu kenyataan bohong kerana ia akan mengelirukan rakyat.
0 comments: