Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
TINTA ULAMAK ( Siri 14 )
23 Zulhijjah 1436H / 7 Oktober 2015M
Komunikasi Gaya Islam
Firman Allah SWT :
وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."[ Surat Al-Furqan : 63]
Etika komunikasi didikan Allah SWT melalui acuan Islam membantu jiwa dan hati manusia saling menghargai antara satu sama lain. Sesungguhnya tarbiyyah langsung dari Allah SWT melahirkan insan yang istimewa seperti Rasulullah SAW.
Baginda sentiasa menjaga komunikasi bersama para sahabat dan ahli keluarga sehingga disenangi oleh sesiapa sahaja bersamanya. Akhlak yang mulia adalah aset bagi seorang pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam secara tidak langsung dengan peribadi mulia.
Ayuh aplikasi komunikasi Islam sebagai satu usaha dakwah kepada masyarakat.
Disediakan oleh :
Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al-Hafiz
Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Untuk sepenuhnya klik :
Like & share page DUPP
Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
0 comments: