Khidmat Malaysia Perak Lawat Mangsa Banjir


Khidmat Malaysia Perak Lawat Mangsa Banjir
Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi


TELUK INTAN: Khidmat Malaysia Negeri Perak telah mengadakan tinjauan dan lawatan awal ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, di sini 21 November lalu.
Tinjauan dan lawatan selama dua jam itu diketuai Pengerusinya, Ustaz Ismi Mat Taib mengenalpasti status dan perkembangan mangsa di situ yang kebanyakannya merupakan penduduk sekitar Changkat Jong.
Maklumat awal mendapati, seramai 56 keluarga terlibat dalam banjir dan 19 keluarga, 21 November lalu.
Antara kampung yang terlibat Kampung Batu 8 Changkat Jong, Batu 9, Lorong Mesra dan Lorong Kedah.
Saranan Ismi, mereka yang terlibat perlu mengambil langkah berjaga-jaga, memandangkan keadaan paras air yang tidak menentu.
Tambahnya, semua pihak harus memberikan kerjasama sebaiknya terutama dalam mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
"Setiap musibah dan ujian dari tuhan  adalah untuk melihat kesabaran serta memberikan peluang bertaubat dan berdoa kepada Allah SWT," pesan beliau kepada semua mangsa banjir.
Turut serta dalam lawatan itu, Jabatan Amal Teluk Intan dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain.SumberHARAKAHDAILY

0 comments: