KONGRES RAKYAT TOLAK KEHADHIRAN OBAMA

Kenyataan Media
KONGRES RAKYAT TOLAK KEHADHIRAN OBAMA Kongres Rakyat
21 hb November 2015

KONGRES RAKYAT TOLAK KEHADHIRAN OBAMA

Sekretariat Kongres Rakyat menolak kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS)  Barack Obama ke negara ini. Atas nama hak manusia dan sokongan kepada perjuangan membebaskan Baitul Maqdis dan bumi Palestin , kami tidak menerima kehadhiran Presiden AS itu .

Walaupun kehadhirannya kini atas nama persidangan Asean , selepas kunjungan beliau sebelum ini pada 2014 , kami tetap berpandangan , akibat pelbagai hegemoni kuasa AS keatas Palestin dan rantau Timur Tengah , kedatangan dan sambutan yang diberikan kepada beliau adalah perakuan negara terhadap pelbagai keganasan yang dilakukan AS keatas rakyat dipelbagai negara dirantau tersebut.

Meski pun kerajaan menerima beliau sebagai tetamu , namun rakyat tetap melihat Presiden AS sebagai kuasa imperialis yang mempunyai agenda untuk menundukkan semua negara dibawah kawalannya. Menerimanya juga dilihat sebagai usaha untuk menjadi negara ini sebagai negara proksi kepada AS dalam menjayakan agendanya.

Obama bakal memberi tumpuan kepada agenda ekonomi dan sekuriti rantau dalam usahanya mengabsahkan kehadhiran tentera AS diseluruh pelusok dunia . Beliau akan mengguna pengaruhnya untuk memberi isyarat seolah AS sahaja yang boleh mengamankan dunia dari ancaman terorisisme. Dengan yang demikian memposisikan AS sebagai rakan dialog Asean telah mengukuhkan hegemoni AS dirantau ini .

Rakyat tidak mungkin menerima AS sebagai kuasa imperialis yang mengakibatkan penderitaan jutaan rakyat , terutama dikalangan kelompok bawahan , akibat dieksploitasi oleh syarikat kapitalis AS . Atas nama perdagangan bebas , AS telah menekan negara dunia ketiga dengan pelbagai perjanjian untuk mengukuh syarikat-syarikat multinasional AS  untuk meraih keuntungan diatas kemiskinan dan eskploitasi buruh dan petani di negara-negara membangun .

Obama telah menunjukkan sikap hipokritnya bila diawal jawatannya sebagai Presiden AS , beliau telah menipu seluruh dunia dengan ucapannya di Kaherah , Mesir kononnya beliau mahu berdamai dengan umat Islam. Disebaliknya , jelas , beliau lebih berpihak kepada kelompok Yahudi di AS untuk memastikan Yahudi berjaya melaksanakan agendanya menghapus umat Islam di Palestin. Kini Israel telah membunuh lebih 70 orang dan mencederakan ribuan rakyat awam Palestin di Baitul Maqdis dalam ketegangan terbaru tindakannya menceroboh Masjid Al Aqsa. Sementara Tebing Gaza terus dikepung dan dimusnahkan dengan serangan mengguna senjata yang dibekal AS sehingga hari ini.

Dasar luar AS jelas , sejak kewujudan Israel , telah berkisar disekitar menyokong semua tindakan ganas Israel ke atas hak rakyat Palestin dan mencabar hak kaum Muslimin  diseluruh dunia dengan tindakan menyerang negara umat Islam.

Akibatnya rakyat Palestin menderita sehingga hari ini. Jutaan menjadi pelarian , ribuan yang terbunuh dan sebahgian besar tanah asal Palestin dirampas oleh Israel yang direstui oleh AS. Israel terus disokong dengan  bantuan ketenteraan berbilion  dolar untuk mengukuh kekuatan militari Israel. Semua bantuan senjata tercanggih didunia telah dibekalkan oleh AS kepada Israel untuk melancarkan serangan keatas rakyat Paelstin .

Bagi kami Presiden AS adalah lambang kuasa imperialis dunia yang mengetuai kuasa Barat untuk menguasai dunia dan menjadikan Islam dan umat Islam sebagai sasaran.

Dengan rekod hegemoni AS ke atas negara Islam seperti Iraq , Libya , Afghanistan , Algeria , Pakistan , Tunisia dan Somalia , umat Islam mempunyai sebab yang kuat untuk menyatakan bantahan kepada kehadhiran Presiden AS di bumi Malaysia.

AS telah mencetuskan peperangan sektarian di negara-negara seperti Iraq , Syria dan Lebanon . Strateginya adalah pecah dan perintah.

Malah tidak keterlaluan untuk merumuskan bahawa AS adalah paksi kejahatan dunia yang mengguna seluruh kuasanya untuk mengeksploitasi negara lain demi menjaga kepentingannya.

Malaysia pernah menyatakan penentangan terhadap penglibatan AS dalam peperangan di Timur Tengah dan menyokong penubuhan negara  Palestin. Lantaran itu kami mengesa kerajaan Malaysia tidak tunduk kepada hegemoni AS yang mempunyai agenda untuk menguasai dunia. Sebarang perjanjian yang dimeterai antara Malaysia dan AS hendaklah disemak semula . Malaysia perlu meneliti semula segala kerjasama keselamatan , ketenteraan , ekonomi dan budaya dengan AS .

Komitmen Malaysia untuk menandatangani TPPA adalah isu terkini yang dibantah oleh rakyat kerana ia adalah alat AS untuk menjajah Malaysia dan negara anggota TPPA yang lain. Kehadhiran Obama di sidang Asean kali ini pasti akan berkait dengan desakan AS supaya Malaysia menandatangani TPPA.

Kami berpendirian bahawa TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas paling eskploitatif , mencengkam dan menindas rakyat bawahan. Ia diguna oleh AS sebagai alat paling menyeluruh untuk menguasai 11 negara dalam agendanya menyaingi China dan mendominasi 40 % perdagangan dunia . Malaysia akan terus terikat dan terdedah kepada eksploitasi AS bila TPPA ditandatangani.

Dasar luar AS secara umumnya telah memporak-perandakan dunia dalam hampir semua bidang : keselamatan , ekonomi , politik , teknologi senjata , alam sekitar , kesihatan , kewangan , undang-undang antarabangsa dan budaya. Rakyat dibanyak negara telah menderita akibat eskploitasi AS mengguna kuasa dan pengaruhnya untuk kepentingan pemerintah AS yang pro Israel.

Sebab itu kehadhiran Obama di Filipina baru-baru ini dalam sidang APEC dibantah oleh rakyat . Filipina dilihat sebagai negara proksi AS yang mengukuhkan pengaruh AS di rantau ini.

Malaysia yang telah memeterai pelbagai perjanjian kerjasama dengan AS dalam pelbagai bidang perlu menilai semula komitmennya terhadap kuasa imoerialis itu. Pendekatan pemimpin negara yang nampak lebih mesra AS perlu dilihat secara kritikal kerana rakyat sedang meneliti dengan rapi sikap double standard yang sering ditunjukkan oleh kerajaan. Sementera kritikan terhadap AS yang merestuai tindakan Israel menyerang umat Islam di Palestin ditegaskan , namun kerjasama ekonomi dan keselelamatan dipereratkan dengan AS . Malah ujud perdagangan secara tidak langsung dengan Israel.

Kami menolak pendirian yang bercanggah dengan sentimen rakyat yang mahu kerajaan bersikap lebih konsisten dan telus.

Sesunggunya ditangan Presiden AS dilumuri darah orang awam terutama dikalangan rakyat Palestin . Kami tidak dapat menerima Presiden AS di bumi Malaysia kerana ia adalah negara teroris ( terrorist state ) nombor satu dunia.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Pengerusi Kongres Rakyat
President MAPIM

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete