
PAS SEMAKIN KUKUH MENGORAK LANGKAH
Oleh : Wartawan Penerangan WP
Bandar Tun Razak, 16hb September 2015. PAS semakin memperkukuhkan kedudukannya sejak krisis dalaman yang melanda PAS baru-baru ini.
Demikian tegas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Hj Mohamad Noor Mohamad di hadapan pimpinan-pimpinan dan ahli-ahli PAS Kawasan Bandar Tun Razak yang memenuhi dewan Markaz PAS Kawasan.
Pertemuan tersebut merupakan jaulah pertama dari siri-siri lawatan rasmi Harian Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan di seluruh PAS Kawasan Wilayah Persekutuan anjuran Penerangan PAS WP.
Menurut beliau lagi, PAS telah menerima sambutan keahlian yang sangat luar biasa seperti mana yang berlaku di Kedah yang menerima keahlian baru dalam satu majlis yang melebihi 5 ribu lebih dan yang terbaru 6 ribu di Selangor.
Beliau turut menegaskan bahawa di sana terdapat tangan-tangan ghaib yang berusaha untuk memecahkan gerakan Islam khususnya di Malaysia.
Dihantar oleh: Penerangan BTR
Langganilah https://telegram.me/PASWilayahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
0 comments: