Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ucapan Takziah Di Atas Pemergian Saudara Aziz Desa
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Aziz Desa yang telah meninggal dunia pagi tadi. Semoga dikurniakan kesabaran di dalam menempuh kesukaran dan ujian daripada Allah.
2. Allahyarham Aziz Desa merupakan bekas wartawan akhbar Berita Harian selain bekas personaliti TV3 dan TV9 telah mengalami penyakit buah pinggang kronik dan kencing manis.
3. Semoga Allahyarham diampuni dan dirahmati Allah, segala amalannya diterima sebagai saham yang sangat bernilai di akhirat kelak dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"
NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas.
15 Rabi'ul Awwal 1437H bersamaan 27 Disember 2015
0 comments: