Kelemahan semua partipun ada. Ini boleh diperbaiki. Tapi keteguhan prinsip dan dasar, asas agama yang kukuh, dokongan majoriti kaum profesional dan ilmuan, dokongan massa rakyat marhain, ditambah pengalaman yang lama, kematangan, pemahaman tentang sensitiviti negara kita tentang agama, bangsa dan kedudukan raja raja melayu jadikan PAS terbukti lebih bertanggungjawab.
Pemimpin PAS lebih mementingkan kesejahteraan negara dan tidak mahu menyusahkan rakyat dengan menambah resah dan gelisah yang menghilangkan ketenangan dan ketenteraman hidup yang sudah sedia susah oleh kesalahan yang dilakukan oleh Barisan Nasional/ UMNO begitu lama.
Pendekataan yang sejuk mata dan hati memandang lebih digemari majoriti rakyat yang umumnya cintakan keamanan dan perpaduan. Tidak suka kecoh kecoh yang bagai mula mahu dijadikan budaya.
Rugi kita pecah pecah ni. DAP sedang ambil kesempatan sehingga berani mencabar mahu merampas kerusi majoriti Islam kerana adanya yang sanggup memainkan peranan memecahkan kesatuan undi yang kita perlu.
Kita perlu kerja fokus untuk gantikan UMNO yg terlalu banyak rosaknya. Jika akhirnya UMNO masih berkuasa, rosaknya berulang lagi dengan lebih teruk lagi. Generasi baru pimpinan UMNO yang sedang dilahirkan bukan yang berjiwa patriot seperti dahulu. Untung sahaja yang dicari walau merosakkan rakyat dan negara. VAPE, TPPA dan lain lain.
Demi rakyat dan negara juga orang orang Islam yang menjadi teras negara Malaysia ini bersamalah dalam PAS.
Bukan saya sukapun keadaan begini disibukkan menepis gangguan tak sepatutnya. Ini tidak produktif.
Fokus.
Kita ambil kembali negara kita. Kita ada hak kita. Bukan DAP yang punya mahu mengawal dan mencatur segala galanya hatta urusan agama Islam dan kepentingan orang orang melayu.
Sahabat kita kaum Cina, India dan lain lain bukan semua bersetuju cara DAP ini yang mencetus kerosakan perpaduan dan hubungan baik. Mereka juga berhak bersama kita hidup harmoni.
HJ AMZAD HASHIM
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
12 November 2015
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
12 November 2015
0 comments: