Tinta Ulamak ( Siri 39) : Peranan Pemimpin Membawa Islam Dalam Kehidupan

Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

TINTA ULAMAK ( Siri 39 )
25 Disember 2015M / 13 Rabiul Awwal 1437H


Peranan Pemimpin Membawa Islam Dalam Kehidupan
Tugas pemimpin Islam ialah membimbing dan memandu umat  ke arah perjalanan hidup yang benar dan betul menurut Islam berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.
Allah berfirman
"Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang memandu berdasarkan perintah Kami dan Kami ilhamkan kepada mereka melakukan pelbagai kebajikan, menegakkan solat, menunaikan zakat dan mereka sebelumnya menjadi hamba-hamba yang beribadah kepada Kami"
(Surah al-Anbiya' ayat 73)

Jika ada kalangan pengikut yang engkar terhadap bimbingan ia adalah kerana mereka gagal merujuk kepada panduan al-Quran dan al-Sunnah dek kelemahan ilmu dan kefahaman mereka atau kerana terpengaruh dengan pandangan dan persepsi ciptaan manusia yang lebih bersandarkan nafsu dan emosi.
Maka janganlah pula pemimpin yang bijak berpandukan al-Quran dan al-Sunnah terikut-ikut pula dengan rentak pengikut yang berpandukan akal dan emosi. Kalau begitu keadaannya, dia bukanlah pemimpin tetapi hanyalah pengikut yang terikut-ikut.
Tugas pemimpin meluruskan kefahaman mereka.
Disediakan Oleh :
Disediakan oleh
Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

0 comments: