Kenyataan Media Rasmi
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
1. DPPM membantah sekeras-kerasnya kempen antarabangsa Eropah menyerang bumi Syria. Mereka menjustifikasikan serangan adalah untuk menyerang ISIL, namun pengeboman tersebut dilakukan secara menyeluruh termasuk membunuh umat Islam (blanket bombings) khususnya di Raqqa, Syria.
2. Parlimen British pada Rabu, 2 Disember lepas telah meluluskan usul menyerang ISIL di Syria. Setakat ini, beberapa jet pejuang British (Royal Air Force) yang bersenjatakan tornado telah mengebom pelantar minyak Omar, di Deir Ezzor, Syria. Ia didakwa bertujuan untuk menghapuskan sumber kekuatan IS.
3. Pada 4 Disember 2015 pula, Parlimen Jerman turut meluluskan rancangan Canselor Angela Merkel untuk menempatkan 1,200 anggota tentera di Syria, termasuk menghantar jet pejuang bantuan untuk turut menyertai kempen menghapuskan gerakan ISIL di Syria. Ini bermakna, selain Amerika Syarikat, empat buah negara Eropah telah bersatu menyerang ISIL iaitu Perancis, Ausralia, United Kingdom dan Jerman.
4. Secara prinsipnya, DPPM dengan tegas menyatakan bahawa kami tidak sekali-kali menyokong ISIL dan terorisma, namun dalam hal ini, serangan ke atas ISIL yang direncanakan itu menjadikan umat Islam secara keseluruhannya sebagai mangsa. Ia akan mengulangi nasib umat Islam dan kedaulatan negara Iraq yang dijarah oleh Amerika Syarikat (George W. Bush) dan United Kingdom (Tony Blair) pada tahun 2003.
5. Secara tidak langsung, ia telah mendiamkan kejahatan Basyar Assad yang telah membunuh dan menzalimi lebih 200,000 orang rakyatnya. Ini tidak termasuk lebih 4 juta rakyat Syria yang telah melarikan diri ke negara-negara Eropah sejak tahun 2011.
6. Sepatutnya, bagi menyelesaikan isu Syria ini ialah dengan memaksa Basyar Assad turun. PBB dan Liga Arab pula mestilah mengusahakan kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat secara adil dan demokratik disamping membezakan di antara pejuang ISIL yang melampau dengan para pejuang kemerdekaan yang tidak lebih selain daripada mahu menjatuhkan Basyar Assad dan diganti dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Sekian.
“Beristiqamah Hingga Kemenangan”
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Isnin, 7 Disember 2015 | 25 Safar 1437 H

0 comments: