*Berikan Fokus Kepada Isi Program*
Apa perasan anda apabila sahabat anda bertanya tentang apa yang dapat dari program, namun anda tidak dapat banyak berkongsi ilmu-ilmu dan informasi yang telah disampaikan? Malu bukan?
Gunakan telefon untuk mencatat isi ceramah, bukan pada perkara yang kurang bermanfaat seperti melayan media sosial tanpa henti.
Jika 60,000 yang akan hadir nanti, yang tidak hadir masih ramai lagi. Sasarkan diri untuk menjadi agen penerangan kepada sahabat sekeliling yang rata-rata masih keliru dengan pelbagai isu yang menyelebungi.
Sekiranya selama ini, kita hadir ke usrah, liqa' dan wacana, tapi sungguh sedikit yang kita peroleh kerana terlalu 'sibuk' dengan urusan lain, diharapkan kali ini kita dapat memperbaiki ketekunan kita menimba ilmu.
Jumpa anda di sana!
0 comments: