JITP Sokong Pikom Gesa ‘Kadar Sifar’ Produk ICT Dalam Bajet 2016

Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia (JITP Malaysia) menyokong tuntutan Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) agar kerajaan melaksanakan kadar sifar bagi perkhidmatan dan produk teknologi maklumat dan komunikasi dalam Bajet 2016.

Pengerusi JITP, Shuhaimi Embong berkata ia termasuk membatalkan 'caj' yang dikenakan kepada para pengguna telefon dan multimedia samada yang menggunakan khidmat pascabayar atau pun prabayar.

"kita menyokong tuntutan Pikom supaya kerajaan mengecualikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada semua produk-produk teknologi maklumat dan komunikasi.

"kita juga menggesa kerajaan segera membatalkan cukai 'GST' yang dikenakan kepada panggilan yang dibuat sama ada melalui 'prepaid' atau 'post paid' yang dikenakan oleh pihak telco (syarikat telekomunikasi) sekarang ini,"ujarnya.

Shuhaimi berkata demikian ketika mengulas kenyataan PIKOM berhubung bajet 2016 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak di parlimen pada 23hb Oktober nanti.

Katanya, dengan menghapuskan GST kepada khidmat telekomunikasi tersebut apat membantu para peniaga, khususnya peniaga kecil dalam terus bersaingan mengahadapi tekanan ekonomi dan kejatuhan mata wang negara.

"(para) peniaga yang kita ditemui khususnya peniaga kecil tidak meminta agar prasarana besar-besaran diberikan oleh pemerintah,

"sebaliknya mereka menggesa kerajaan menghapuskan GST kerana dianggap membebankan,"jelasnya.

Kata beliau, dengan menghapuskan GST, pendapatan yang mereka terima seperti tahun-tahun sebelum ini, dapat diraih tanpa memikirkan kerugian berterusan," katanya ketika dihubungi.

Pikom dalam satu kenyataannya pada 19 Oktober berkata, langkah 'kadar sifar' itu akan membantu memastikan harga kekal berpatutan untuk dimiliki oleh rakyat Malaysia walaupun dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kelemahan ringgit.

"Berikutan Akta GST 2014 mula berkuat kuasa pada 1 April tahun ini, purata harga komputer dan barangan berkaitan telah meningkat, menyebabkan anggaran sehingga 30 peratus penurunan dalam permintaan bagi produk dan perkhidmatan ICT,"menurut kenyataan Pikom itu.

0 comments: