HUBUNGI IBU BAPA KITA DI TANAH FELDA, NASIHATI MEREKA HADAPI BANJIR
Kita sudah melepasi separuh bulan November, lazimnya permulaan banjir gelombang pertama melanda negeri pantai timur semenanjung.
Kita tidak dapat menjangkakan bila banjir dan sebesar manakah ianya melanda, sikap berwaspada adalah terbaik kita ambil. Langkah bersiap sedia hadapi apa jua keadaan, pastinya banyak membantu agar mangsa banjir dapat membuat persiapan sepatutunya.
Sahabat kita di Felda Tersang 1 dan Felda Tersang 2 sudah ada dipindahkan akibat hujan lebat di beberapa kawasan melanda Daerah Raub.
Warga Felda ramai berada di luar kawasan. Tinggalah peneroka yang sudah bergelar warga emas, justeru itu wajarlah kita, anak-anak yang berapa di luar, menghubungi mereka.
Bertanya khabar, nasihati mereka agar bersiap sedia, dokumen penting dan barang peribadi yang berharga sewajarnya di simpan tempat yang diyakini tidak digelami air dan memudahkan kita sewaktu proses perpindahan dan sebagainya.
Saya juga menyeru agar seluruh ahli Pas di Kawasan Felda bersiap sedia untuk sebarang rintangan dan keadaan yang bakal melanda kita di Tanah Rancangan Felda seluruh negara terutama kawasan pendalaman yang biasa dilanda banjir.
Utamakanlah warga peneroka Felda yang sudah uzur tanpa mengira fahaman politik. Ini masanya kita membantu mereka dan sudah menjadi amalan kita Pas mengorak langkah kehadapan dalam memberi bantuan terutama Unit Amal.
Patuhilah arahan pihak berkuasa dalam persiapan menghadapi musim ini. Sabar dalam menunggu bantuan dan sebagainya. Apa yang penting keselamatan diri kita perlu diutamakan.
Sekian Terima Kasih
Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda, Lajnah Tanah, Peneroka Bandar dan Orang Asal Pas Pusat.
25 November 2015
Pengerusi Hal Ehwal Felda, Lajnah Tanah, Peneroka Bandar dan Orang Asal Pas Pusat.
25 November 2015
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com
ReplyDeleteAsa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com