Presiden PAS Menyertai Himpunan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

Presiden PAS Menyertai Himpunan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia.
Oleh Media DUPP

QATAR: PAS menyertai Himpunan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia ke-3 yang berlangsung di Doha, Qatar, 6 Disember.
PAS diwakili oleh Tuan Guru Presdien, Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib dan Setiausaha Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Faiz Nawi.
Himpunan tersebut telah dipengerusikan oleh Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.
Antara  program yang telah dijalankan Kesatuan Islam Ulamak Sedunia seperti simposium dengan kerjasama Dewan Asia Persekutuan dan Majlis Penasihat Persatuan Ulama Islam daripada pertubuhan Islam untuk mempertahankan Sheikh Malaysia Yusuf al-Qaradawi.
Himpunan Perpaduan Ummah diadakan di Masjid Rusila, Terengganu yang menghimpunkan pelbagai wakil pimpinan Islam seluruh dunia bawah seliaan PAS .
Begitu juga, perhimpunan aman di luar bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi membantah pencerobohan ke atas rakyat Palestin turut diadakan dengan membawa slogan " Save Aqsa".
Menurut Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib, penyertaan PAS dalam perhimpunan kali ini memberikan peluang besar kepada PAS melontarkan pandangan melalui Presiden PAS yang merupakan Naib Presiden kesatuan Ulamak Islam Sedunia.
Jelasnya, PAS optimis dalam menyertai himpunan seumpama ini kerana ruang menimba pengalaman dari neraga Islam lain juga dapat dimanfaatkan kepada PAS untuk dilaksanakan di Malaysia.
Sehubungan itu, PAS tidak ketinggalan mengetahui isu-isu umat Islam seluruh dunia bahkan komited memberikan solusi demi kebaikan bersama.
"Beberapa persidangan, sesi meja bulat dan lawatan ke negara Islam telah disusun dan akan diteruskan pada masa akan datang.
"Program yang telah dianjurkan oleh Kesatuan Ulamak Islam Sedunia merangkumi segala aspek demi memenuhi segala keperluan umat Islam," ujarnya.

0 comments: