Tinta Ulamak ( Siri 29 ) : Ruang Terbuka Luas Untuk Bertaubat

Lajnah Penerangan 
Dewan Ulamak PAS Pusat

TINTA ULAMAK ( Siri 29 )
Ruang Terbuka Luas Untuk Bertaubat
10 Safar 1437H / 21 November 2015M

Allah swt berfirman:
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"[Surah al-A'raf 23]
Ayat ini merupakan doa rayuan daripada Nabi Adam dan Sayidatina Hawa kepada Allah swt agar mereka berdua diampunkan di sebabkan ketelanjuran melanggar larangan Allah swt. Lalu Allah mengampuni mereka berdua. (Rujuk Surah al-Baqarah ayat 37)
 Ini menunjukkan kepada kita bahawa seseorang yang terlanjur melakukan dosa dan maksiat sepatutnya tidak berputus asa daripada rahmat dan keampunan Allah swt asalkan dia sedar akan dosanya dan insaf serta tidak akan kembali melakukan dosa lagi.
Sesungguhnya Allah bersedia mengampuni dosa setiap manusia yang bertaubat. Bertaubatlah!!

Disediakan oleh:
Muhamad Naim bin Hashim
AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

0 comments: