KETIKA ini terdapat keperluan untuk berbagai organisasi termasuk PAS sebagai sebuah parti politik utama di negara sekarang ini mahu tidak mahu mesti membincangkan bagaimana untuk memanfaatkan info-struktur ‘big data’ atau data raya ini dalam membuat keputusan terutama dalam aspek-aspek pentadbiran organisasi dan juga pilihan raya.
Dalam persidangan ICT dan Data Raya 2015 ini selain daripada penggerak-penggerak ICT persidangan ICT ini tidak berjaya jika Setiausaha Ketua Penerangan dan Pengarah Data Pilihanraya daripada pelbagai peringkat tidak hadir membincang dan merumuskan satu resolusi berntindak bagi membentuk satu jaringan Data Raya yang perlu dibangunkan segera.

Ramai yang bertanya, apa tujuan Persidangan ICT dan Data Raya 2015 ini diadakan. Saya tidak bercadang untuk menulis kenapa ia diadakan. Tetapi saya ingin memaklumkan bahawa biarlah persidangan itu sendiri yang menentukan penting atau tidak PIDR 2015 ini kepada PAS khususnya untuk persediaan menghadapi PRU ke-14.
Persidangan ini diadakan kira-kira 2 tahun atau lebih diadakan untuk membolehkan jentera pelbagai peringkat yang ada kaitan dengan ICT membuat persediaan sebelum PRU ke-14. Sebagai nostalgia Persidangan ICT dan Media Baru 2011 diadakan kira-kira 2 tahun seelum PRU ke-13 diadakan telah dihadiri lebih kurang 700 orang peserta dan menghasilkan resolusi PIMB2011 yang tersendiri.
RESOLUSI PIMB2011
Ketika saya diamanahkan sebagai Pengarah PIMB2011 setelah dipersetujui oleh Peserta Persidangan ICT dan Media Baru (PIMB2011) saya telah membentangkan resolusi berbunyi seperti di bawah;
Bahawa dengan ini, Persidangan ICT dan Media Baru 2011 yang bersidang pada hari ini, 24 Dzulkaedah 1432H bersamaan 22 Oktober 2011, di Dewan Datuk Ustaz Fadhil Noor, KUIZM, Gombak, Selangor telah menggariskan beberapa ketetapan untuk dilaksanakan oleh seluruh jentera Penerangan, ICT dan Media Baru, iaitu:
Sumber Manusia
(1) Lajnah Penerangan dan Dakwah (LPD) dan Lajnah ICT (LICT) membangunkan satu pasukan kerja (“squad”) siber ie Kelab Media PAS atau PAS Media Club (PMC), Badan Bukan Kerajaan (NGO IT) dan lain-lain dengan tugasan khusus dalam bidang ICT dan Media Baru melalui rangkaian tenaga petugas sukarelawan (volunteers) yang dapat bergerak sebagai agen perubahan (change agent) dalam menyampaikan mesej/maklumat sebenar, telus secara dan beretika kepada masyarakat bagi memperkukuh dan memperkasakan gabungan kerja jentera Penerangan dan ICT yang bersepadu menghadapi PRU ke-13.
Info-struktur (Infostructure)
(2) Menyarankan Lajnah Penerangan & Dakwah mewujudkan Urusetia Penyiaran Media Baru melalui kerjasama mantap dan bersepadu antara penyedia teknologi (JITP/JITN) dan penyedia bahan/maklumat (Lajnah Penerangan) di peringkat pusat, negeri, kawasan dan MTD bagi merancakkan lagi penyampaian maklumat atau mewarwarkan lagi inisiatif atau kegiatan parti kepada ahli atau rakyat secara tersusun/tersepadu sama ada secara formal (ie. penerangan) dan tidak formal (ie. saraf) dalam pelbagai format (teks, grafik, audio, video, multimedia, etc) dan melalui pelbagai saluran media baru secara atas talian (online) seperti WebTV (ie TVPAS, KTV, AmanTV, Terengganukini dll) dan melalui TV offline atau “wayang pacak” ( ie. VCD/DVD) secara offline tanpa meninggalkan peranan media cetak seperti Harakah yang sangat berpengaruh.
(3) Menyarankan Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Jabatan IT PAS (JITP) mewujudkan Makmal IT (MIT) dan Akademi Latihan Teknologi Maklumat (ALIT) untuk melatih petugas sukarelawan secara profesional dalam bidang ICT dan Media Baru (internet, SMS, MMS, EDGE/GPRS, 3G, Facebook, twitter, youtube dll) secara sistematik dan terancang.
Kandungan Aplikasi (Application Content)
(4) Untuk memastikan aplikasi KomITeP-Komunikasi IT dan ePAS (seperti Google Apps, emel@PAS,dll) yang dibangunkan untuk penyebaran maklumat dalam bentuk elektronik dan komunikasi maklumat dalaman parti dengan selamat dibudayakan pengunaannya oleh pegawai dan pemimpin PAS.
(5) Bagi memastikan akan kandungan maklumat yang dikeluarkan oleh kepimpinan dan ahli-ahli PAS menguntungkan perjuangan Islam itu sendiri dan memikul amanah dan petanggungjawaban dengan apa jua kandungan aplikasi Media Baru (eg Blog, FB, Twitter dan lain-lain) yang berpunca dari mereka. – HARAKAHDAILY 4/12/2015

0 comments: