RINGKASAN UCAPTAMA DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG (PRESIDEN PAS) DI KONGRES RAKYAT

RINGKASAN UCAPTAMA
DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

KONGRES RAKYAT
28 Zulkaedah 1436H / 12 September 2015M


[1] Dimulakan dengan ayat Al-Quran :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
"Wahai manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam IlmuNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
(Surah Al-Hujurat, ayat 13)

[2] Kongres Rakyat bermakna ia melibatkan seluruh rakyat di bumi Malaysia.

[3] Allah takdirkan kita di Malaysia ini hidup dengan pelbagai latarbelakang, budaya tanpa menafikan kaum yang menganut Islam adalah yang awal di Malaysia.

[4] Kita juga tidak menafikan mereka yang didatangkan oleh penjajah yang kemudian menjadi rakyat di sini.

[5] Penjajah mempunyai misi dan agenda jahat samada sebelum atau selepas penjajahan.

[6] Kita mesti menyelesaikan masalah kita sendiri di Malaysia.

[7] Manusia di seluruh dunia sebenarnya berasal dari Nabi Adam.

[8] Kita perlu bertaaruf di antara satu sama lain.

[9] Kita tidak boleh hidup sendirian. Ibn Khaldun menyebut tentang masyarakat madani.

[10] Nabi menegakkan Islam di kalangan masyarakat jahiliah.

[11] Tamadun Islam berkembang, diciplak oleh Barat tetapi tiada roh aqidah.

[12] Allah menjayakan, orang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa. Justeru, taqwa mesti menjadi syarat untuk menjadi pemimpin utama.

[13] Islam buktikan dapat selesaikan masalah masyarakat. Bukan kerana fanatik atau melampau, tetapi berdasarkan hakikat dan sejarah. Tiada tempat bagi orang yang fanatik atau melampau dalam Islam.

[14] Islam meletakkan taqwa sebagai asas menjadi ketua & pemimpin.

[15] Nabi tunjuk konsep kepimpinan. Nabi sebut: "Kepimpinan dari Quraisy". Ia bukan fanatik kepada Quraisy tetapi bermaksud meraikan kumpulan dan qabilah yang paling berpengaruh dan besar,

[16] Di Malaysia, kaum paling ramai adalah Melayu dan punya pengaruh paling besar tetapi bukan dengan fanatik Melayu, mesti dengan Islam yang sangat adil.

[17] Mereka yang diberi amanah kepimpinan mesti mampu mengurus dan menjana ekonomi dengan adil.


[18] Ekonomi yang adil untuk semua, membela orang miskin, memberi hak kepada orang kaya.

[19] Menunaikan "Alamru Bil Makruf". "Rakyat mengikut pemimpin." Melahirkan kepimpinan yang menunaikan amar makruf nahi mungkar. Pemimpin mesti tunaikan amanah.


[20] Allah tunjukkan kepada kita di bulan ini tentang kisah Nabi Ibrahim yang dilantik sebagai pemimpin. Namun keturunan Nabi Ibrahim yang zalim tidak termasuk dalam kepemimpinan.

[21] Ilmu, akhlak yang mulia boleh menjana ekonomi yang baik. Kenapa kita hadapi masalah ekonomi sekarang?

[22] Kami tawarkan Islam sebagai penyelesaian, sistem liberal ekonomi sedang musnah.

[23] Kongres Rakyat ini bukan seperti anjing menyalak bukit, tetapi kongres ini menyalak babi yang ada di dalam bukit itu.

Catatan:

Ustaz Nik Muhammad Nasri
Timbalan 1 Jabatan Perhubungan Awam, IT & Media Baharu DUPP
Ketua Ljnh Media Baharu
DUPNT.
TYDP PAS Kemaman

Shah Alam
Sabtu 12 Sept 2015
10.25 pagi

0 comments: