Bajet 2016; JITP Kesal Tiada Pengecualian GST Menyeluruh Dalam ICT

Pertubuhan Jaringan IT Prihatin (JITP) Malaysia menyifatkan Bajet 2016 yang dibentang Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak minggu lalu tidak mesra pengguna komunikasi dan teknologi maklumat di negara ini.



Pengerusinya, Shuhaimi Embong kesal kerana hanya kerajaan hanya mengecualikan cukai GST hanya kepada khidmat prabayar (prepaid) sahaja sedangkan pihak JITP menuntut GST juga dihapuskan dlam khidmat pascabayar (postpaid).

"Sebelum bajet tersebut dibentangkan kami mengambil pendirian menyokong tuntutan Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM) bagi mengecualikan GST kepada produk-produk ICT,

"kami juga memohon kerajaan segera membatalkan 'charge GST' yang dikenakan kepada panggilan yang dibuat sama ada 'prepaid' atau 'post paid',

"(tapi) dalam bajet 2016 baru ni hanya prepaid sahaja yang diberikan pengecualian GST tersebut dengan memberikan rebat,"ujarnya kesal.

Begitu juga, kata beliau, GST terus dikenakan ketas barangan-barangan ICT yang lain seperti gajet telefon, komputer dan sebagainya yang perlu dimasukkan dalam senatrai yang dikecualikan GST.

Beliau menggesa semua ahli parlimen agar membahaskan perkara terbabit pada sidang yang sedang berlangsung sekarang kerana, jelasnya, ia penting untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang terkesan dengan perlaksanaan GST.

Sehubungan itu, Shuhaimi berpendapat, peruntukan sebanyak RM 1.2 bilion kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menambahkan telekomunikasi Negara pada tahun hadapan, mungkin tidak mencukupi.

"Peruntukan itu antara lain difahamkan untuk menambahkan kelajuan internet luar bandar kepada empat kali ganda daripada 5 megabits sesaat (Mbps) kepada 20Mbps, membangunkan Infrastruktur Tulang Belakang Fiber Negara, jalur lebar berkelajiuan tinggi dan system kabel dasar laut.

"sedangkan pengguna internet yang aktif dinegara kita kini melebihi 20.1 juta orang terutamanya golongan muda bagi medan sosial, media baru,"tegasnya.

Oleh itu, belau turut menyarankan agar ia dikaji semula dan menambah kepada peruntukan yang lebih besar.

Dengan itu, kata beliau, kerajaan dapat menumpukan pembangunan ICT setaraf dengan pembangunan infrastruktur lain yang sedang berlaku dengan begitu pesat.

"infrastruktur telekomunikasi kawasan-kawasan luar bandar terutama yang menjadi tempat tumpuan pelancongan seperti Tasek Kenyir, Gunung Kinabalu, Taman Negara dan sebagainya supaya komunikasi mestilah ditingkatkan supaya kawasan ini boleh dihubungi dengan lebih baik.

"Dalam masa yang singkat ini, pihak kerajaan perlu menggandakan usaha mereka untuk memodenkan negara, bukan sahaja dari segi infrastruktur tetapi juga dari segi aplikasi dan penggunaan setiap warga rakyat,"katanya

198 comments:

SERAHAN MEMORANDUM TANDA PRIHATIN PEMUDA PAS

.

SERAHAN MEMORANDUM TANDA PRIHATIN PEMUDA PAS 


Pagi ini Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyerahkan memorandum bantahan kenaikan kadar tol kepada Kerajaan Malaysia melalui Ahli Parlimen PAS di perkarangan bangunan Parlimen. Kenaikan kadar tol ini dilihat sebagai penambahan beban kepada rakyat yang semakin terhimpit dengan keadaan ekonomi yang semakin parah di Malaysia.

Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah menyusun beberapa siri demonstrasi di beberapa kawasan yang terlibat dengan kenaikan kadar tol disekitar Lembah Klang. Lanjutan demontrasi yang dilakukan, beberapa Ketua Pemuda kawasan telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis bagi tujuan memberi keterangan. 

Serahan memorandum bantahan pagi ini diserahkan sendiri oleh Ust Syarhan Humaizi Abd Halim selaku Ketua Pemuda PAS Selangor kepada Ahli Parlimen PAS YB Ust Idris Ahmad selaku ahli parlimen Bukit Gantang dan bersama beliau YB Dr Che Rosli selaku ahli parlimen Hulu Langat di pintu Dewan Rakyat di Parlimen. Turut hadir dalam serahan termasuk Ahli Jawatankuasa Dppns dan beberapa ahli PAS.


Tujuan serahan tersebut adalah untuk menyampaikan hasrat Dppns yang mewakili anak muda dan rakyat agar Ahli Parlimen dapat menyuarakan isu ini melalui ruang perbahasan yang ada. Dengan pengumuman Belanjawan  yang dimaklumkan tempoh hari ternyata 'Budget Panadol' yang akan membuatkan rakyat tertekan dan kesan sosial yang semakin meruncing.


Antara desakan yang turut dimuatkan dalam Memorandum tersebut ialah.

1. Menyemak semula terma perjanjian diantara syarikat konsesi tol dan pihak kerajaan dengan mengambil kira aspek tempoh perjanjian dan penstrukturan semula konsesi tol berdasarkan pulangan kos dan keuntungan.

2. Mengamalkan dasar berbelanja secara berhemah supaya mempunyai lebihan (surplus) bagi menampung kos pampasan kepada syarikat konsesi tol diatas penangguhan kenaikan kadar tol yang dianggarkan pada kadar purata inflasi 3%-5% setahun.

3. Menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat, menekuni dan meneliti setiap perjanjian konsesi tol yang berat sebelah dan membebankan rakyat.

0 comments:

Macam mana penggubal dasar sendiri merokok - Zailah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff menegur ahli parlimen yang masih ramai merokok sedangkan mereka merupakan pembuat dasar-dasar kerajaan termasuk kempen 'Tak Nak Merokok'.

Menurut Zailah, kesan daripada asap rokok mengundang pelbagai penyakit kepada orang di sekelilingnya apa lagi ia melibatkan pelajar.
"Sejauh mana keberkesanan kempen 'Tak Nak Merokok'?

"Malah MP kita pun masih ramai yang hisap rokok. Macam mana penggubal dasar sendiri yang merokok?" soal Zailah ketika mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya di Dewan Rakyat pagi ini.

Hilmi dalam jawapannya bersetuju dengan Zailah dan sedang berusaha untuk menangani masalah perokok tegar yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah.

Malah katanya, pihak kementerian sedang mengesan satu lagi gejala baru yang termasuk penggunaan shisha dikhaskan untuk pelajar sekolah.

"Kalau orang tua pergi belia dia tak jual. Budak beli, dia jual. Biasa mereka ini mula dengan shisha akhirnya merokok," katanya.

Bahkan Hilmi mengakui kempen 'Tak Nak Merokok' sudah lama selain menyeru masyarakat sedar akan bahayanya merokok.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Wee Jeck Seng dalam soalan asal meminta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kementerian berhasrat untuk memperluaskan zon larangan merokok di seluruh negara dab apakah usaha kementerian bagi memastikan pelaksanaan ini tercapai dan pada masa sama tidak mengundang implikasi negatif terhadap masyarakat. - HARAKAHDAILY 28/10/2015

1 comments:

Pada era Tok Guru, Umno buat laporan SPRM


KOTA BHARU: Kalau sebelum ini Umno dan NGO mesra parti itu sering menjuarai isu dengan melapor dakwaan rasuah pemimpin kerajaan negeri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohd Arif Abdullah berkata, pada zaman arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berpuluh laporan SPRM dibuat Umno. 
Katanya, beratus-ratus fail disiasat dan digeledah SPRM namun ternyata akhirnya berjaya membersihkan pentadbiran Tok Guru.

“Tok Guru memberikan 25 jam sehari untuk SPRM membuat siasatan,” katanya di sini.

Sebelum ini bekas Menteri Besar itu disiasat atas dakwaan dorongan menerima tawaran menunaikan fardhu haji melibatkan kos RM65,000.

Selain itu turut ditohmah isu pelantikan menantunya Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Dan semalam seorang pengundi Mohd Afiq Ayob membuat laporan kepada SPRM terhadap dakwaan rasuah lebih RM5 juta berkaitan kegiatan pembalakan melibatkan seorang pemimpin di negeri ini.

Turut kelihatan hadir di pejabat SPRM semalam bekas aktivis NGO yang lantang memperjuangkan royalti petroleum.

Mohd Arif juga berkata tindakan Mohd Afiq tampil membuat laporan kepada SPRM berkaitan kerajaan negeri lebih baik berbanding membuat tuduhan melalui surat terbuka di media sosial.

“InsyaAllah hasil siasatan SPRM nanti akan menjawab kebenaran dan menghilangkan kekeliruan,” katanya. - HARAKAHDAILY 28/10/2015

0 comments:

Bajet 2016 : Indah Khabar Dari Rupa

Bajet 2016 : Indah Khabar Dari Rupa

Bajet 2016 yang indah khabar dari rupa bertemakan Mensejahterakan Kehidupan Rakyat tidak lebih dari pemanis mulut yang kelaknya akan memakan tuannya sendiri . Antara perkara yang disebut seperti pelaksanaan GST hanya disentuh serba sedikit di dalam Bajet 2016 malahan tujuh langkah layanan GST pula hanya memberi manfaat kepada sebahagian kecil dari golongan yang terjejas, manakala beberapa barangan yang akan diberi pengecualian GST tidak membantu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat secara keseluruhan . Bajet 2016 yang bertunjangkan 5 keutamaan dengan keutamaan pertama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara dilihat hanya memberi tumpuan pada pelaburan domestik, pasaran modal, eksport negara dan infrastruktur walhal isu yang sepatutnya diselesaikan seperti isu 1MDB dan isu 2.6 billion yang telah mengundang kepada krisis ekonomi negara .
Kejatuhan wang ringgit yang semakin lama semakin meruncing juga tidak diberi perhatian secara khusus walaupun buat masa ini 1 USD sudah bersamaan 4.25 MYR yang dilihat bakal menjejaskan pelaburan asing dan akan memberi implikasi buruk pada ekonomi negara terutamanya kerugian eksport negara .
Dalam keutamaan mempersiaga modal insan pula memperlihatkan pemotongan bajet sebanyak RM 1.4 billion untuk Universiti AWam (UA) berbanding Bajet 2015, ini merupakan sesuatu yang menyedihkan sedangkan mahasiswa merupakan antara kelompok yang terjejas dan makin ditekan dengan kos sara hidup yang meningkat kian hari. Tumpuan yang sejajar perlu diberikan kepada Universiti Awam untuk meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa sama ada di dalam bidang akademik atau penyelidikan dalam melahirkan mahasiswa kompeten.Biasiswa seperti myBrain yang merupakan pembiayaan pasca ijazah pula tidak disebut dalam Bajet ini sedangkan kos pengajian pasca ijazah adalah antara kos pengajian yang tinggi dan ini bakal menyukarkan para siswazah untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Pemberian BR1M yang hanya menambah RM 50 sahaja dan tanpa sebarang penyelesaian jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat menonjolkan lagi sikap pandang enteng kerajaan terhadap kesengsaraan rakyat.
Walaubagaimanapun, bajet 2016 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato Seri Najib menyasarkan kepada golongan M40 ditafsir sebagai golongan isi rumah berpendapatan antara RM3,860 
hingga RM8,320.

Bajet ini menampakkan kerajaan mengambil keprihatinan kepada kumpulan berpendapatan sederhana di mana pengurangan cukai yang memperlihatkan bahagian gaji bersih golongan pertengahan ini lebih tinggi berbanding dalam Bajet tahun lalu. Namun, realitinnya rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tetap dikenakan cukai iaitu GST , cukai kereta lebih 200% dan lain-lain cukai yang realitinya membebankan golongan muda terutama yg baru berumah tangga dan yang baru kerja.
Dalam memberi tumpuan kepada kedua-dua golongan (B40 dan M40) ini, golongan berpendapatan tinggi dikenakan cukai lebih tinggi. Walaubagaimanapun, kenapa golongan berpendapatan rendah dan sederhana tetap dikenakan cukai seperti seperti golongan atasan yang lain? Tegasnya, ia tidak memberi satu 'purchasing power' kepada golongan pendapatan rendah dan sederhana untuk menstabilkan ekonomi mereka.
Oleh hal demikian, Islam telah menyediakan satu sistem yang adil iaitu sistem zakat dan jizyah. Secara konsep asasnya wang itu disalurkan dari atas ke bawah. Sistem ekonomi Islam ini mewajibkan pembayaran dan Pengutipan zakat dari golongan pendapatan tinggi sahaja . Kemudiannya ia akan diagihkan kepada golongan yang layak. Inilah sistem yang akan memberi satu 'purchasing power'u kepada golongan yang layak dan sekali gus tidak membebankan golongan pendapatan sederhana.

Kesimpulannya, bajet 2016 yang dibentang itu kerajaan perlu riview semula terutama berkenaan golongan pendapatan rendah dan pembiayaan akademik utk universiti awam.Kami Dewan Pemuda Pas Perak berharap jangan jadikan belanjawan 2016 sebagai 'gula-gula' utk PRU14.
#Istiqamah Hingga Kemenangan
Akmal Hj Kamarudin
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak

1 comments:

Kelantan tetap sedia walau jangkaan banjir kecil

KOTA BAHRU - Kerajaan negeri Kelantan tetap menyediakan 773 pusat pemindahan banjir biarpun Jabatan Meterologi Kelantan menjangkakan banjir kecil berbanding tahun lalu.

Exco Bencana Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, 773 pusat pemindahan mangsa banjir disediakan bagi menghadapi kemungkinan  banjir tahun ini di negeri ini berbanding 687 tahun lalu.
"Kesemua pusat itu mampu menampung sehingga 220,290 mangsa pada satu-satu masa dengan 13 pusat daripadanya berskala besar yang mampu menempatkan sehingga 27,000 mangsa.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 274 sekolah turut dijadikan pusat pemindahan yang mampu menempatkan 126, 220 mangsa manakala lain-lain seperti balai raya dan dewan orang ramai sebanyak 486 mampu memuatkan sehingga 67,140 mangsa," selepas Majlis Penyerahan Tugas Pengurusan Bencana Banjir Negeri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berkata, persediaan itu dari segi kekuatan agensi penyelamat yang membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), JPAM, Rela, Kastam Diraja Malaysia (KDSM), Agensi Penguat Maritim Malaysia (APMM) dan beberapa agensi lagi.

"Ia dijangka melibatkan seramai 4, 269 anggota akan terbabit dalam operasi membantu dan menyelamat mangsa banjir, malah dari segi kemudahan aset lojistik, ia melibatkan kenderaan seperti lori sebanyak 108 disedikan, kenderaan pacuan empat roda (189), bot (205), van (4) dan ambulan (12), manakala sebanyak 142 pusat pendaratan helikopter untuk operasi banjir juga sudah disediakan," katanya. - 28 OKTOBER 2015 SINAR HARIAN

0 comments:

MENGAMBIL KETELADANAN DARIPADA PERPECAHAN GERAKAN POLITIK ISLAM INDONESIA (SIRI I)

Mengambil keteladanan daripada perpecahan gerakan politik Islam Indonesia (Siri 1)
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Indonesia mempunyai sejarah yang panjang dijajah oleh kuasa Belanda selama 350 tahun sehinggalah merdeka pada tahun 1945. Penjajahan dan perompakan hasil bumi Indonesia mendapat tentangan sengit daripada rakyat Indonesia seperti yang diterjemahkan melalui peristiwa Perang Jawa (1825-1830) yang dipimpin oleh ulama' iaitu Imam Diponegoro malah di Acheh juga penjajah kafir Belanda mendapat tentangan sengit daripada para santri dan para 'alim ulama'. Ribuan madrasah atau pesantren yang wujud di seluruh Indonesia telah menjadi benteng pertahanan aqidah yang cukup ampuh bagi mempertahankan Islam dan melahirkan para pejuang Islam.

Di Indonesia, pertubuhan sosial keagamaan yang paling besar keanggotaannya adalah Nahdatul Ulama' (NU) yang dianggarkan mempunyai seramai 35 juta orang ahli di seluruh negara. NU ditubuhkan di Surabaya pada 31 Januari 1926 dengan kepimpinan awalnya ialah Kiai Abdul Wahab Hasbullah dan Kiai Muhamad Hasyim. Penubuhan gerakan ini dilatari kebimbangan tentang kemaraan yang digelar Wahabi (juga digelar kaum muda atau salafi). Pada masa itu, pengikut Wahabi berjaya menguasai Hijaz dan Raja Abdul Aziz Ibnu Saud ingin mengadakan muktamar antarabangsa di Mekah. NU sehingga sekarang masih mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam sektor sosio politik di Indonesia.

Sebahagian besar umat Islam di Indonesia mempunyai tradisi membaca doa mengikut mazhab, membaca qunut, membaca talqin. Beberapa amalan dan adat yang telah berakar umbi ini telah ditentang oleh gerakan pembaharuan Wahabi dan ulama'-ulama' tradisi pula merasakan ini merupakan satu ancaman, maka Nahdatul Ulama' (NU) telah menjadi wadah penyatuan mereka. Semasa penguasaan NU, ulama'-ulama'nya telah menggariskan matlamat NU yang dipanggil Khitbah 1926 yang menegaskan NU ialah sebuah pertubuhan sosial keagamaan yang bebas daripada pengaruh politik kepartian, slogannya ialah 'Izzul Islam Wal Muslimin' (Kemuliaan Islam dan Umat Islam). Orientasi perjuangannya terarah kepada masalah ubudiyah, sosial, dakwah, keilmuan dan kemasyarakatan.

Di Indonesia satu mercu tanda penyatuan umat Islam di zaman pendudukan Jepun ialah penubuhan Masyumi (Majlis Syura Muslimin Indonesia) yang dipimpin oleh seorang tokoh besar iaitu Mohamad Natsir. Ditubuhkan dalam kongres Umat Islam Indonesia yang diadakan di Yogjakarta pada 7 dan 8 November 1945 yang dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan Islam di Indonesia. Kejerihan dan kepayahan hidup di zaman penjajahan Jepun telah memungkinkan umat Islam mencari forum perpaduan malah tapak politik kekuasaan untuk membela Islam. Masyumi telah mengikat pelbagai pertubuhan Islam di Indonesia seperti Nahdatul Ulama', Muhammadiah, Persatuan Ulama' Seluruh Acheh, Nahdatul Watan, Al-Irsyad, Persatuan Islam Bandung, Perikatan Umat Islam, Sarekat Tani Islam, Sarekat Nelayan Islam dan pelbagai lagi. Masyumi juga diundang ke Malaya untuk pelancaran Hizbul Muslimin pada Mac 1948.

Kesatuan Aqidah dan disertai lagi dengan kepimpinan Mohamad Natsir yang berwibawa membolehkan parti ini meraih undi kedua terbesar dalam Pilihanraya Umum Pertama yang dipimpin oleh Soekarno. Gerakan Islam ini akhirnya dikhianati oleh puak sekular Indonesia apabila Masyumi telah dituduh terlibat dalam pemberontakan di Sumatera dan Sulawesi, malah ramai pimpinan serta pendokongnya dihumban dan mendekam dalam penjara. Masyumi telah diharamkan pada 17 Ogos 1960, namun para ahlinya tetap memberikan sumbangan kepada Islam melalui pelbagai kegiatan yang lain seperti menghidupkan majlis-majlis Ta'lim, menyebar risalah dan buku seperti yang dilakukan oleh Mohamad Natsir, Omar, HAMKA dan Mohamad Roem. Indonesia terus melalui jalan yang berliku untuk aktivis Islam di zaman pemerintahan Soekarno dan juga Soeharto. Di zaman Soekarno berlakunya peristiwa pembantaian di Tanjung Periuk dan Tragedi Talangsari serta sekatan melampau terhadap gerakan Islam. Zaman gelap ini berakhir dengan berlakunya 'reformasi 1998', tumbangnya Jeneral Soeharto dalam gerakan massa yang dipicu dengan kebangkitan anak muda.

Penulis adalah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan Pusat)

0 comments:

KALAU YURAN TAK TURUN, JANGAN PULA DINAIKKAN!

GST dilaksanakan 1 April yang lalu sedikit sebanyak menaikkan beberapa kos tertentu di Universiti.

Ini belum lagi ditambah dengan beberapa kos program-program di universiti seperti program pertukaran pelajar, fellowship, lawatan antarabangsa dan berkaitan dengannya sedikit sebanyak memberi kesan peningkatan kos di Universiti atas sebab kejatuhan nilai ringgit yang teruk.

Dengan kos yang naik mendadak ini, kerajaan telah mengurangkan kos sebanyak 1.4 billion ringgit penyaluran dana kepada Universiti.

KPI kira-kira 30% universiti perlu mencari dana sendiri seolah-olah alasan diberi untuk menutup kelemahan bajet 2016.

Status Autonomi yang diberikan kepada universiti tertentu juga hanyalah sekadar alasan supaya kerajaan boleh melepas tangan dan boleh mengurangkan bajet kepada universiti tersebut.

Logiknya apabila kos meningkat sepatutnya semakin meningkat dana yang diberikan kerana universiti bukannya kilang untuk mendapatkan duit dan institusi pendidikan sememangnya tidak boleh dijadikan institusi keuntungan kepada kerajaan.

Akan tetapi sebaliknya, semakin sedikit peruntukkan yang diberikan. GST yang juga dibayar oleh pelajar Universiti Awam yang tidak bekerja ini seolah-olah disalurkan ke sektor lain untuh meraih undi kepada kerajaan semata.

Apabila semua kos yang semakin meningkat ini, universiti tidak ada cara lain selain menaikkan yuran. Inilah cara paling mudah nak mendapatkan duit daripada rakyat.

Ianya sedikit sebanyak membebankan pensyarah dan pentadbiran universiti untuk mencari kewangan sendiri dan akhirnya akan mengambil jalan mudah dengan menaikkan kadar yuran di universiti.

Justeru saya berpandangan ianya adalah masalah kerajaan. Jangan libatkan pelajar! Kami sudah cukup terbeban dengan peningkatan kos yang mendadak pada tahun ini.

Kalau yuran tidak dapat diturunkan, jangan pula ianya dinaikkan!!

0 comments:

Peribadi Petugas Parti Yang Bertaqwa

Peribadi Petugas Parti Yang Bertaqwa
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengarah Pilihanraya 
Dewan Ulamak PAS Pusat



1. Tajuk ini dikemukakan untuk bahan perbincangan ke arah melahirkan petugas - petugas parti yang beriman dan bertaqwa . Lantaran taqwa adalah satu jambatan yang menghubungkan insan dengan Rabbnya. Jambatan itulah kelak akan memudahkan nusrah dan maunah disalurkan .

2. Tanpa hubungan erat antara amilin atau petugas parti dengan Allah swt bagaimanalah perjuangan yang didokong ini mampu beroleh kemenangan [ nusrah ] sedang kemenangan itu adalah milik dan anugerah Allah swt .


Intro 1

3. Insyaallah perbincangan kita kelak akan menggariskan beberapa ciri - ciri atau kriteria petugas parti [ abna'ul Harakah ] yang menepati standard piawaian yang dikehendaki oleh Rasulullah saw.

4. Kita tidak mahu petugas parti yang hanya mengaku dan mendakwa dirinya sebagai petugas atau pejuang sedang aqidahnya masih samar , fikrahnya masih kabur dan peribadinya masih culas.

5. Kita juga mahu memastikan parti atau jamaah yang kita dokong ini turut menepati sebuah Gerakan Islam yang berperanan untuk berjuang bagi mengembalikan khilafah Islam yang telah hilang malah membina kembali daulah Islamiyah yang telah runtuh.


Intro 2

6. Bila kita bincang mengenai syakhsiyyah amilin yang bertaqwa , maka ia melibatkan semua anggota parti tanpa kecuali . Semua kita adalah amilin atau petugas parti / jamaah Islam ini . Tinggal lagi petugas - petugas ini diagih tugas mereka mengikut keupayaan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh jamaah .

7. Ada yang bertugas [ amilin ] sebagai al Mursyidul Aam , dalam PAS tugas besar ini diamanahkan kepada Al Fadhil Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz . Ada yang bertugas sebagai Presiden dan ianya diamanahkan kepada Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi .

8. Begitulah seterusnya , pelbagai jawatan dan amanah sebagai agihan tugas telah diagih dengan penuh kepercayaan oleh jamaah agar dilaksanakan dengan baik dan bertanggungjawab . Semuanya bertugas dalam bidang dan skop tanggungjawab masing - masing . Justeru itu , perbahasan mengenai amilin ini merangkumi semua anggota jamaah .

9. Saya merasakan bahawa memahami amilin parti sebagai staff pejabat , suk , pegawai tugas - tugas khas dan lain - lain adalah silap , sebaliknya amilin itu ialah mereka yang beramal atau bekerja untuk membangunkan perjuangan Islam ini dengan menjadikan jamaah ini sebagai platform . Pastinya ia meratai seluruh anggota parti , bermula dengan al Mursyidul Am hinggalah pegawai am di pejabat agong parti itu semuanya adalah amilin .

10. Peribadi yang kita mahu bina dikalangan petugas jamaah bukan sahaja terhenti pada gaya penampilan berwibawa , aksi kehidupan berhemah dan juga fikrah Islami yang syumul tetapi juga memberi penumpuan kepada pembinaan spiritual yang mantap .

11. Amilin [ petugas ] parti mestilah bertolak di atas nokhtah Ikhlas dan Tajarrud . Ikhlas dengan maksud segala amal dan tugasan yang ditaklifkan ke atas dirinya , dilaksanakan semata - mata kerana Allah swt . Justeru Ikhlas adalah rahsia Allah swt . Kita boleh menilainya melalui kesan - kesan langsung yang menunjuk kepada ikhlas .

Antara petanda ikhlas bagi seorang petugas ialah :
Nawaitu yang tepat dan jelas kerana Allah swt , bukan kerana mahu menjawat jawatan , publisiti dan lainnya sehingga melanggar disiplin amal Islami .

a} Bekerja atau bertugas walau tanpa jawatan

b} Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran

c} Tidak bermain alasan untuk mengelak diri dari tugasan 

d} Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan

e} Perihatin terhadap keperluan parti / jamaah

f} Tolak ansur dalam mengendalikan gerakkerja jamaah

g} Menghormati generasi terdahulu merintis jalan perjuangan

h} Senantiasa muhasabah diri dan aktiviti yang telah dilaksanakan

i} Mengakui dan menginsafi kesilapan diri

j} Menjaga rahsia parti / jamaah

k} Menepati keputusan dan ketetapan parti / jamaah

l} Tidak mengklasifikasikan ketaatan kepada pimpinan

m} Aktif tidak mengira musim


Sementara Tajarrud pula bermaksud fokus . Tawajjuh kepada Allah swt tanpa campur tangan elemen - elemen luar . Dalam melaksanakan tugasan , ia fokus kepada Allah swt tanpa terlalai dengan apa jua kepentingan selain Allah swt . Tiada serampang dua mata melainkan hanya untuk Allah swt dan kepada Allah swt .

0 comments:

PAS cadang elaun penerima SP dinaikkan

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mencadangkan agar kerajaan menaikkan elaun wira-wira negara yang menerima anugerah pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu ketika sesi perbahasan Bajet 2016 berkata, SP merupakan anugerah tertinggi dalam negara dan lebih tinggi dari Darjah Kerabat Diraja Malaysia yang diperkenalkan pada 29 Julai 1960 dan digazetkan pada 11 Ogos 1968.

"Ia dianugerahkan kepada mereka yang telah menunjukkan keberanian yang luar biasa dalam situasi yang sangat berbahaya demi negara tercinta.
"Hari ini kita cuma ada lapan penerima anugerah SP ini yang masih hidup iaitu enam dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," kata beliau.

Menurut beliau, elaun terakhir yang disemak dan dinaikkan adalah pada bulan Oktober 2009 iaitu enam tahun lalu.

Katanya, pindaan itu dibuat ke atas Rang Undang-Undang Pangloma Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar elaun dinaikkan iaitu SP dari RM2,000 kepada RM5,000 sebulan dan bagi Panglima Gagah Berani (PGB) dari RM1,500 kepada RM3,000 sebulan.

Penerima SP adalah Datuk Syed Mokhtar Syed Barakbah (PDRM), Datuk Paul Kiong (PDRM), Datuk Sia Boon Chee (PDRM), Ngalinuh Bala (PDRM), Itam Bijan (PDRM) dan ACP Abd Razak Mohd Yusoff (PDRM) yang satu-satunya masih berkhidmat.

Sementara itu dari ATM adalah Kepten (B) Datuk Hamid Awang dan Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said. -HARAKAHDAILY 27/10/2015

1 comments:

DAPATKAN BERITA TEPAT BERHUBUNG PAS DI MEDIA PAS

[MEDIA PAS]
DAPATKAN BERITA TEPAT BERHUBUNG PAS DI MEDIA PAS

Sudah beberapa kali rakyat dikelirukan dengan pelaporan tidak tepat tentang PAS dan kenyataan pemimpin pemimpin PAS khususnya DS Presiden PAS.

Malah ada media yang sengaja memalsukan foto bagi memfitnah PAS.

Untuk berita berkait pendirian, ucapan, peristiwa melibatkan PAS, cara yang betul adalah merujuk kepada media rasmi PAS iaitulah Harakah sama ada Harakah Daily yang boleh di akses online atau Harakah Elektronik yg mamaparkan imej Harakah versi cetak yang perlu dilanggan.

Juga boleh dirujuk kenyataan rasmi pimpinan dan berita PAS setiap negeri menerusi medium media baru rasmi PAS Pusat iaitu:

💚
Laman web rasmi PAS Pusat (http://www.pas.org.my)
💚 💚 💚 💚
Radio rasmi (www.hijau.fm)
💚



Harakah Daily dikemaskini setiap hari manakala Harakah cetak diterbitkan 2 kali seminggu edisi Isnin dan Jumaat.

Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS supaya jayakan kempen BELI, BACA DAN BERI Harakah sebagai medium penerangan yang boleh memperjelaskan isu isu yang berbangkit. HARAKAH sendiri kini telah banyak kemajuan pelaporan beritanya dan dengan adanya sokongan semua akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti persembahannya.

Jika berita berkaitan PAS datang dari media lain khususnya Malaysia Insider, Malaysiakini, kumpulan Berita Harian dan Utusan, TV3, maka orang ramai perlu hati hati gaya penulisan khususnya tajuk berita serta pilihan foto yang digunakan yang selalu menimbulkan keliru dan persepsi buruk kepada pas.

Malang sungguh ada juga penyokong PAS yang menjadikan media berkenaan sebagai sumber berita mereka.

Lebih malang ada juga yang menggunakan posting media saraf UMNO sebagai bahan rujukan.

Saya ambil kesempatan untuk umumkan adanya dikesan laman Parti Islam Semalaysia yang telah dipalsukan seperti imej laman palsu yang disertakan. Ini pernah terjadi sebelum ini di beberapa PAS Kawasan.

Sekian dengan hormatnya.

BELI, BACA DAN BERI LAH HARAKAH

ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah 
Jabatan Penerangan PAS Pusat
28hb. Oktober 2015

0 comments:

KENYATAAN MEDIA NGO PERTUBUHAN GENERASI WARISAN KEBANGSAAN (GENERASI)

Kejayaan pertama NGO Generasi, rumah FRISB ditangguh perobohan
Bismillahhirahmanirrahim...
Alhamdulillah selepas membawa isu notis perobohan rumah bekas kakitangan Felda Rubber Industries Sendirian Berhad (FRISB) ke Parlimen semalam (27 Oktober) dan sehari sebelumnya mengadakan perbincangan bersama jawatankuasa penduduk, maka kami mendapat khabar gembira bahawa perobohan ditangguhkan.
1-Perobohan pertama yang dijadualkan hari ini 28 Oktober dimaklumkan kepada kami oleh jawatankuasa penduduk akan ditangguhkan.
2-Kami NGO Generasi amat berterima kasih kepada semua pihak khasnya Ahli-ahli Parlimen PAS yang disertai Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nasrudin Hassan, Dato Takiyudin Hassan, Ustaz Ahmad Marzukh Shaary, Ustaz Dato' Dr Khairudin Aman Razali, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz serta Dr Che Rosli Che Mat yang bersama-sama kami menyambut kedatangan penduduk perumahan FRISB di Parlimen semalam.
3-Kesudian mereka menerima dan membawa memorandum kami ke sidang Dewan Rakyat dalam perbahasan Belanjawan 2016 oleh Ustaz Idris Ahmad petang semalam amatlah kami hargai.
4-Kejayaan ini bukanlah penutup kepada usaha kami membela 30 penduduk yang terbabit dengan tindakan perobohan bagi membina Rumah Generasi Kedua Felda di Lurah Bilut itu.
5-Sebaliknya ia satu titik mula kepada NGO Generasi untuk terus membawa isu memperjuang nasib 30 penduduk terbabit untuk mendapatkan rumah sekiranya kelak rumah tersebut dirobohkan kerana kami dan penduduk tidak pernah menolak pembangunan khasnya untuk pembinaan rumah generasi kedua Felda.
6-Kami sendiri sebelum ini berulang kali mendesak kerajaan khasnya Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mengotakan janji dengan menyiapkan projek perumahan kedua Felda dan memberi peluang kepada anak generasi Felda mendapatkan rumah tersebut tanpa mengambil sikap 'pilih bulu' atau kronisme.
7-Pada hemat NGO Generasi kesemua 30 penduduk perumahan FRISB Lurah Bilut berhak mendapatkan jaminan memiliki rumah PGBF kerana mereka juga anak peneroka Felda yang telah berkhidmat kepada Felda khasnya FRISB di Felda Lurah Bilut yang merupakan Felda pertama di Malaysia dan di dunia.
8-Alhamdulillah kami berterima kasih kepada semua pihak termasuk Pengerusi Lajnah Tanah Peneroka Bandar Dan Orang Asal PAS Pusat, Tuan Haji Razman Zakaria yang banyak membantu malah turun padang bagi memperjuangkan nasib penduduk terbabit.
9- Kami juga mengucapkan terima kasih kepada akhbar Harakah yang memberi luputan khas kepada isu ini dan akan terus memastikan isu-isu penindasan ke atas masyarakat Felda, generasi, warisan diteruskan.
10-Terima kasih tidak terhingga kepada penduduk khasnya kaum-kaum ibu yang cukup lantang dan berani menyuarakan hak mereka sebagai anak warisan Felda.
Moga perjuangan ini mendapat ridha Allah.
Sekian..
MEMANGKIN IMPIAN GENERASI..
PRESIDEN GENERASI, USTAZ ROSLAN MD ESA

0 comments:

Kenapa PAS menolak GST?

Kenapa PAS menolak GST?
Dato' Dr Khairuddin at-Takiri
Dari Dewan Rakyat;
Kenapa PAS menolak GST?
Oleh : Dato' Dr Khairuddin at-Takiri


Antara isu yang paling hangat dibahaskan dalam sesi perbahasan bajet yang bermula semalam di Dewan Rakyat ialah isu GST. Hal ini kerana Perdana Menteri dalam ucapa pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat lalu menyebut nasib baik ada GST yang boleh menampung kekurangan hasil negara kerana kemerosotan harga minyak!!!

Kenapa PAS menolak GST???

Pertama, kerana system cukai GST itu sendiri. GST adalah cukai berdasarkan perbelanjaan. Islam menegaskan konsep percukaian sebagaimana difahami menerusi konsep Zakat ialah cukai mestilah berdasarkan pendapatan bukannya perbelanjaan. Di situlah kita boleh membezakan siapakah yang mempunyai lebihan pendapatan yang boleh dicukai dan siapakah yang tidak mempunyai lebihan pendapatan atau langsung tiada pendapatan.

Pendapatan yang dikenakan cukai ialah pendapatan oleh orang-orang kaya yang melebihi daripada keperluan asas kehidupan. Orang-orang miskin yang mempunyai pendapatan yang tidak cukup untuk menguruskan kos kehidupan seharian tidak dikenakan cukai.

Adapun perbelanjaan tidak patut dikenakan cukai.

Ada yang menyatakan baguslah jika berdasarkan perbelanjaan kerana orang kaya akan berbelanja banyak dan orang miskin berbelanja sedikit!

Isunya ialah Islam menegaskan orang yang miskin tidak patut dikenakan cukai walaupun sedikit!

Cukai GST dikenakan berdasarkan perbelanjaan yang tentunya tidak boleh membezakan antara yang berpendapatan lebih daripada keperluan harian atau tidak. Si miskin akan dizalimi apabila perbelanjaannya juga dikenakan cukai.

Dari Dewan Rakyat
Selasa 27hb Oktober 2015

0 comments:

0% KENAIKAN YURAN UNIVERSITI


Dengan pemotongan peruntukan kepada IPTA, kita merasakan universiti akan menaikkan yuran universiti, bebanan kos pendidikan yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan akan ditanggung oleh rakyat/mahasiswa.

Sebelum apa-apa, mahasiswa seluruh negara menolak kenaikan yuran universiti. Universiti perlu mencari jalan lain untuk menampung kos perbelanjaan bukan dengan cara membebankan mahasiswa. Atau Universiti ada pilihan, mendesak Menteri Kewangan mengembalikan peruntukan yang berjumlah 1.4 billion kepada universiti. Itu pun kalau berani.

Apa pun harapan masih ada, kerana perbahasan bajet masih berlangsung. Moga MP memperjuangkan kebajikan mahasiswa ini. Sudahlah GST yang dikenakan pada mahasiswa tidak dikembalikan, malah, mahasiswa ditekan pula.

Timb. Presiden 
GAMIS

0 comments:

TPPA agenda besar penjajah - Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dilihat sebagai satu agenda kuasa besar penjajah untuk kembali memerintah negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berpendapat, Malaysia seharusnya memulakan kerjasama dengan rakan serantau yang dekat terlebih dahulu dalam mengembangkan ekonomi mengikut hasil negara yang sama.

"TPPA adalah agenda baru penjajah, di sebalik perjanjian ini dilaksanakan kita akan terus berada dalam kuasa penjajah.
"TPPA buklan penyelesaian kepada ekonomi global tetapi penjajahan baru kuasa asing," ucap beliau ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, petang ini.

Beliau turut meminta agar kerajaan tidak terus bergantung kepada nilai Dollar Amerika dalam setiap urusan kerana ia mampu dimanupulasi oleh kuasa besar.

"USD adalah kertas kosong yang dicetak sesuka hati mereka dan kita sendiri tidak pernah bertanya adakah cetakan tersebut bersandarkan pada emas.

"Kita sekarang terkena tempias pada krisis yang dicipta mereka, isu kejatuhan mata wang yang melanda negara ini," katanya lagi. 

2 comments:

PAS: Dua Pakatan boleh wujud serentak

Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat boleh wujud bersama-sama, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui media di parlimen hari ini (26hb Oktober, 2015).
Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, keadaan itu pernah wujud suatu ketika dulu apabila PAS bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.
Pada era 1990-an PAS berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan pada masa sama Semangat 46 bekerjasama dengan DAP, Parti Bersatu Sabah dan Parti Rakyat Malaysia melalui Gagasan Rakyat.
"Perkara yang sama boleh berlaku sekarang. Satu Pakatan Harapan PKR, DAP dan PAN serta satu lagi Pakatan (Rakyat) dengan PAS dan PKR”.
"Kami masih bersama. Tanpa kami (PAS) tiada kerajaan (di Selangor) selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memecat semua exco DAP dan PKR," katanya merujuk kepada Menteri Besar di negeri Selangor sebelum ini.
Katanya, keadaan sama juga dihadapi DAP yang memerlukan PKR sebagai sekutu politik. Jadi PKR telah membentuk kerjasama dengan DAP di Pulau Pinang.
"Tengok di Pulau Pinang. Tanpa PKR bolehkah DAP mentadbir negeri?" katanya.
Sekarang Menteri Besar Selangor, Azmin Ali telah berulang kali sebut PAS adalah sebahagian daripada kerajaan Selangor.
Kerajaan Selangor boleh mempunyai 2 pakatan pembangkang serentak, kata Setiausaha Agong PAS menegaskan pendirian PAS meneruskan kerjasama dengan PKR dalam mentadbir negeri itu.
Pada masa sama PAS masih menganggap kerjasama parti itu dengan PKR berterusan membuktikan Pakatan (Rakyat) masih wujud.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan Pakatan Rakyat masih wujud dalam bentuk hubungan kerjasama antara PAS dan PKR, tanpa DAP.

0 comments:

Ikrar Ulama Pondok Kelantan dalam mempertahankan Kerajaan Kelantan dan PAS

Ikrar Ulama Pondok Kelantan dalam mempertahankan Kerajaan Kelantan dan PAS



0 comments:

Kebajikan mahasiswa: MP PAS ketengah tuntutan Gamis

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini menyerahkan memorandum Tuntutan Mansuh GST dan Tangani Isu Kebajikan Mahasiswa kepada Ahli Parlimen PAS.

Memorandum itu diserahkan kepada wakil Ahli Parlimen PAS, Ustaz Idris Ahmad di lobi Parlimen.

Menurut Idris, Ahli Parlimen PAS akan membawa tuntutan Gamis di dalam perbahasan mereka pada sesi kali ini.

Presiden Gamis, Mohd Imran Md Ishak yang ditemui berkata, langkah penyelesaian kerajaan bersifat pukul rata sehingga mahasiswa terpaksa memikul beban pelbagai jenis cukai.

"GST yang dikenakan kepada rakyat juga dikenakan kepada mahasiswa maka secara atomatik kos sara hidup mahasiswa meningkat.

"Tahun ini sahaja kerajaan telah mengurangkan kadar pinjaman PTPTN dari 100 peratus kepada 75 peratus. Satu pengurangan yang besar yang  mana mahasiswa selama ini bergantung kepada PTPTN," katanya kepada Harakahdaily.
Malah katanya, Perdana Menteri dalam Bajet 2016 turut mengurangkan peruntukan universiti awam sebanyak RM7.3 bilion berbanding RM8.7 bilion pada 2015.

Pengurangan ini katanya, akan memberi pelbagai implikasi terhadap pengurusan dan pembangunan pendidikan di peringkat pengajian tinggi khususnya membabitkan yuran pengajian.

"Kerajaan mahu mewujudkan sistem pendidikan terbaik, mana mungkin hasrat ini tercapai jika kehidupan mahasiswa ditekan sebegini?" soal beliau.

Justeru katanya, kerajaan perlu memberi jaminan bahawa dengan pemotongan peruntukan ini mahasiswa tidak terkesan atau kerajaan mesti menarik balik pemotongan bajet universiti awam dan kemukakan cadangan solusi lain.

Turut bersama menerima memorandum itu Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary. -

0 comments:

Kenyataan Sambutan 30 Tahun Peristiwa Memali Dan Penangguhan Ijtimak Tarbawi DPPM 2015

Setelah mengambil kira beberapa isu dan pandangan daripada pelbagai peringkat jentera parti, Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin memaklumkan penangguhan program Ijtimak Tarbawi DPPM 2015 yang dirancang akan diadakan di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 20-21 November 2015 ini.

Justeru DPPM akan menumpukan kepada program Sambutan 30 tahun Peristiwa Memali yang dirancangkan pada tarikh yang sama dan berharap ia akan lebih meriah dan mencapai matlamat.

Program Ijtimak Tarbawi DPPM akan kembali menemui anak muda Malaysia pada 2016 nanti insya Allah.

Sekian. Terima Kasih.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
13 Muharram 1437
26 Oktober 2015

0 comments:

Intisari Ucapan Perbahasan Bajet 2016 oleh Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


Catatan Khas: Intisari Ucapan Perbahasan Bajet 2016 oleh Ahli Parlimen Marang, 
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


✳ Tuan Guru memulakan ucapan dengan membaca ayat Al Quran, (Surah Al Israk: 29-30)  yang bermaksud;

"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (bakhil), dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (boros), kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya."

Ayat ini merupakan petunjuk Allah terhadap cara berbelanja yang betul bagi individu sehinggalah negara.


✳ Bajet tidak mencapai matlamat kalau pihak kerajaan sahaja yang selesa sedangkan rakyat masih menderita denga masalah mereka belum selesai seperti masalah kemiskinan, kemudahan asas, kenaikan harga barang, inflasi yang membebankan, dan peningkatan kadar jenayah.


✳ Bagi orang Islam yang diajar beriman, bukan sekadar Wawasan 2020 yang sudah hampir tiba bahkan lebih mencabar lagi menghadapi Wawasan Akhirat yang adanya perhitungan dosa dan pahala dalam segala aspek urusan hidup bermasyarakat. 


✳ Islam menegaskan aspek ekonomi juga termasuk dalam sebahagian amanah yang besar tanggungjawabnya. Rasulullah memberi amaran apabila amanah dijadikan peluang mendapat habuan diri, keluarga dan kroni menandakan berlakunya kemusnahan ummat.


✳ Perkataan Berkat tidak ada dalam istilah teori politik, ekonomi dan kemasyarakatan ciptaan manusia. Ia hanya ada di dalam Al Quran. Tanpa keberkatan berlakulah bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan jerebu. Bukan sahaja jerebu cuaca termasuk juga jerebu politik, ekonomi dan sebagainya kerana kerakusan tanpa batas akibat tangan manusia. 


✳ Perlunya kita mengkaji matawang US Dollar yang menjadi sandaran kewangan dunia itu. Adakah ia hanyalah kertas kosong yang dicetak sebanyak-banyaknya tanpa sandaran emas dan sebagainya yang bernilai tinggi oleh negara kuasa besar.?


✳ Dalam sistem Islam adanya Hisbah (Ombudsman) yang menyiasat  bukan sahaja terhadap hasil pendapatan tetapi termasuk juga manusia yang mengurusnya.


✳ Kisah kepimpinan melalui tauladan yang berlaku ketika pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab yang telah berjaya membebaskan tanah jajahan 2 kuasa besar dunia, Parsi dan Rom. Islam telah berjaya membawa perubahan dengan kebebasan ekonomi yang tidak menindas dan memperhambakan rakyat serta menjana kewangan negara yang melimpah ruah. 


✳ Peristiwa menarik berlaku apabila datangnya longgokan kain di Madinah untuk pakaian lalu dibahagi secara percuma kepada sekalian penduduk. Setelah beberapa hari, Khalifah Umar datang menemui rakyat dengan berpakaian baru. Khalifah memulakan ucapan dengan berkata "sila dengar dan taat". 


Tiba-tiba ada yang menyampuk dengan berkata, "kami tidak mahu dengar dan taat sehinggalah Amirul Mukminin memberi tahu dari mana datangnya pakaian baru yang dipakai itu kerana mengikut pembahagian ianya tidak mencukupi badanmu yang besar, sudah pasti ia diambil dari pintu belakang.?


Sehinggalah anak Khalifah, Abdullah bin Umar memaklumkan bahawa dia menghadiahkan bahagiannya kepada ayahnya. Setelah penjelasan diberikan, barulah pengkritik menegaskan "sila teruskan ucapan, sekarang kami sedia mendengar dan mematuhinya."


✳ Kita sedang mengalami krisis keyakinan yang lebih besar daripada sehelai kain. Berulang kali berlakunya salahlaku dalam hasil, perbelanjaan dan pengurusan. 


✳ Ibnu Khaldun menegaskan bahawa manusia itu bermasyarakat madani mengikut fitrahnya dengan syarat dibangunkan insannya dengan betul iaitu aspek jasad, ruh, akal, individu, masyarakat sehingga mampu membina negara dalam semua aspek. 


✳ Wawasan 2020 sudah hampir namun tahap pencapaiannya belum hampir mencecah harapan. Kaum Bumiputera yang sudah kebelakang tetap lebih jauh ke belakang kerana yang maju menjadi lebih maju. Ianya adalah kerana konsep perlumbaan teori liberal kapitalisme yang menjadikan kekayaan berpusing di kalangan tertentu sahaja. 


✳ Berlakunya perbahasan Bajet Tambahan setiap kali selepas adanya persidangan Bajet Umum menunjukkan adanya lubang yang membocorkan menjadikan kewangan peruntukannya tidak konsisten. 


✳ Muhasabah sahaja terhadap bajet tidak mencukupi. Kita memerlukan pembetulan terhadap kesilapan dan tindakan yang adil terhadap penyelewengan. Kehilangan wang negara telah berlaku dalam pelbagai peristiwa tanpa penyelesaian dan puncanya di letak dibawah karpet untuk dilupakan. 

Undang-undang dan penguatkuasaannya laksana sarang labah-labah yang hanya memerangkap nyamuk dan lalat, meloloskan helang dan jerung yang besar. Peristiwa terkini 1 MDB hanyalah mengulangi drama BMF, PERWAJA, PKFZ, MAIKA HOLDING dan lain-lain. Tidak habis-habis menyalahkan di antara satu sama lain silih berganti tanpa keinsafan.


✳ Isu TPPA: Penyelesaian masalah ekonomi negara besar dibuat demi kepentingannya sahaja dengan mempergunakan negara sederhana dan kecil di atas konsep ekonomi bebas mengikut sistem liberal kapitalisme atau sosialisme mengikut agenda globalisasi. 

TPPA menghapuskan sempadan bumi dan perairan negara bersamanya dihilangkan sempadan sifat kemanusiaan sejagat dan hak asasi adil sesama manusia yang berkeluarga secara masyarakat Madani. 


✳ Penjajahan purba merompak tanpa undang-undang maka penjajahan baru diadakan undang-undang bagi melindungi rompakan global di sebalik perjanjian yang dimeteraikan laksana cacing-cacing kerdil yang menumpang dalam perut ular yang lebih besar atau iaknkecil menumpang jerung yang besar lagi ganas. Petani di negara ini akan bersaing dengan petani negara besar yang lebih maju dan canggih jenteranya. Nelayan kecil kita yang bersampan perlu menandingi kapal armada nelayan meredah lautan. Begitu juga nasib kontraktor tempatan akan bersaing dengan kontraktor gergasi yang masuk kerana perjanjian yang merobekkan sempadan ekonomi negara. 


✳ TPPA bukanlah penyelesaian ekonomi global bahkan lebih bersifat penjajah baru dalam aspek ekonomi. Adalah lebih baik negara kita mengadakan kerjasama serantau dengan negara terdekat seperti ASEAN, OIC, China, Jepun, Rusia selepasnya diikuti Eropah dan Amerika. Bebaskan pergantungan dengan USD kepada Dinar dan matawang ASEAN dan sebagainya daripada matawang negara yang juga mengalami krisis ekonomi dengan menjadikan kita pelampung penyelamat yang ditinggalkan selepas mereka selamat. 


✳ Krisis Keamanan dan Keselamatan: Allah menjanjikan keamanan akan wujud apabila syariat Islam yang ada kehebatan menggerunkan penjenayah. Sudah tiba masanya kita kembali kepada syariat Islam yang adil daripada rahmat Allah. Cukuplah memberi keinsafan dengan kelemahan undang-undang ciptaan manusia dengan peningkatan jenayah.


✳ Semua kekacauan yang berlaku di Asia Barat khususnya adalah agenda penjajah, negara kuasa besar yang pernah mencetuskan 2 perang dunia yang dahsyat. 

Negara umat Islam kaya dengan sumber alam dan berkedudukan strategik dalam geografi peta dunia yang menjadi laluan sumber tenaga dan perjalanan perdagangan. 

Selat Melaka antara Malaysia dan Indonesia, Bab Mandab pintu Laut Merah, Terusan Suz di Mesir, Selat Bosphorus pintu Laut Hitam dan Laut Mediterranean adalah tanah air ummat Islam. Maka, kawasan inilah sering menjadi mangsa peperangan.


✳ Konflik yang berlaku di sana sekarang adalah agenda serampang lebih 2 mata, bagi menyelamatkan Israel, peperangan menjana ekonomi dengan permainan harga minyak, perniagaan senjata dengan mencetuskan peperangan secara proksi di atas kejahilan agama dan semangat perkauman yang sempit.

Semua pihak dibekalkan senjata dan logistik bagi berbunuhan sesama sendiri dengan menggunakan kesilapan yang berlaku seperti kezaliman pemerintah, perbezaan agama, mazhab dan kaum. Sebenarnya sudah beribu tahun mereka di sana dan Islamlah yang telah menyatukan mereka. Bukan Islam yang salah tetapi kejahilan setempat, kezaliman pemerintah dan musuh luar.


✳ Kita wajib membezakan di antara menentang musuh luar yang menceroboh dan menghadapi kesilapan dalam negara sendiri.

Di atas konsep ini, maka PAS sanggup bertahan kalah teruk dan sedikit kemenangan walaupun kemenangan yang dikejar kelihatan terlalu jauh. Kerana kami berpegang kepada janji Allah iaitu 2 kemenangan Dunia dan kemenangan Akhirat. 


✳ Bahkan, kita berjanji tetap bersama menentang musuh luar dan sesiapa sahaja yang mahu menggangu urusan negara kita walaupun dalam perkara masalah yang wajib kita betulkan.

Biar kita sendiri dan kebijaksanaan kita sendiri. Jangan sesekali menjemput musuh datang ke sini.!  (ketika ini, kedengaran bunyi tepukan meja dewan tanda sokongan para Ahli Dewan) 

Kita mahu mengharamkan peristiwa penjajahan berulang lagi kerana Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

"Tidak seharusnya orang mukmin itu disengat sebanyak 2 kali daripada 1 lubang."


✳ Isu Al Aqsa: Langkah penyelesaian secara kewujudan 2 negara adalah mustahil dan tidak lebih daripada mengiktiraf negara rompakan terhadap bumi Palestin dan penubuhan  negara haram Israel yang menjaga kepentingan kuasa besar di Asia Barat.

Al Quran telah pun memberikan penyelesaiannya dalam ayat 40; Surah Al Haj yang menyebut berkenaan masyarakat majmuk. Islam telah mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai tanah suci kepada penganut 3 agama Samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. 


✳ Isu Pelarian:
Isu pelarian kini menjadi isu global apabila berlakunya politik dan ekonomi yang zalim meminggirkan sesama manusia. 

Islam memberi penyelesaian kepada isu ini seperti terkandung di dalam ayat 6; Surah At Taubah. 
Walaupun pelarian yang datang itu dalam kalangan penganut bukan Islam, mereka wajib diberi perlindungan dan menunjukkan Islam memberi jaminan hak kemanusiaan sehingga merentasi sempadan agama yang berbeza dan mereka juga tidak dipaksa memeluk Islam. 
Konsep Islam inilah menjadi panduan undang-undang antarabangsa dan Piagam Geneva yang berkait dengan pelarian. 


✏ Nota Tambahan:

🚦 Ucapan Tuan Guru Presiden ini disiapkan dan ditaip oleh beliau sendiri. Saya hanya memetik sebahagian sahaja daripada teks penuh setebal 36 muka surat


🚦 YB Tuan Guru berucap selama 40 minit. Sebenarnya, masa diperuntukkan hanya 30 minit, tetapi suasana dewan ketika beliau berbahas sunyi-sepi tanpa sebarang gangguan. Dato' Timbalan Speaker pun diam sahaja walaupun masa dah tamat.


🚦 Ucapan Tuan Guru ini menyentuh pelbagai aspek daripada pengurusan dan pentadbiran negara sehinggalah hal ehwal politik antarabangsa yang sememangnya menjadi kepakaran beliau yang memegang jawatan Naib Ketua Kesatuan UIama Sedunia. Beliau membuat teguran, kritikan dan cadangan penyelesaian dengan berlandaskan dalil nas Al Quran dan Hadis serta Sirah Nabawiyah dalam konteks realiti semasa hari ini.


#Like 
#Share
#Comments
#PAS 
#TGHA 
#Beristiqamah_Hingga_Kemenangan


0 comments: