JELI: Kekalahan majoriti tipis pada pilihan raya umum (PRU) 13 lalu membangkit semangat PAS melipatgandakan usaha bagi merampas semula Dun Air lanas pada PRU14.
Pada PRU 2013 Datuk Abdullah Ya’kub hanya tewas 47 undi kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Dun berkenaan.
Mustapa turut menang di kerusi Parlimen Jeli. Dun Kuala Balah dan Bukit Bunga juga dikuasai Umno.

Sehingga kini pelbagai usaha dan program dilaksanakan di mana mendapat sokongan menggalakkan masyarakat tempatan.
Abdullah yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Dun Air Lanas berkata PAS berusaha memperkasakan khidmat kepada rakyat dalam misi menawan semula kawasan itu.
Katanya banyak program dan aktiviti yang diadakan sejak berakhir kempen PRU13 mendapat sambutan memberangsangkan penduduk setempat.
“Rakyat kembali bersemangat selepas usaha mereka mempertahankan Dun berkenaan pada PRU lepas tidak menjadi kenyataan.
“Kali ini mereka bekerja lebih kuat dan tekun lagi dalam misi merampas semula Dun berkenaan. Begitu juga dua lagi Dun dan kawasan Parlimen Jeli.
“Malah ramai penyokong Umno juga kecewa BN di bawah Perdana Menteri sekarang membebankan rakyat termasuk risiko GST,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Khitan Perdana dan penyampaian sumbangan kepada pelajar IPT sesi kedua.
Khitan perdana itu disetai seramai 100 kanak-kanak sebahagian kalangan keluarga miskin.
Manakala program forum anjuran Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) yang diadakan di Dewan Rabana baru-baru ini turut mendapat sambutan menggalakkan penduduk tempatan.
Forum itu mendedahkan fikrah dan perjuangan arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sepanjang memimpin kerajaan Kelantan dan PAS.
Panelisnya Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, bekas Setiausaha Sulit Tok Guru, Dr Nik Azlan Abdul Hadi dan Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad. –HARAKAHDAILY 10/12/2015

0 comments: