Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
TINTA ULAMAK ( Siri 37)
9 Disember 2015M / 27 Safar 1437H
Bersegera beramal soleh dan istiqamah dengannya.
Maksudnya :
Daripada Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti malam yang gelap gelita. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di petang harinya. Di petang hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir dipagi hari (esoknya). Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia."
Kita dianjurkan oleh Islam supaya mencari kebaikan isi dunia ini untuk mendirikan agama dan melaksanakan segala tuntutan Allah dan RasulNya. Seseorang yang sanggup menggadaikan agamanya demi mencapai habuan dunia, sehingga sanggup melawan perintah Allah, menidakkan ajaran Rasulullah s.a.w, menyeru kepada kebatilan dan kesesatan, menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal serta melebihkan dunia dan asyik dengannya sehingga mengabaikan akhirat, boleh membawa kepada kemurtadan.
Rasulullah berpesan supaya kita di zaman yang penuh dengan fitnah seumpama malam yang gelap ini, agar bersegera untuk beramal soleh serta sentiasa istiqamah dengannya di zaman yang penuh fitnah dan ujian terhadap Islam dan sekalian muslimin.
Wahai saudaraku, janganlah kita berseronok dengan kenikmatan dunia serta gila kepada harta, kuasa dan pangkat sehingga lalai dari tanggungjawab mendirikan agama. Kembalilah bertaubat sebelum kita mati, semoga kita beroleh redha dan syurga Allah nanti.
Disediakan oleh:
Ustaz Abu Abdillah Al-MuhammadiyAJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ustaz Abu Abdillah Al-MuhammadiyAJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
0 comments: