(Khutbah) Sistem Islam Dinobat, Kejahatan Kuffar Disekat

Ditulis oleh Dewan Ulama PAS Pusat

Khutbah Jumaat
Sistem Islam Dinobat, Kejahatan Kuffar Disekat


Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang ditegah-Nya.


Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,
Firman Allah Taala:
Maksudnya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Permusuhan antara keimanan dan kekufuran terus berlangsung. Pertembungan antara Islam dan jahiliah terus berlaku kerana ia merupakan sunnatullah dalam menguji kekuatan iman pejuang Islam. Musuh Islam berfikir dan berusaha siang dan malam dalam memerangi Islam dan umatnya samaada melalui serangan fizikal mahupun mental. Oleh itu, amat malang bila kita masih lena diulik mimpi ketika musuh menyerang kita tanpa henti, kita terus leka dengan angan-angan panjang ketika musuh terus menerus menyerang dengan penuh dendam.
Islam bukan boleh dijulang dengan angan-angan, Islam bukan boleh dipertahankan dengan mimpi yang tidak berkesudahan. Sebagai contoh para pemuka yahudi telah menyusun langkah, antaranya menghancurkan agama dan sistem keyakinan yang ada dimuka bumi ini. Dalam doktrin yahudi keempat disebutkan: mesti menyingkirkan atau membekukan pemikiran beragama dari benak dan aqal fikiran setiap manusia. Kemudian, mengiringinya untuk memberi perhatian kepada kebendaan semata-mata, dengan begitu yang ada didalam otak manusia hanyalah wang. Dan untuk merealisasikan rencana tersebut bangsa yahudi harus menguasai dunia penyebaran maklumat kemudian membuat penipuan dengan putar belit maklumat tersebut untuk propaganda misi yahudi secara menyeluruh.


Sidang Jumaat Yang Berkati Allah,
Firman Allah Taala:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang kafir Yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta Yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan Dalam neraka jahanam.
Bangsa yahudi meletakkan agama sebagai musuh nombor satu, sebab agama bagi masyarakat dunia adalah tiang pancang akhlak dan moral kehidupan sosial yang sihat. Ketika agama hancur maka kebejatan moral berlaku dimana-mana. Antara cara yahudi menghancurkan dan merosak masyarakat dunia adalah:

[1] Seks bebas, dimana pelbagai usaha dalam menyuburkan pusat pelacuran bukan sahaja di Eropah malah di negara umat Islam telah diatur dengan penuh licik. Seks bebas tanpa terikat dengan perkahwinan seakan menjadi agama baru yang sebelum ini subur di Eropah dan Amerika kini menular ke negara kita sehingga menggugat masyarakat timur yang terkenal memegang teguh prinsip akhlak.

Oleh itu, kita menentang sebarang usaha atau cadangan yang boleh menyuburkan lagi budaya zina dalam masyarakat seperti isu yang terbaru apabila sebuah kumpulan yang dikenali sebagai G25 mendakwa berpandukan pada prinsip perlembagaan. Mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan dirumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi individu. Jika kemahuan orang jahil diturutkan maka rosak binasalah masyarakat dan negara.
Isu zina, rogol, kelahiran anak luar nikah, buang bayi yang sentiasa meningkatkan akan makin parah jika syariat Islam tunduk kepada logic aqal apatah lagi terpengaruh dengan ajaran sesat yahudi yang menyatakan agama hanyalah hak individu yang tidak boleh diganggu oleh orang lain samada seseorang itu mahu laksanakan kewajipan agama atau mengabaikanya, tidak boleh di ambil tindakan jika seseorang itu tidak mahu laksanakan kewajipan agama seperti solat, tutup aurat dan sebagainya. Ingatlah amaran Nabi S.A.W:

{HR Ahmad Sanad Hassan}

Maksudnya : Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina dikalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas dikalangan mereka, maka hampir sahaja Allah akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.


Sidang jemaah yang diberkati Allah,


Firman Allah Ta’ala :
82. maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
83. batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang Yang zalim itu.

Selain masalah seks bebas yang semakin parah, maka kita turut bimbang dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh persatuan atau pertubuhan yang terus mendesak agar dihalalkan senjata Yahudi yang kedua iaitu seks sejenis. Antara modus operandi homoseks dan lesbian ini adalah mengajak wanita untuk berpakaian ala lelaki dan berpelakuan seperti lelaki dan juga sebaliknya. Bahkan pelbagai usaha peringkat antarabangsa dilakukan agar perlaku menyimpang ini diakui secara perundangan.

[HR At-Tarmizi}

Maksudnya: Rasulullah S.A.W melaknat mereka yang meneyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita.

Senjata yahudi ketiga ialah menggunakan filem dan kesenian dalam menerapkan cara hidup yang bebas daripada agama termasuk zina, hiburan melampau menjurus kepada dadah, arak dan sebagainya. Oleh itu, tidak pelik apabila adanya menteri dijabatan perdana menteri sebelum ini meminta agar lembaga penapisan filem (LPP) tidak membesarkan isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan dalam filem kerana mendakwa ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengandung ke arah maksiat terhadap penonton. Inilah fitnah akhir zaman apabila si jahil mengeluarkan pendapat yang sesat lagi menyesatkan.

Sidang Jemaah Yang Dihormati Sekalian,
Firman Allah Ta’ala:

71. dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Melihat kepada licik dan bersungguhnya musuh dalam merosakan akidah dan akhlak ummat Islam, maka kita wajib bangkit daripada tidur untuk bangun menentang seterusnya menjulang kehebatan Islam. Bermula daripada pemimpin dengan mengembalikan semula pelaksanaan undang-undang Islam dalam setiap aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Bila pimpinan sendiri lebih mengutamakan kepentingan peribadi dan duniawi daripada agama. Maka keadaan ummat semakin jauh dari Allah.
Kita tidak mahu sosial yang teruk dan jenayah yang meningkat akibat tempias daripada keadaan ekonomi yang semakin teruk terutama dengan kenaikan harga barang selepas subsidi petrol, penamatan subsidi elektrik sebanyak RM150 juta kepada pengguna yang mengguna kurang RM20 sebulan. Pengurangan peruntukan untuk universiti awam yang bekal membenan pelajar. Kenaikan told an tambang kenderaan awam yang semakin memeritkan kehidupan rakyat. Seterusnya peranan badan dan persatuan agama dalam memperkasakan pemahaman dan cara hidup sihat dikalangan ummat Islam di mana kita tidak mahu isu penyalahgunaan peruntukan dan bantuankepada badan-badan ini menyebabkan masyarakat semakin jauh daripada Islam.
Begitu juga peranan masyarakat yang perlu memperkasakan kerja a’mar makruf nahi mungkar dalam masyarakat. Peranan guru di sekolah, pensyarah di university mesti menggunakan sebaik mungkin bukan sahaja dalam memastikan cemerlang dalam peperiksaan sahja tapi turut cemerlang dalam pembentukan akidah yang menetap dan akhlak yang hebat. Golongan yang paling penting sekali ialah ibubapa keran banyak kes berlakunya kerosakan akhlak akibat anak-anak tersisih daripada perhatian dan kasih sayang ibubapa atas alasan sibuk dengan kerjaya. Akhirnya, anak-anak lebih rapat dan mengadu masalah kepada teman dan orang luar dimana dibimbangi orang yang dipilih itu dari kalangan yang rosak akhlak juga atau yang suka mengambil kesempatan atas masalah orang lain.
Antara serangan pemikiran yang dijajah oleh musuh Islam dalam menjauhkan masyarakat dunia daripada Islam ialah memupukan Islam dengan keganasan. Isu terbaru iaitu serangan di Paris dan California cuba dikaitkan dengan Islam. MAlah ucapan Presiden Amerika Syarikat dari parti Republik yang mahu semua ummat Islam diharamkan daripada masuk negara Amerika merupakan sesuatu provokasi yang mletakan ummat Islam dikandang yang salah secara membabi buta. Kita semua tahu setiap calon presiden Amerika yang mahu menang mesti menjadi plobi kepentingan yahudi dan negara haram israil.
Musuh Islam cuba menutup kejahatan mereka dalam membunuh ummat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan, Yaman dan sebagainya dan terbaru cuba meletuskan peperangan di Turki dalam melumpuhkan setiap negara ummat Islam yang menjadi ancaman kepada musuh Islam terutama zionis yahudi di israil.
Oleh itu, dalam menjawab segala tuduahan liar ini, marilah kita sebagai ummat Islam yang cintakan Allah dan Rasul mengandakan usaha dalam mendlami ilmu agama seterusnya melaksanakan dalam setiap aspek kehidupan. Kita tidak mahu ummat Islam sendiri bukan sahaja jahil tentang Isam malah membneci agamaanya aendir. Jangan termasuk dalam jerat yang dipasang oleh musuh, sebalikmya gunalah teknologi musuh termasuk teknologi maklumat untuk menyerang balik musuh. Kuatkan kesatuan ummat Islam dibawah panji Islam sehingga janji kemenagan daripada Alllah semakin hampir untuk dicapai dan diraih Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

Oleh itu, janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah Dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka Dengan perjuangan Yang besar dan bersungguh-sungguh.

0 comments: