Intipati wawancara khas bersama Dr. Samir Saeed, Timb. Pengerusi Lajnah Al-Quds, Kesatuan Ulama' Sedunia di Konti Hijau.fm yang membincangkan tentang
Kedudukan Al-Quds Dari Kaca Mata Al-Quran Dan As-Sunnah'.
1. Masjid Al-Aqsa adalah qiblat pertama Nabi Muhammad saw dan umat Islam bermula penurunan wahyu mengerjakan solat 5 waktu sehingga 17 bulan selepas Nabi berhijrah ke Madinah, qiblat umat Islam beralih ke Masjidil Haram.
2. Masjid Al-Aqsa adalah milik umat Islam seluruh dunia, bukan milik rakyat Palestin sahaja. Rakyat Palestin hanyalah wakil umat Islam untuk mempertahankan Masjidil Aqsa daripada serangan orang Yahudi.
3. Orang Yahudi membuat penipuan besar apabila melakukan dakwaan bahawa adanya Haikal Sulaiman di bawah Masjid Al-Aqsa dan mereka bertanggungjawab untuk mengembalikan semula Haikal Sulaiman. Bagi umat Islam, dihati kita adalah Masjid Al-Aqsa bukannya Haikal Sulaiman.
4. Tembok yang dibina oleh Yahudi telah memisahkan rakyat Palestin dari dunia luar, memisahkan ibu bapa dari anak-anak, memisahkan pelajar dari guru-guru, memisahkan orang Islam dari pembangunan ekonomi dan tempat-tempat perniagaan, memisahkan orang Islam dari kemudahan dan keperluan harian.
5. Bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa sangat penting kepada umat Islam
a. Tempat yang dimuliakan oleh Allah seperti Masjidil Haram
b. Kedudukan georafi yang menjadi pusat penyatuan umat Islam di Asia, Afrika dan Eropah.
c. Al-Quran dan As-Sunnah memuliakan Masjdid Al-Aqsa. Dalam Al-Quran terdapat 6 ayat dan berpuluh hadis Nabi yang menceritakan tentang kemuliaan. Masjid Al-Aqsa juga merupakan masjid kedua yang dibina di dunia.
d. Menjadi matlamat dan perancangan musuh-musuh Islam untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan menjadi keutamaan bagi umat Islam untuk mempertahankan dan membebaskannya.
e. Masjid Al-Aqsa dan Palestin adalah tempat turunnya Nabi Isa a.s untuk membunuh Dajal, Yahudi dan Ya'juj dan Ma'juj.
6. Bumi Palestin adalah bumi barakah yang terjadinya peristiwa Isra' dan Mikraj, bumi para anbia'. Masjid Al-Aqsa adalah tempat pertama diadakan solat berjemaah yang diimamkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para anbia' menjadi makmum.
7. Antara peranan yang wajar dimainkan oleh rakyat Malaysia untuk mempertahankan Palestin;
a. Kerajaan Malaysia mengadakan program kesedaran kepada rakyat secara serius dan besar-besaran.
b. Ahli Parlimen Malaysia membuat usul di Dewan Rakyat bagi mengecam kekejaman Yahudi dan musuh-musuh Islam.
c. Diadakan kerjasama antara para ulama' dan kerajaan untuk memberikan kesedaran dan pendidikan tentang Palestin.
d. Parti-parti politik membantu menghulurkan bantuan.
e. Pihak universiti menubuhkan Kelab Palestin
f. Membantu NGO-NGO dan Badan Kebajikan yang mengumpul dana dan mengadakan program.
g. Setiap rakyat Malaysia memberi sumbangan RM1 setiap bulan.
*Gambar ini diberikan oleh Dr. Samir untuk disebarkan dan beliau menyarankan gambar Masjid Al-Aqsa ditampal di pejabat-pejabat dan di kelas-kelas untuk menambah rasa cinta pada Masjid Al-Aqsa.
0 comments: