Pondok Al Yusufiah terbakar, Dewan Pemuda Pasir Mas lancar Kutipan

KELANTAN, 5 Okt : Kebakaran Pondok Al Yusufiah Gelang Mas, Pasir Mas malam ini kira-kira jam 8:30 malam. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Lebih 60 buah pondok hangus dalam kejadian tersebut sebagaimana laporan sehingga kini.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM) lancarkan kutipan derma kilat sebagai bantuan segera untuk pondok berkenaan.
Derma boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 03102010008767 atas nama Kelab Prihatin Pasir Mas Kelantan. Sila maklumkan kepada saudara Mohd Azmi Yusof, setiausaha DPPKPM melalui sms/whatsup di talian +601119966029

0 comments: