Lawatan Muhibah Presiden PAS Ke Gereja St. Columba Miri


Presiden PAS merangkap Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan rombongan hari ini melakukan lawatan muhibah ke Gereja Anglikan St. Columba Miri.

Encik Augustine (Naib Pengerusi Majlis Gereja), Rev. Father Alfred dan Bishop Warden Edwin Dundang mengalu-alukan kehadiran rombongan dan amat gembira dengan lawatan tersebut.

Perbincangan dua hala dan saling bertukar-tukar fikiran ini amat menarik sebagai sebahagian daripada usaha mendekatkan percambahan minda antara agama Islam dan Kristian serta mengeratkan hubungan dalam masyarakat majmuk khususnya di Sarawak.
Islam adalah agama perdamaian dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah parti yang terbuka, mengambil pendekatan aman sejahtera dan mengamalkan politik matang.





Turut bersama dalam rombongan ialah Sdr Mukhtar Suhaili (AJK PAS Pusat dan Setiausaha PAS Sarawak), Sdr Mohammad Arifiriazul Paijo (Ketua Pemuda PAS Sarawak) dan beberapa ahli PAS.

Presiden PAS dan rombongan melakukan lawatan tersebut sempena program PAS Sarawak di Miri iaitu Munaqasyah (Konvensyen) Ucapan Dasar Presiden PAS dan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK).

0 comments: