Tazkirah Kota (12) Hadith: Ketika Allah Menciptakan Bumi, Maka Bumi Itu Pun Bergoncang

HADITH: KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN BUMI, MAKA BUMI ITU PUN BERGONCANG

Dari Anas Bin Malik r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda; "Ketika Allah telah menciptakan bumi, maka bumi itu pun bergoncang. Lalu Allah menciptakan gunung-ganang. Allah memerintahkan gunung-ganang tersebut untuk berada di atas bumi, maka bumi pun menjadi tenang dan tidak bergoncang. Para malaikat merasa kagum dengan kekuhan gunung-ganang. Mereka berkata, 'Wahai Tuhanku, apakah ada makhlukMu yang lebih kukuh dibanding gunung-ganang?' Allah berfirman, 'Ya, dia adalah besi.'
Para malaikat berkata, 'Wahai Tuhanku, apakah ada makhlukMu yang masih lebih kuat berbanding degnan besi?' Allah berfirman. 'Ya, dia adalah api.' Para malaikat kembali berkata, 'Wahai Tuhanku, apakah makhluk yang lebih kuat berbanding api?, Allah berfirman, 'Ya, dia adalah angin.' Para malaikat bertanya lagi, 'Wahai Tuhanku, apakah ada makhlukMu yang masih lebih kuat berbanding angin?' Allah berfirman, 'Ya, dia adalah seorang anak cucu Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya yang dia sembunyikan dari tangan kirinya.' " (Hadith riwayat Imam Tirmidzi r.a dalam kita Jami'nya, juz II hal. 241-242)

Keterangan:
Hadith ini menunjukkan keagungan orang yang bersedekah dijalan Allah, dimana ia lebih hebat daripada gunung-ganang, besi, api dan angin. Yang dimaksudkan bersedekah dengan tangan kanan sehingga tangan kiri tidak mengetahui ialah apabila kita bersedekah hendaklah menyembunyikan sedekah kita daripada pengetahuan orang sehingga diumpamakan tangan kiri pun tidak mengetahui apa tangan kanan buat, ia bertujuan mengelakkan diri kita daripada riak dan ujub serta takabbur.
(Rujukan: Syarah Hadith Qutsi terbitan Pustaka Azzam, halaman 312 hadith no.151)

"Tarbiyah Teras Istiqamah"
Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepong

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete