PERSIAPAN KARAKTER DAIE


[PERSIAPAN KARAKTER DAIE]

🌈
Muqaddimah


Kita tidak punya banyak masa, hanya tinggal 2 tahun sebelum PRU 14, kewajiban lebih banyak daripada masa yang ada. Kita mesti bekerja bekerja dan bekerja untuk kemenangan islam.


🌈
Persiapan Karakter Daie:


1. Gagal dalam aktiviti/program itu perkara biasa, namun jangan pernah sesekali gagal dalam karakter, perlu sentiasa menjaga karakter seorang pejuang agama Allah.

2. Aktivis dakwah perlu mempunyai karakter yang kuat, tidak mudah luntur dek serangan mana-mana pihak dan sudut sekalipun.

3. Lihat sirah Rasulullah dan para sahabat, sahabat dibina karakter sendiri oleh Rasulullah, Tarbiyyah Nabawiyyah.

4. Proses kesinambungan memahami perjuangan memerlukan tempoh yang panjang.

5. Istiqamah itu sesuatu yang unik, yang kita minta setiap hari pada Allah, terutama yang dibaca dalam Surah AlFatihah; (اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ)
[Surat Al-Fatihah 6]


6. Punca rosaknya jemaah ialah kerana hati kita yang kotor, tiada kesatuan, rosak amal soleh.

7. Kemenangan yang besar bermula dengan kemenangan jiwa yang besar dan hati yang bersih.

8. Terapkan 10 Muwasafat Tarbiyyah dalam diri:
Salimul Aqidah (Aqidah yang Sejahtera)

Sahihul Ibadah (Ibadah yang Sahih)

Matinul Khuluk (Akhlak yang Mantap)

Mutsaqqafal Fikri (Luas Pengetahuan)

Nafi'un li Ghairihi (Mampu Berdikari)

Qawiyyal Jism (Sihat Tubuh Badan)

Qadiran ala Kasbi (Bermanfaat pada yang lain)

Mujahadah ala Nafsi (Melawan Nafsu)

Munazzamun fi Syu'unihi (Tersusun Urusannya)

Haarithun ala Waqtihi (Sangat Menjaga Masa)


9. Jadilah orang pertama yang memaafkan orang yang pernah mengecewakan kita.

10. Sentiasa perbaiki ibadah, jujur dengan diri, biarkan ibadah itu akan recharge iman kita.

11. Akhlak mencerminkan agama, kerana akhlak, dakwah tersebar luas.

12. Medan perjuangan perlukan stamina yang kuat, kalau dah biasa dilatih dengan program tarbiyyah, kita akan survive.

13. Perjuangan ini arusnya laju, orang yang tertunggu-tunggu, yang mengeluh akan jauh tertinggal ke belakang.

14. Bilamana duduk dalam jemaah, susah kita terjebak dengan maksiat, kena sentiasa jaga hati, lidah dan tindakan.

15. Dalam mengatur urusan harian, utamakan mana yang utama, set masa dengan baik, kalau betul kita susun hidup kita, kita akan perasan yang hidup penuh dengan amal soleh.

16. Biar diri bermanfaat pada orang lain, berada dirinya sentiasa menjadi berkah, jadi keberkatan pada orang lain.


Ustaz Hafez Sabri
Liqo Fikri Pemuda PAS Batu Gajah
17/11/2015

0 comments: