Tinta Ulamak ( Siri 36) : Kriteria Hamba Berkualiti

Lajnah Penerangan 
Dewan Ulamak PAS Pusat

TINTA ULAMAK ( Siri 36)
Kriteria Hamba Berkualiti
5 Disember 2015M / 25 Safar 1435H

Allah SWT berfirman:
Surat Al-Furqan 63
"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."
 Jiwa seorang hamba semestinya menjaga akhlak dan peribadi mulia. Sepertimana Rasulullah SAW yang menjadi ikutan akhlak terbaik kepada ummat. Oleh yang demikian, menjadi hamba Allah SWT dipenuhi dengan sifat qanaah dan mensyukuri setiap kurniaannya.
Melalui ayat ini beberapa perkara yang boleh diambil sebagai panduan. Antaranya :
1- Akhlak muslim menjadi gambaran keindahan Islam.
2- Interaksi yang baik menghindari daripada memulakan permusuhan.
3- Menjaga hubungan silaturrahim melalui percakapan semestinya memberikan persepsi yang baik.

Jangan jadi hamba yang angkuh dan sombong pada Allah SWT.

Disediakan oleh :
Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al-Hafiz
Setiausaha Lajnah Penerangan 
Dewan Ulamak PAS Pusat.

0 comments: