KENYATAAN MEDIA: ISU GURU 'DUKA LARA': SEMOGA BUKAN SEKADAR RETORIK.

Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bersedia untuk mengembalikan semula pasangan warga pendidik yang selama ini  telah lama berjauhan dengan keluarga dan anak.-anak  tercinta .

 Statistik dan unjuran guru yang hampir mencecah 30,000  ribu tinggal berjauhan dari keluarga dan pasangan masing -masing ,seharusnya telah lama dibuat dan diteliti agar guru  yang banyak berjasa dan menyumbang bakti mendidik anak bangsa selama ini ,tidak hidup dalam keadaan tertekan  perasaan menanggung kerinduan,sehingga mengundang pelbagai implikasi negatif terhadap institusi perkahwinan dan kekeluargaan .

Bagi guru wanita pula yang berjauhan dari suami hingga ke Sabah dan Sarawak ,ada yang sehingga berisiko dari aspek emosi dan kesihatan hingga mengalami keguguran kandungan dan terdedah kepada kebarangkalian keselamatan mereka terancam akibat  tinggal bersendirian terancam,dan terdedah dengan sebarang gangguan .

 Belum lagi kita mengambil kira terhadap  emosi anak -anak yang terganggu dan faktor berjauhan yang menyebabkan  tekanan emosi dan motivasi bekerja seseorang pendidik berada dalam keadaan tidak stabil dan stress akibat faktor berjauhan dari pasangan masing-masing.

 PENDIDIK mengharapkan agar isu 'Guru Duka Lara ' yang menjadi tumpuan beberapa minggu lalu oleh Menteri Pendidikan Malaysia ,YB Dato Seri Mahadzir Khalid bukan hanya retorik politik atau hanya sekadar ,melepaskan batuk di tangga, sahaja .Isu penempatan guru harus diberi serius demi kesejahteraan keluarga pasangan guru yang selama ini terpisah jauh .Kita mengharapkan jika guru gembira ,mereka akan bekerja dalam keadaan tenang dan emosi mereka tidak mudah diganggu dengan simptom 'stress' yang akan menurunkan motivasi bekerja mendidik anak bangsa .

 PENDIDIK sangat mengharapkan pasangan guru yang tinggal berjauhan dapat  'didekatkan' seberapa segera  tetapi pasangan guru yang tinggal berdekatan jangan 'dijauhkan'dan 'ditukarkan' hanya kerana 'perbezaan pendirian politik'dengan UMNO BN.

PENDIDIK mendesak agar parti pemerintah menghormati hak warganegara Malaysia  yang boleh memilih mana-mana pertubuhan politik yang sah dan berdaftar di sisi undang - undang dan Perlembagaan Malaysia.

Selama 58 tahun ,ribuan warga pendidik yang berlainan idealogi politik telah dizalimi ,dan dipindahkan  ,ditahan kenaikan pangkat' ,diugut dengan surat pertuduhan yang mengakibatkan tindakan tatatertib  BUANG KERJA atau TURUN PANGKAT serta ditendang macam 'bola'
ke sana ke mari hingga ke pelusuk negeri dan pedalaman tanah air hanya kerana menjadi mangsa 'dendam politik' untuk mengekalkan survival politik UMNO BN..

Mereka yang berjawatan dalam UMNO di peringkat sekolah, PPD,JPN dan KPM bertindak ' menunjuk 'keangkuhan kuasa ' dengan sengaja bersubahat menukarkan warga pendidik yang cemerlang dalam professionalisme perguruan hanya kerana bersekongkol dan akur  serta patuh kepada arahan pihak atasan yang merupakan 'orang politik' yang terutamanya berjawatan sebagai 'Menteri ' dari UMNO Barisan Nasional.

 Sedangkan warga pendidik yang sengaja dipindahkan ini  merupakan  guru yang cemerlang dan  akhirnya yang akan rugi adalah masa depan anak bangsa kita sendiri yang kehilangan pendidik yang berdedikasi dan memiliki komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas.

Adalah amat  malang sekali apabila 'penjara organisasi' dan  'Akta Perintah Am' dijadikan hujah untuk 'menghalalkan' segala tindakan zalim mereka terhadap penjawat awam seperti warga pendidik ini dengan mengenepikan pertimbangan kemanusiaan terhadap pasangan yang
' teraniaya' dan anak-anak yang tidak berdosa.
Ingatlah.,doa insan yang 'dizalimi' tiada hijab di sisi ALLAH SWT .

Mereka yang bersekongkol dalam melakukan kezaliman kelak akan disambar oleh api Neraka sebagaimana maksudnya dalam  firman  ALLAH SWT di dalam Al-Quran,ayat 113(Surah Hud).

 Pengumuman KPM bahawa seramai 1,848 orang bagi pertukaran guru yang  diluluskan ,hanya jumlah kecil dari keseluruhan permohonan guru yang ada selama ini

.Diharap isu 'Guru Duka Lara' ini diberi perhatian serius dan bukan hanya retorik politik semata-mata -mata .

Cukuplah dengan kezaliman dan tekanan serta  apa yang berlaku selama ini terhadap  warga Pendidik cemerlang ,yang selama ini telah 'dimangsakan' secara zalim tanpa belas kasihan demi menunjuk ''keangkuhan kuasa' , dan  habuan pangkat serta  kedudukan segelintir individu serta pentadbir organisasi dalam  perkhidmatan pendidikan  yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

PENDIDIK merakamkan setinggi -tinggi penghargaan tahniah dan syabas serta  jutaan terima kasih  yang tidak terhingga kepada warga guru yang tinggal berjauhan dengan pasangan dan keluarga ,tetapi terus  berdedikasi tinggi dan tabah serta sabar dalam mencurahkan ilmu mendidik anak bangsa .

PENDIDIK menyeru agar guru bangkit menyuarakan kebenaran dan 'merobohkan  ' tembok kezaliman yang selama ini membelenggu jiwa dan minda pendidik.
Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK),akan terus konsisten memperjuangkan hak dan pembelaan kebajikan terhadap warga pendidik yang dizalimi selain berusaha 'mengangkat martabat masa depan anak.-anak  bangsa dalam persada pendidikan negara.

Saya selaku Presiden PENDIDIK mendoakan agar suatu hari nanti dalam waktu terdekat ,pasangan guru yang tinggal berjauhan ini akan kembali ke pangkuan keluarga tersayang dan terus bermotivasi tinggi dalam mendidik modal insan serta generasi pelapis negara pada masa akan datang.
Semoga mereka  dapat terus berbakti kepada agama,bangsa dan negara .

 Salam hormat:
Pn.Normala Binti Sudirman
(Cikgu Mala)
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK).
11 Rabiul Awwal 1437H bersamaan
23 Disember 2015

0 comments: