USRAH WHATSAPP (USWAH) SIRI 183
PERJUANGAN ISLAM BUKAN EKSTRIM!
Dalam Kitab Al-Irhab Wa Al-Salam terbitan Majma' Fiqh Al-Islami (India) telah mengupas persoalan terrorism yang digagaskan oleh barat:

Umat Islam dilarang sama sekali mengaitkan fahaman ekstrimisma dengan perjuangan Islam yang suci. Perlu diingat bahawa baratlah yang memulakan tuduhan pengganas keatas umat Islam bagi melenyapkan keizzahan agama Islam. Jika di search melalui google perkataan terrorist dan pelampau maka semuanya tertumpu kepada kegiatan umat Islam. Saraf ini akhirnya meresap ke dalam fahaman umat Islam sedikit demi sedikit. PAS sebagai sebuah parti Islam sama sekali tidak pernah terlibat dengan fahaman ekstrimisma persis ISIS malah agendanya hanya tertumpu kepada mendaulatkan tuntutan agama di Malaysia.
Pihak yang menuduh PAS sebagai pendukung fahaman takfiri, gerakan ala-ISIS dan pengganas hendaklah bertaubat dan menarik balik kenyataannya yang jelas tersasar! Islam tidak hina dengan sebab seseorang muslim yang hina, begitu juga, PAS tidak ekstrim walaupun ada dalam kalangan bekas ahlinya yang ekstrim!. Tidakkah menyakiti Presiden PAS dan menuduhnya dengan tuduhan palsu itu ekstrim? Tidakkah mengkhianati baiah yang jelas dalam baiah tersebut bersumpah dengan nama Allah itu tindakan ekstrim? Tidakkah melarikan kerusi PAS tanpa meletak jawatan itu tindakan ekstrim? Itulah fahaman ekstrimisma yang sebenar! Golongan Uqala' apabila tidak lagi menjadikan Al-Quran sebagai panduan malah hanya mengikut gertakan nafsu yang bermaharajalela akan jadi Sufaha' ! Wal'iyaazubillah !
~Asri ed-Diwanie
0 comments: