ASTANA LOT, 15 Nov - PAS Samariang bersama Skuad Prihatin telah membuat lawatan mesra penduduk kampung Astana Lot yang terletak di dalam Dun Samariang. Ziarah ini yang diketuai Ustaz Yusof Assiddiq yang juga merupakan Penyelaras Dun.
Dalam lawatan tersebut, seramai 30 buah keluarga menerima sumbangan berbentuk kit keperluan harian. Rata-rata penduduk kampung tersebut gembira dan memberikan respon yang baik terhadap PAS Samariang.
Pada masa yang sama juga, penduduk membuat aduan terhadap beberapa masalah yang mereka hadapi. Antaranya masalah pengairan yang tidak diurus dengan baik mengakibatkan saliran air tersumbat, sampah sarap dan laluan jalanraya yang kecil bagi penduduk kampung. Walaupun sudah membuat laporan terhadap pihak berwajib tetapi masih tiada tindakan yang diambil.
Menurut Ustaz Yusof "Kita bersimpati terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung Astana Lot. Masalah sistem saliran yang tersumbat, sampah sarap dan laluan jalanraya yang sempit ini sedikit sebanyak mempengaruhi keselesaan kehidupan penduduk di sini".
Ujarnya lagi "Walaupun Sarawak sudah hampir 52 tahun merdeka, namun rakyat masih belum mencapai tahap kehidupan yang baik lagi. Sepatutnya masalah seperti ini perlu diselesaikan dengan segera. Tambahan pula, musim hujan yang akan tiba pada ketika ini pasti mengkibatkan paras air meningkat. Tanpa saliran air yang baik, serta sampah sarap yang yang tersumbat mengakibatkan banjir berlaku"
Walaupun Kg Astana Lot ini hanya berjarak 1 Km dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak tetapi penduduk kampung di sini masih lagi menikmati kehidupan yang tidak selesa serta urustadbir yang lemah oleh parti pemerintah.
Menurutnya lagi "Kita berharap, masalah seperti ini dapat diselesaikan sesegera mungkin. Keselesaan rakyat adalah keutamaan. Kita tidak mahu, rakyat terus menerus menghadapi masalah seperti ini".
0 comments: