Keberakatan Dalam Kehidupan

Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
TINTA ULAMAK ( Siri 31)
11 Safar 1437H/ 23 November 2015M
Keberakatan dalam kehidupan

Firman Allah swt: 
"Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)?. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala" [Surah al-Qalam 14-15]
 Antara ujian kepada hartawan dan jutawan apabila mereka berada di puncak kekayaan ialah tidak memandang penting kepada unsur-unsur keberkatan, halal haram dan peraturan serta hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Mereka kerap kali menganggap perbincangan mengenai hukum halal haram dan keberkatan adalah kuno dan ketinggalan zaman.
Ingatlah, ujian harta dan kekayaan mampu memusnahkan masa depan manusia di akhirat. Qarun antara contoh hartawan yang dibinasakan Allah kerana kekufuran dan keangkuhannya.
Oleh itu, berwaspadalah dengan tipu daya harta dan dunia.

Disediakan oleh:
Muhamad Naim bin Hashim
AJK Lajnah Penerangan 
Dewan Ulamak PAS Pusat

0 comments: