Kenyataan Media :
Harga getah jatuh : Apa tindakan kerajaan bagi membantu penoreh dn pekebun?
Oleh : Muhammad Sanusi Md Nor
Pengerusi Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat
Harga getah jatuh : Apa tindakan kerajaan bagi membantu penoreh dn pekebun?
Oleh : Muhammad Sanusi Md Nor
Pengerusi Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat
1. Kadar tukaran semasa matawang Thailand dan Malaysia ialah RM1.00 bersamaan THB8.30. Kadar tukaran biasa sebelum nilai ringgit menjunam ialah RM1.00 bersamaan THB10.0
2. Minggu ini, purata harga sekilo getah sekerap (Cup Lump) di Thailand ialah THB36.0 bersamaan dengan RM4.30.
3. Di Malaysia, minggu ini LGM menerbitkan harga ladang getah sekerap di ladang seluruh Malaysia (farm gate price) pada kadar RM2.20 dan RM1.50 bagi gred sekerap terendah. (RM2.20 bersamaan dengan THB18.0 sahaja)
4. Daripada lima (5) pengeluar getah utama dunia pada tahun 2013, Thailand menghasilkan 3.9 juta tan metrik getah, diikuti oleh Indonesia pada 2.8 juta tan metrik. India menghasilkan 888,000 tan metrik diikuti oleh Vietnam pada 854,000 tan metrik. Malaysia yang merupakan pengeluar kelima terbesar getah asli menghasilkan 845,000 tan metrik. Selama beberapa dekad sebelum ini, Malaysia berada di tangga pertama sebagai pengeluar utama getah asli dunia. Kini tidak lagi.
5. Alasan lazim pihak kerajaan Malaysia tentang kejatuhan harga getah ialah stok getah dunia yang berlebihan - pengeluaran 11.5 juta tan berbanding penggunaan 10.99 juta tan. Terdapat kira-kira 523,000 tan overhanging stock yang menyebabkan harga getah kekal rendah.
6. Soalan yang payah untuk dijawab ialah mengapa Thailand (3.9 juta tan) yang mengeluarkan getah 4.5 kali ganda melebihi kadar pengeluaran Malaysia (854,000 tan) boleh membayar harga 1.95 kali ganda lebih tinggi (hampir 2 kali ganda) kepada penoreh dan pekebun mereka?
7. Jika harga getah bergantung kepada harga pasaran dunia (FOB) yang sama, apakah yang menentukan perbezaan harga di ladang-ladang negara berjiran Malaysia-Thailand? Adakah dried rubber content (DRC) getah sekerap (cup lump) di Malaysia jauh lebih rendah daripada sekerap Thailand? Apakah penentu DRC getah sekerap antara dua negara ini.
8. DRC getah sekerap di Malaysia ditentukan oleh LGM pada kadar 50% secara andaian/anggaran sahaja. Tolok pengukur DRC yang dihasilkan daripada penyelidikan LGM tidak pernah digunakan.
9. Kos R&D di LGM disumbangkan oleh penoreh dan pekebun dari setiap kilogram getah yang dikeluarkan sebanyak 4 sen/kilo. Pemotongan ini dibuat bersama cukai ses 10 sen/kilo kepada Risda sebagai kos tanaman semula - menjadikan potongan wajib 14 sen/kilo.
10. Penoreh dan pekebun getah di Malaysia menanggung sendiri semua kos dalam industri getah termasuk kos pengeluaran, R&D dan tanaman semula pokok getah. Dalam pengiraan kos sebenar (modal) untuk menghasilkan sekilogram getah di Malaysia, pekebun terpaksa menanggung RM3.20/kilo, tetapi hanya dibayar RM2.20 sekilogram sebagai harga pasaran (Abdul Halim Majid, 2013).
11. Terdapat 590,000 keluarga di Malaysia (purata 3.1 ahli keluarga) menjadikan jumlah seramai 1.829 juta orang bergantung kehidupan kepada sektor ini.
Mengikut bangsa-: Melayu - 77%, Cina - 20%, India - 1%, Org Asli - 0.4 % dan lain-lain - 0.9% - Bancian Risda dlm Utusan Malaysia 23 Disember 2103.
12. Pada kadar keluaran 845,000 tan (845 juta kilogram) setahun, kerajaan boleh memperuntukkan RM1.52 bilion (RM1.80/kilo) sebagai skim khas penstabilan harga getah untuk menjadikan harga sekerap berada pada paras RM4 sekilogram.
Jumlah itu tidak terlalu besar berbanding jumlah penerima manfaat seramai 1.829 juta orang - yang pasti semua mereka itu adalah kumpulan rakyat miskin yang terdesak sangat sekarang ini.
Muhammad Sanusi Md Nor
Pengerusi Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat.
YDP PAS Kawasan Sik, Kedah Darul Aman.
Pengerusi Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat.
YDP PAS Kawasan Sik, Kedah Darul Aman.
0 comments: