ANTARA AL MUJAHIDIN & AL QAI'IDIN


ANTARA AL MUJAHIDIN & AL QAI'IDIN

Ceramah Magrib : Us Nasaruddin Hassan At-Tantawi
14 Disember 2015
Masjid Pengadang Baru


إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ

Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya..

(Surah at taubah : 45)


1) Ada sebahagian menganggap kononya mereka berjuang akan tetapi mereka hanyalah sekadar supporter dan penyokong tanpa turun ke medan untuk menghadapi jalan perjuangan.

وَلَوْ أَرَادُوا الْخُرُوجَ لَأَعَدُّوا لَهُ عُدَّةً وَلَٰكِنْ كَرِهَ اللَّهُ انْبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُوا مَعَ الْقَاعِدِينَ

Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".
(Surah at Taubah : 46)


2) Allah tidak sudi orang seperti ini. Mereka perluklah membuat persiapan diri. 


3) Nak berjuang mesti ada persiapan tidak boleh berjuang tanpa kita ada persiapan sebagaimana firman Allah :- 

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

(Surah al Anfal :60)


4) Makna persiapan mesti ada roadmap, hala tuju perjuangan, mesti menyertai untuk mendepani cabaran, tribulasi, mehnah.


5) Istilah 'supporter' dan 'follower' tiada dalam perjuangan Islam, yang adanya ialah 'pendokong'. 


6) Antara persiapan kekuatan (asasi) itu :-

A -Wajib menyertai perjuangan

-Saidina Ali berkata, "Kebenaran yang tidak tersusun tanzimnya dapat dikalahkan oleh Kebatilah yang tersusun tanzimnya."

B - Persiapan ilmu

-Tidak boleh memperjuangkan Islam jika jahil tentang Islam. 

-Tidak boleh berpada dan reda dengan kejahilan kerana kejahilan musuh yang pertama

C- Akhlak syaksiah

- Bina peribadi kerana nabi diutuskan untuk menyempurnakan kemulian akhlak . Sabda rasulullah :-

إنما بعثت 
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak."

D- Aqidah 


7) Perjuangan mesti full time bukan part time. 24 jam kita setiap detik , setiap afas kita hidup kita berjuang dengan niat untuk mewakafkan kepada perjuangan Islam.


8) Tanda orang beriman ialah orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah.


9) Bagaimana manhaj perjuangan? Yang manakah yang benar-benar berjuang?

Hadis nabi :-

حدثني محمد بن بشار حدثنا غندر حدثنا شعبة عن عمرو قال: سمعت أبا وائل قال: حدثنا أبو موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال أعرابي للنبي صلى الله عليه وسلم الرجل يقاتل للمغنم، والرجل يقاتل ليذكر، ويقاتل ليرى مكانه، من في سبيل الله فقال: ((من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا فهو في سبيل الله)). 
[أطرافه 123، 2810، 7458، تحفة 8999]. 

Daripada Abu Musa Al Asya'ari R.A berkata : Telah berkata orang badwi kepada Nabi s.a.w lelaki berjuang kerana harta, lelaki berjuang supaya namanya disebut, lelaki berjuang untuk dilihat siapakah yang berjuang di jalan Allah? Maka nabi berkata : Orang yang berperang untuk menegakkan kalimah Allah di tempat yang tertinggi maka itulah orang yang berjuang di jalan Allah.


10) Manhaj Rasulullah adalah untuk menyelamatkan umatnya daripada nereka. Tiada istilah dendam dalam perjuangan Islam.


11) Peristiwa Richard the Lion yang dirawat oleh Salahuddin al-Ayubi telah masuk ke kem menyamar sebagai tobib menunjukkan bahawa Islam tidak berdendam walaupun di saat itu kita melihat Salahuddin al-Ayubi mempunyai peluang untuk membunuh Richard. Salahuddin berkata, "Aku tidak akan melawan musuh ketika mana mereka ini sakit dan lemah. Sekarang aku bagi kamu pilihan sama ada kamu masuk Islam atau kita masih meneruskan peperangan ini !".


12) Richard the Lion berkata Salahuddin Al- Ayubi dan tenteranya menang bukan kerana kekuatan tentera tapi mereka menang kerana akhlak mulia mereka.


Catatan oleh;
Ibnu Zulkifli

0 comments: