
[PEMUDA PAS]
USRAH DAN MESYUARAT DPPM BIL. 7 SESI 2015-2017
Sumber: FB Muhtar Suhaili As-Sarawaki.
Alhamdulillah, selesai Usrah Pimpinan Pemuda dan selepas itu diteruskan dengan Mesyuarat Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-7 Sesi 2015-2017 yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda, YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Usrah bulanan kali ini istimewa kerana Naqibnya ialah Tuan Guru Dato' Seri Sheikh Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Usrah berkisar sekitar tafsir Surah Ali Imran, ayat 104:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung."
Presiden menyebut betapa pentingnya kita menjadi kumpulan Islam yang meneruskan perjuangan Rasulullah SAW menegak dan mendaulatkan Islam. Beliau juga menekankan bahawa Pemuda adalah pelapis kepada perjuangan dan hendaklah memainkan peranan yang terbaik dalam memastikan terbentuknya masyarakat dan pemerintahan yang ada padanya nilai-nilai hidup Islam.
Firman Allah SWT:
"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk. Dan Kami meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.” (Surah Al-Kahfi: 13-14).
Bersama teruskan perjuangan ke arah membentuk Ummah Terbaik dan Malaysia Sejahtera, Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur.
Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan!
0 comments: