Politik Baru PAS Mampu Satukan Ummah

Memang betul ada perubahan pendekatan PAS dengan ahli UMNO sekalipun PAS tegas memutuskan tiada kerjasama politik. Ini diakui dalam satu kenyataan terbaru oleh Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad.
Ia konsisten dengan pendekatan yang diambil oleh pemimpin pemimpin tertinggi PAS yang lain dibawah kepimpinan Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am , Dato' Dr. Harun Din.
PAS kini lebih terbuka, lebih mendekati.
Kalau kita boleh terbuka dan mendekati orang bukan Islam, 10 kali ganda lebih patut dan dituntut syarak untuk kita rapatkan silaturrahim sesama umat Islam.
Setiap solat Jumaat kita tidak pernahpun berhalangan solat berjemaah bersama.
Masalah yang memangsakan sesama umat Islam mesti dicari jalan penyelesaian dengan pendekatan konstruktif. Bukannya meneruskan dasar yang destruktif. Yang melebarkan jurang.
Pilihkasih, diskriminasi berasaskan warna politik sehingga ada negeri dinafikan hak peruntukan pembangunan, tidak diberi layanan yang saksama perlu di selesaikan kerana ia merugikan umat Islam. Ada rakyat marhaen sentiasa dizalimi tak dibantu walau berhak.
Ia mendorong kebencian dan putus silaturrahim. Perpecahan merugikan semua.
Peruntukan pembangunan yang terlalu melampau ke negeri negeri sedia membangun di pantai barat adalah agihan kekayaan negara yang mendiskriminasi negeri negeri timur dan utara semenanjung, sabah dan sarawak.
RM80Billion hanya untuk MRT di Lembah Kelang, RM11Billion untuk Cybercity Centre di Cyberjaya, RM7Billion untuk KLIA Aeropolis adalah pakej ransangan yg akan memacu kenaikan nilai hartanah di sekitar kawasan yang sama, peluang pekerjaan dan perniagaan.
Rakyat Kelantan, Terengganu, Kedah , Perlis terus semakin ramai berhijrah ke Lembah Kelang dan sekitarnya kerana peluang banyak di sana. Pasaran berkembang dengan adanya populasi. Hartanah meningkat . Trafik meningkat.
Kena ada dasar yang sebarkan pembangunan agar saksama, decentralised.
Sesetengah pusat pentadbiran industri boleh dipindah ke lain. Misalnya petroleum. Pindah semua urusan ke pantai timur, katakan ke Terengganu. Beberapa Billion yg dibelanjakan untuk prasarana seperti yg sanggup dilakukan oleh kerajaan pusat dgn MRT, Cybercity, KLIA Aeropolis boleh dengan cepat memangkin proses desentralisasi ini yang kesannya berpanjangan.
Pendekatan yang merapatkan ummah ini akan menggagalkan cita cita anasir yang mahu menangguk di air keruh yang beroleh keuntungan dengan jalan pecah dan perintah.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan
PAS Kuala Terengganu
22hb November 2015

0 comments: