Fahami Politik Matang (Nasihat dan Lawan)

Fahami konsep nasihat. "Agama itu nasihat. Maka baginda di tanya, untuk siapa nasihat itu? Baginda menjawab (antaranya ialah, nasihat itu) untuk pemimpin." 
Dengan  kata lain, ada masa nasihat justeru tiada ruang jatuhkan UMNO-BN pada masa sekarang kerana tiada PRU. Kalau UMNO boleh berubah Alhamdulillah. Kalau tak berubah, maka PRU nanti lawan tetap lawan kerana waktu itu adalah waktu sebaiknya mengubah kerajaan dalam konteks demokrasi. 
Nasihat itu bukan utk UMNO dan BN sebagai sebuah parti sahaja, tetapi juga untuk orang UMNO yang melayu muslim. 
Di sana ada nasihat kepada UMNO sebagai parti memerintah. Sebagai contoh menasihati UMNO supaya menghalang kemasukan atlet sukan atas nama negara Haram Israel. Jika UMNO sebagai pemerintah setuju menghalang, maka kerjasama PAS dan UMNO dalam perkara makruf seperti ini adalah perlu. Jadi dalam isu Israel ini PAS + UMNO vs DAP dan sekutu yang bersamanya. 
Tapi kalau UMNO izinkan juga warga Israel masuk ke Malaysia, maka UMNO juga kita akan lawan. Maka masa ini PAS vs BN + DAP dan sekutunya. 
Dalam bab TPPA dan GST, PAS tetap lawan UMNO sehingga ianya berubah. Mala dalam isu TPPA maka PAS vs BN dan DAP. 
Dalam isu GST pula, PAS vs UMNO (pelaksana GST) vs PKR (Rafizi + Saifudin = zero rated GST. PAS berpendirian hapuskan GST dan diganti dengan cukai ke atas Share Trading dan Corporate saving. Maknanya PAS bersendirian dalam isu hapuskan GST. Dalam masa yang sama cuba yakinkan pihak kerajaan (bukan UMNO), bahawa kita perlu balik kepada sistem cukai Islam bagi menampung defisit sebanyak RM29 billion dalam belanjawan baru-baru ini.
Ini namanya politik rasional aka politik matang. Bukan politik spin dan politik dalam selimut.

0 comments: