Bicara Politik dan Ekonomi


Anjuran:  DEMI & PAPISMA
Panel: 1) Dato Mustafa Ali
            Pengarah Pilihanraya PAS Pusat
            2) YM Dato' Raja Idris Raja        Kamaruddin
Tokoh Korporat.
Tempat: Kelab Golf Green Acres, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Beberapa Catatan oleh Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim.

Dato' Raja Idris

Masalah kita adalah kerajaan berbelanja diluar kemampuan dan tidak mengukur sama ada perbelanjaan memberi pulangan yang sepadan dengan bilangan penduduk, keluasan kawasan yg terima manfaat.

Misalnya dalam bajet 2016 masih ada peruntukan besar untuk projek MRT.

Project MRT ini dijangka menelan belanja RM80Billion sehingga penyiapan. Bayangkan sejumlah RM80 billion dari pendapatan negara dibelanja untuk satu projek ini saja di lembah kelang yang keluasannya lebih kecil dari sebuah negeri.

Bandingkan belanjawan negeri negeri yang tertinggi.

Terengganu 2.3 billion
Selangor 2.3 billion

Bercakap tentang GST, ia adalah Cukai Nilai Tambah yang falsafahnya mengutip wang untuk dikembalikan kembali dalam bentuk manfaat kepada rakyat.

Itu sepatutnya bagus. Tapi mengapa di Malaysia kita menentang GST?

Kerana praktisnya tidak begitu. Kerajaan menggunakan GST untuk mengekalkan pemborosan dan salahguna wang awam. Hutang yg banyak dapat dibayar dengan GST, maka boleh berhutang lagi.

Bandingkan.

Di United Kingdom rakyat bayar VAT (cukai semacam GST) pada kadar lebih tinggi 20%.Tapi rakyat menyokong. Kerana manfaatnya kembali dalam bentuk pelajaran, pendidikan, perumahan asas dan hospital percuma.

GST 6% apa yg dikembali kpd rakyat?

Jumlah cukai GST 6% untuk tahun 2016 dijangka RM39 Billion. MRT dah RM80Billion. Apa rakyat dapat?

BR1M cuma gula gula  untuk pastikan rakyat sentiasa merasa bergantung kpd pusat. Dan terus mengundi lagi BN.

Pendapatan dari  Petronas cuma RM31Billion. Yang lain dari rakyat dan harta milik negara yang hakikatnya
kepunyaan rakyat.

PAS ada formula yang boleh kerajaan pertimbangkan menggunakan pendekatan Islam boleh digunakan utk tampung kurangan dari belanjawan  tanpa GST.

ZAKAT SIMPANAN TETAP

Bayangkan umat Islam secara individu mempunyai simpanan berbillion didalam bank. Islam wajibkan zakat Simpanan Tetap sebanyak 2.5% bila cukup nisab dan haul.

Bagaimana jika diperkenal cukai Simpanan Tetap untuk semua individu dan organisasi pada kadar zakat? Yang sudah bayar zakat diberi rebat zakat tak perlu lagi bayar cukai berkenaan.

Bayangkan anggaran Jumlah Simpanan Tetap rakyat Malaysia kira kira RM1.6 Trillion. Berapa 2.5% setiap tahun dari RM1.6 Trillion. Sudah boleh ganti GST.

CUKAI URUSNIAGA SAHAM

Ketika ini urusniaga jual beli saham tidak dikenakan cukai.

Bagaimana jika kenakan Cukai atas saham. Untung mesti bayar 2.5% zakat.

Sehari dagangan di BSKL sebanyak RM2Billion.

Maka setahun jumlah dagangan RM600 Billlion.

Zakat dari itu boleh capai RM13Billion

Atau

CUKAI ATAS URUS NIAGA SAHAM juga boleh dibuat 6% mcm GST.

DATO' MUSTAPA ALI

ISU PAS JADI PENASIHAT KERAJAAN UMNO

Nasihat ini semua tindakan kita. Cakap di parlimen, kenyataan2 akhbar dan semuanya adalah berterusan merupakan nasihat dan fungsi penasihat  yg dimainkan oleh PAS.

Ia tak bererti kerjasama politik.

Tuduhan husam konon ada kerjasama politik dgn UMNO adalah rekaaan Husam. Tiada pendirian begitu dari PAS.

UNDI TOLAK BAJET 2014

UNDI tolak bajet. Jika tolak dan lulus belanjawan  2016  tak boleh dibelanjakan. Kerajaan 'tutup kedai'? Shut down. Tapi kerajaan tidak juga jatuh. Rakya marah pada PAS. Kerana itu berkecuali.

Undi tak percaya pada dasarnya PAS setuju.

Masalahnya angka kerusi bilangan kerusi pembangkang, kedua2 tolak bajet atau undi tak percaya tak akan berjaya.

HUDUD

Hudud. Bentang tapi tak lulus. Tak malu kah kita nanti? Malu apa itu tanggung jawab kita.

Selangor. Kita masih ada hubungan dgn PKR. Azmin tak akan rombak. PKR masih mahu PAS di Selangor.

Sebenarnya PAS yg menyelamatkan Kerajaan Selangor.

Dato Raja Idris:

Jumlah Bajet 2016 adalah sebabyak RM267B. Petronas sumbang RM 32B. Jika masuk Dividen RM39B..

Sebelum tu masa harga minyak dunia tinggi , 2014 RM66B.

Kerajaan cuma guna alasan petroleum utk kenakan GST. Cakap politik. Sedangkan bajet kita yg besar tak sampai 50% hasil petroleum. Kesan boleh di kawal dari ketiadaan hasil petroleum dengan mengawal belanja.

Brunei sudah 9 tahun guna dasar mencari sumber pendapatan lain selain minyak.

Kejatuhan ringgit ada 2 perkara yang asas sepatutnya jadi dasar dalam bajet.

Mesti ada dasar kurangkan barang import. Mesti ada dasar gunakan barangan tempatan.

Mesti ada banyak galakan ekspot menggunakan local content (bahan tempatan).  Perkenalkan local content index utk bagi insentif local content.

TPPA adalah rancangan Amerika supaya China tak dapat kuasai pasaran kerana kos produksi Cina yg rendah. Mereka boleh turunkan nilai Yuan dan harga barangan mereka jadi sgt murah.

Dato Raja Idris

TPPA final draft. Capitalist policy utk dpt pasaran yg terbesar. Trade agreement. Semua sekatan tarif dan bukan tarif, cukai dan bukan cukai, galakan , polisi, mesti dihapuskan. Kita kalah dari segi daya saing.

Harga ubat. Patent di pelihara. Dgn TPPA tak boleh lagi beli dari pengilang kedua. Mesti beli dari patent holder di Amerika. Harga ubat akan naik.

Model ekonomi Islam. Kaedah zakat dah ada. Masalah kemahuan politik. Kaedah Bait salam dlm urusan jual sawit di Terengganu pada zaman PAS.

Kalau minyak dah tak ada

Cybercity Centre dalam Cyberjaya  RM11billion. Tuanpunya Cyberjaya Holding skt private bukan kerajaan.  Mengapa kerajaan nak belanja wang rakyat utk itu. Apa manfaat utk rakyat.

Development KLIA Aeropolis Kos Pembangunan RM7billion. Wang rakyat.
Masalahnya  pemborosan.

Defisit bajet 2016 sebanyak  RM8 Billion.

Bayangkan area lembah kelang sahaja dapat RM80Billion MRT, Projek Cybercity Centre RM11Billion, Projek KLIA Aeropolis Sepang RM7Billion.

Bandingkan betapa kecilnya yang diperuntukkan untuk rakyat. Belanja luar bandar . 700km jalan luar bandar RM1.4 billion.

Jalan dalam felda naik taraf cuma rm200juta.

Dato Mustafa Ali.

DAP boleh ke perintah Malaysia?

Kerusi melayu 135
Bumiputera bukan Islam 24
CINA DAN INDIA 63

Ambil atas dasar ini adalah mustahil.

Melainkan ada orang melayu yg sokong mereka.

Sistem 2 parti tanpa PAS tak akan berjaya. Tak ada teras melayu tak kan berlaku perubahan pusat.

PAN pada waktu ini takkan dapat sokongan melayu.

Di Johor yg paling kuat PAN pun tak berlaku. Apa lagi PAN dilihat menurut kehendak DAP.

Orang melayu dlm DAP tak ada kedudukan dlm DAP.

Ahli DAP yang kuat Budha dan Hindu tak lawan PAS. Yg DAP kristian yg lawan pas.

Di Terengganu, kena mula fokus kawasan melayu. Cina setahun dua ini mereka akan terpengaruh propaganda DAP.

Terengganu 95% Melayu.

Kena tembusi felda.

PAN boleh ganggu kemenangan dikawasan sepatutnya PAS menang. Mereka tak menang pun.

Tak mungkin PAS akan bersama dgn DAP dan PAN. Itu pendirian PAS. Muktamad sehingga kini.

0 comments: