KOMENTAR TERHADAP PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016

KENYATAAN MEDIA
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Jumaat 29 Januari 2016 | 19 Rabi’ul Akhir 1437 H
KOMENTAR TERHADAP PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016

1. Sekalipun tidak menafikan keperluan untuk melakukan pengubahsuaian terhadap bajet dan ia juga biasa diamalkan, namun ia tetap menunjukkan kelemahan Kerajaan khususnya pada aspek kajian dan perancangan sehingga menghasilkan sebuah bajet yang tidak sensitif dan tidak mampu berakomodasi terhadap perubahan meskipun untuk jangka masa yang singkat. Bajet 2015 dan Bajet 2016 mengalami pengubahsuaian selepas hanya beberapa bulan ia diluluskan di Parlimen.

2. Pengurangan potongan caruman KWSP kepada 3% pula tidak menyelesaikan masalah samada kepada pendapatan negara atau perbelanjaan rakyat. Sebaliknya ia adalah suatu ancaman terhadap simpanan masa depan rakyat serta berpotensi menggalakkan rakyat berbelanja lebih dalam suasana ekonomi yang tidak baik seperti hari ini sedangkan yang dituntut dalam situasi ini adalah berjimat-cermat.

3. Sepatutnya Kerajaan perlu lebih banyak membuat pemotongan pada perbelanjaan pembangunan kerana selalunya ketirisian berlaku menerusi pembinaan projek-projek mega kerana ia sering menjadi saluran mengagih-agihkan kekayaan negara kepada korporat-korporat tertentu yang "berbudi" kepada Kerajaan atau pemimpin-pemimpin tertentu. Pemotongan perbelanjaan pembangunan juga jika dibuat seoptimumnya akan dapat menjimatkan lebih banyak pendapatan negara.

4. Mekanisma pengagihan beras menerusi Program MyBeras perlu diperincikan segera kerana bimbang ia menjadi medium kepada pihak tertentu untuk "menyedut" perolehan negara atas nama projek kebajikan rakyat. Semua pihak yang terlibat dalam rantaian perbekalan beras ini sehingga sampai kepada penerima yang layak mesti disenaraikan serta diumumkan dan harga beras yang ditawarkan mesti pada harga patut sebagaimana harga pemborong. Jangan pula ada yang menangguk dengan harga perbekalan yang melebihi harga pasaran. Mekanisma pengagihan mestilah dibuat melalui pejabat kebajikan masyarakat dengan kerjasama setiap ahli parlimen di kawasan tersebut samada ahli parlimen daripada parti pemerintah atau pembangkang. Senarai penerima pula tidak boleh didiskriminasikan hanya kerana perbezaan politik seseorang.

5. Akhirnya, ingatan saya kepada Kerajaan agar memberikan lebih perhatian terhadap aspek halal dan haram dalam pengurusan pendapatan dan perbelanjaan negara. Perkara-perkara yang haram inilah sebenarnya menjadi punca tidak berkatnya pendapatan yang negara miliki dan ditarik banyak nikmat oleh Allah s.w.t.

6. Saya masih berpegang bahawa percukaian GST adalah bercanggah dengan Islam kerana ia dikenakan juga kepada golongan yang tidak berkemampuan apabila berbelanja malah terbukti secara praktikalnya GST adalah punca kepada kenaikan harga barang. Kerajaan perlu membatalkan percukaian GST dan meningkatkan pencapaian kutipan cukai korporat dan boleh memperkenalkan cukai baru seperti cukai berdasarkan simpanan sebagai alternatif kepada percukaian GST. Saya bimbang cukai yang bercanggah dengan Islam menjadi punca sumber rezki yang halal oleh kerajaan ditarik oleh Allah.

Sekian.
“Membina Malaysia Sejahtera”

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

0 comments:

TPPA: Parlimen jadi 'rubber stamp' bukan majoriti rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan kesal apabila Persidangan Parlimen dijadikan 'rubber stamp' untuk melaksanakan hasrat kerajaan untuk meluluskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Beliau ketika berucap pada Persidangan Khas Parlimen hari ini turut menggesa agar kerajaan mengambil kira suara rakyat terutama dalam isu TPPA kerana rakyat akan lebih terkesan jika perjanjian ini dilaksanakan sepenuhnya.

"Secara tersurat sidang parlimen ini hanya sebagai 'rubber stamp' untuk melaksanakan hasrat kerajaan dalam isu TPPA.
"Walaupun kita tahu kerajaan mendapat undian majoriti tapi itu sebenarnya tidak menzahirkan sokongan rakyat, kerana majorit rakyat menolak TPPA," ucap beliau.

Ketua Whip Parlimen PAS itu menggesa agar kerajaan mengambil suara rakyat sebagai satu resolusi tentang persetujuan atau tidak pelaksanaan perjanjian ini.

"Kita hendak masuk dalam perjanjian yang besar ia perlu persetujuan rakyat, saya hairan kenapa kerajaan tidak sabar dan tergesa-gesa untuk menyertai TPPA sedangkan kita sendiri tidak mengetahui kedudukan Malaysia selepas tandatangan perjanjian tersebut.

"Kerajaan perlu ambil ikhtibar daripada suara-suara rakyat dan hujah yang kita utarakan ini, perlu dinilai sebelum sertai TPPA," ucap beliau lagi.

Takiyuddin yang turut meminta kerajaan menjelaskan tentang penglibatan Peguam Negara dalam perbincangan draf perjanjian tersebut.

"Kalau Amerika menggunakan barisan peguam mereka yang bertaraf antarabangsa untuk berbincang dalam draf perjanjian tersebut, bagaimana pula Malaysia.

"Adakah ada penglibatan Peguam Negara, sehingga sekarang tidak ada kenyataan daripada Peguam Negara dalam isu TPPA?
"Peranan mereka perlu bagi memastikan ia tidak memberi impak yang buruk kepada negara," ujarnya yang juga Setiausaha Agung PAS.
Tambah beliau lagi, kerajaan perlu memberi jaminan bahawa Malaysia tidak menjadi mangsa disaman oleh negara-negara lain serta dapat melindungi syarikat-syarikat di dalam negara.

"Mewakili kerajaan Kelantan, sehingga sekarang tidak ada sebarang perbincangan dilakukan dan apabila dihubungi Kementerian Penerangan tentang TPPA hanya akan diadakan selepas persidangan parlimen ini.

"Apa jaminan kita belum pasti, mewakili PAS kita tidak bersama untuk menyokong TPPA dan gesa kerajaan mencari pilihan lain untuk memperkasakan ekonomi negara.

"Saya juga bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Marang untuk melaksanakan Satu Asean atau pun Satu Ummah dalam mengembangkan ekonomi negara dengan negara-negara jiran," sambung beliau lagi. –HARAKAHDAILY 27/1/2016

0 comments:

KEDUDUKAN REZAB TABUNG HAJI

Kenyataan Media PAS Pusat
KEDUDUKAN REZAB TABUNG HAJI
Oleh : DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN, 
Setiausaha Agung

Bertarikh: 28 Januari, 2016.

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengikuti dengan penuh prihatin Surat Teguran Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Tabung Haji (TH) khususnya terhadap nilai aset TH yang dikatakan lebih rendah dari liabiliti.

2. PAS berpandangan langkah BNM itu adalah wajar atas kapasitinya sebagai Pengawal Utama Sektor Kewangan negara, khususnya dalam suasana ekonomi dunia yang lembap dan mencabar yang mana Malaysia tidak terkecuali dari menerima akibatnya. Namun sesuatu teguran mahupun nasihat yang dikeluarkan oleh BNM kepada institusi seumpama TH tidak seharusnya sehingga menimbulkan suasana panik dan menjejaskan keyakinan yang tidak sepatutnya dari para Pendeposit terhadap TH.

3. PAS amat yakin dengan kemantapan sistem Tadbir Urus yang baik yang diamalkan oleh TH selama ini, yang bukan sahaja selaras dengan Pematuhan Syariah, tetapi juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada para pendepositnya. TH bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai Institusi Kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksima berbanding dengan pulangan kepada pendeposit.

4. Sehubungan dengan itu, PAS berpuashati dengan penjelasan oleh YB. Menteri yang menjaga Tabung Haji (yang saya temui sendiri di Parlimen pada 27/1/2016) serta Pengurusan Tertinggi TH yang mengesahkan Prestasi Kewangan TH berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira Nilai Aset keseluruhan potfolio pelaburan TH. Apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa Bonus Pendeposit bagi tahun 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu terdekat.

5. PAS mengharapkan TH akan terus komited dan melaksanakan amanah para Pendeposit terutama memastikan hasrat mereka untuk menunaikan fardhu Haji tidak terhalang dengan apa jua kemungkinan.

Terima kasih.

0 comments:

TPPA Perlu Referendum Rakyat

Kenyataan Media Penerangan. 61

TPPA Perlu Referendum Rakyat

Oleh :  Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tarikh :  17 Rabiul Akhir 1437 / 27 Januari 2016

1.    Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menggerakkan jentera kempen, penganjuran kongres, menyertai persidangan, forum, memobilisasi rakyat dan berbahas di Dewan Rakyat untuk membantah tindakan Malaysia dalam menandatangani perjanjian TPP tidak lama lagi. PAS juga tidak akan berdiam diri malah akan terus mendesak dalam segenap ruang yang masih ada untuk membantah perjanjian TPP ini. Referendum rakyat diperlukan bagi memastikan negara selamat.


2.    PAS sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang hanya menjadikan Dewan Rakyat sebagai tempat untuk endorst keputusan yang telah siap. Malah, PAS turut menjangkakan sudah wujud pra konsensus dalam kalangan BN untuk menandatangani perjanjian TPP meskipun rakyat dan banyak NGO membantah secara besar-besaran agenda ini. Ingat, perjanjian TPP bukan solusi utama dan betul untuk memulihkan ekonomi negara.

3.    Kerajaan telah tunduk dengan cengkaman perjanjian ini. TPP bukan semata-mata untung rugi perdagangan, tetapi ia melibatkan peluasan kuasa besar terhadap kedaulatan Malaysia. Undang-undang negara boleh dipinda bagi memenuhi kehendak anggota-anggota TPP. Tidakkah ini merupakan satu agenda imperialisma yang merombak kebebasan dan kedaulatan negara?


4.    PAS melahirkan rasa kesal terhadap semua ahli Parlimen BN (127) yang telah meluluskan usul menandatangani perjanjian TPP di Dewan Rakyat semalam. Tidak semua kebenaran berpihak kepada suara majoriti. Masih ada ruang bagi mereka menyatakan bantahan sebelum Perdana Menteri menandatangani perjanjian ini yang dijangka akan dilakukan pada bulan hadapan. Utamakanlah kepentingan negara! Selamatkan negara dan binalah negara Malaysia yang Sejahtera.

Sekian.

0 comments:

ISU AGAMA HARMONIKAN DENGAN DIALOG, ELAK KE MAHKAMAH

KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
28 Januari 2016 | 18 Rabi’ul Akhir 1437 H

ISU AGAMA HARMONIKAN DENGAN DIALOG, ELAK KE MAHKAMAH
1.    DPPM memandang serius tindakan mahkamah yang diambil terhadap Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang atas laporan Harakah yang mengaitkan nama beliau menyelar Kristianisasi di Sabah dan Sarawak. 


2.    Perkara ini amat dikesali kerana pihak pendakwa secara melulu terus bertindak sedemikian tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pihak Harakah ataupun pihak Presiden PAS sendiri. Seharusnya ia perlu mendapat penjelasan sebenar apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS. Tindakan melulu sebegini hanya akan mengakibatkan reaksi negatif terhadap hubungan antara agama di Malaysia.

3.    Dalam kenyataan balas CCM@MCA, mereka tidak mempertikaikan kesahihan fakta yang disebut di dalam artikel, tetapi lebih kepada memainkan sentimen kebencian dan membandingkannya dengan agama Islam. Sikap ini seolah mempamerkan kegusaran pihak mereka untuk menutup pekung yang cuba didedah. Ia juga seolah mempertikaikan kedudukan Islam yang istimewa sebagaimana yang diperuntukkan perlembagaan negara.


4.    DPPM juga menjangkakan, tindakan mahkamah yang diambil ini hanya bersifat populis bagi memburukkan PAS menjelang PRN Sarawak nanti. Umum mengetahui situasi sosio-agama di Sarawak signifikan berbanding negeri-negeri lain. Beberapa parti dikesan memainkan sentimen agama untuk menolak pengaruh PAS yang semakin berkembang di sana.


5.    DPPM mengajak CCM@MCA untuk berdialog secara terbuka berhubung isu yang diheret ke mahkamah ini. Budaya ilmiah sewajarnya diamalkan supaya isu-isu keagamaan ini tidak dijadikan bahan untuk meraih matlamat politik. Dengan cara ini, penganut mana-mana agama boleh menilai sendiri kebenaran antara Kristian dan Islam.


Sekian.

“Mempersiap Generasi Kemenangan”

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”


USTAZ HAFEZ SABRI
Pengerusi,
Lajnah Dakwah DPPM.

0 comments:

Pemimpin kerajaan perlu berjimat sebelum memotong biasiswa JPA

Baru-baru ini ada laporan akhbar yang mengatakan Menteri Pelajaran Malaysia ingin menarik penajaan JPA untuk pelajar, dalam dan luar negara, berikutan krisis ekonomi yang melanda negara. Ini kerana JPA tidak lagi mampu untuk menanggung tajaan pelajar berkenaan. Maka, pelajar harus menanggung sendiri atau pulang ke Malaysia (bagi mereka yang berada di luar negara) untuk meneruskan pengajian mereka.

Dewan Ulama PAS Selangor berpandangan, pihak kerajaan perlu menyusun keutamaan dalam perbelanjaan mengurus negara, bukan terus memotong bantuan berkenaan. Sebagai contoh, projek pembangunan perlu ditangguhkan, gaji menteri dikurangkan, makanan mewah ditiadakan lagi, penjimatan dilakukan dan barulah memotong perbelanjaan pelajar. Sekiranya semua itu dilakukan, maka penarikan tajaan itu boleh dilakukan secara sedikit demi sedikit.

Kerajaan perlu meletakkan pelajaran sebagai keutamaan yang tinggi berbanding dengan perbelanjaan yang lain. Sekiranya pihak kerajaan menunjukkan sikap berjimat cermat dan para pemimpin pula sanggup berkorban untuk rakyat, maka rakyat tidak akan marah apabila tajaan ditarik. Tetapi kelemahan dan kepincangan UMNO dan BN dalam mengurus tidak boleh dijadikan sebab untuk menghukum pelajar. Sepatutnya, mereka menunjukkan sikap yang baik dan sanggup berkorban untuk rakyat.

Jadikan pandangan Imam Nawawi sebagai pengajaran apabila beliau diminta fatwa oleh Sultan al Malik al-Zahir atau Baibars (1260M - 1277 M) bagi mengharuskan Kerajaan Mamluk untuk mengutip cukai dari rakyat untuk membiayai jihad peperangan mempertahankan negara. Imam Nawawi berpandangan, cukai tidak boleh diambil melainkan setelah harta yang terdapat di istana ini digunakan untuk berjihad. Ini kerana harta berkenaan adalah harta rakyat.

Dengan ini, pendidikan merupakan antara jihad yang penting pada masa kini. Maka kerajaan perlu membuat penjimatan dalam perbelanjaan yang lain, barulah tajaan pelajar ini dikurangkan.

Ketua 
Dewan Ulama PAS Selangor 
Ustaz Rizuan Rahmat
24 Januari 2016

0 comments:

Tazkirah Kota (23) Jadilah Sahabat Al-Quran

Jadikan al-Quran sahabat sejati.
Pemberi syafaat hidup dan mati.


Lima perkara perlu dilaksanakan,
Barulah al-Quran memberi kebaikan.


Mengimani al-Quran asas utama,
Keyakinan penuh pada ajarannya.


Membaca al-Quran jadikan amalan,
Jangan kesibukan dijadikan alasan.


Memahami al-Quran suatu tuntutan,
Supaya hidup ada pedoman.


Amalkan al-Quran sepanjang hayat,
Barulah hidup beroleh berkat.


Menyampaikan al-Quran besar manfaatnya,
Pahala berterusan tanpa hentinya.


Tuntutan al-Quran sentiasa dijulang,
Nescaya umat menjadi gemilang.


Oleh : Ust Zainudin
27 Januari 2016.

0 comments:

Caj Kadar Yuran Pembelajaran dan Latihan Memandu Terlalu Mahal

Untuk belajar memandu dan mendapatkan lesen memandu kenderaan yang sah masakini semakin mahal dan membebankan pelanggan. Kalau dulu ianya tidaklah semahal sekarang ini, dimana mereka hanya perlu belajar mengenal tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya disamping cara memandu kenderaan dengan betul.

Masakini berbagai peraturan perlu dilakukan seperti kursus pendidikan pemandu, latihan amali, latihan pratikal, ujian penilaian, ujian pratikal JPJ, sewa litar serta GST dikenakan keatas pelanggan yang ingin mendapatkan lesen memandu yang sah oleh Insititut Memandu dan Sekolah Memandu.
Yuran untuk mendapatkan lesen kereta hingga mencecah lebih seribu ringgit sudah tentu ini membebankan pelanggan yang berpendapatan rendah. Walaupun pada 2014 telah disenaraikan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang harga lesen untuk kereta dan motor telah ditetapkan tetapi mengapa masakini pihak Insititut Memandu dan Sekolah Memandu mengenakan caj terlalu tinggi keatas pelanggan.

Senarai Harga Lesen Kereta & Harga Lesen Motor 2014
? Harga Lesen Motor (B2): RM350
? Harga Lesen Motor (B) Berkuasa Tinggi: RM900
? Harga Lesen Kereta (D) Manual: RM1,150
? Harga Lesen Kereta (DA) Auto: RM1,250


Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin gawat dan membebankan rakyat ini, pihak kerajaan khususnya kementerian pengangkutan perlu memberi perhatian tentang masalah ini. Pihak berkuasa perlu memantau serta bertindak keatas mana-mana Insititut Memandu dan Sekolah Memandu yang mengenakan caj terlalu tinggi kepada pelanggan.

Memang pelanggan wajib dan perlu belajar memandu dengan betul dan berdisiplin di jalan raya dengan belajar mengenal tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya tetapi mengapa kos untuk belajar memandu dan mendapatkan lesen memandu terlalu mahal.

Adakah perlu mendidik pengguna jalan raya dengan kos yang terlalu tinggi? Untuk mendidik pengguna jalan raya menjadi berdisiplin adalah dengan mendidik mereka sejak dari sekolah rendah lagi bukan yang sudah dewasa yang sudah pasti sukar bagi mereka untuk mengubah sikap mereka.


Walaupun mereka memiliki lesen memandu yang sah tetapi masih terdapat juga pemandu yang kurang berdisplin di jalan raya. Walau bagaimanapun bukan semua pengguna jalan raya bersikap tidak berdisiplin di jalan raya hanya segelintir yang masih tidak bertanggungjawab mungkin disebabkan sifat ego atau lain-lain masalah ketika berada di jalan raya terutama ketika jalan sesak dan berlaku kecemasan menyebabkan mereka bertindak agresif.

Pihak kerajaan perlu mencari keadah terbaik untuk mendisplinkan pengguna jalan raya dengan memudahkan mereka mendapat lesen memandu secara sah. Mungkin disebabkan kos untuk mendapatkan lesen memandu secara sah terlalu mahal maka terdapat pengguna jalan raya yang tidak memiliki lesen memandu yang melanggar peraturan jalan raya.

Kita mengesa pihak kementerian pengangkutan mengkaji semula kadar yuran bagi harga lesen kereta dan harga lesen motor berkuasa tinggi yang terlalu tinggi supaya ianya berpatutan dengan keadaan kegawatan ekonomi sekarang. Kalau boleh diturunkan kurang dari seribu ringgit untuk memudahkan pelanggan yang berpendapatan rendah belajar memandu dan mendapatkan lesen memandu yang sah.

Sebarang caj yang tidak sepatutnya dikenakan keatas pelanggan patut dimansuhkan oleh pihak berkuasa kerana rakyat sudah cukup terbeban dengan berbagai masalah seperti GST, kenaikan harga barang keperluan dan sebagainya maka sewajarnya pihak kementerian pengangkutan mengkaji semula kadar yuran belajar memandu demi untuk meringankan bebanan rakyat yang semakin terdesak ketika ini.

Masalah ini sudah lama diadukan oleh pelanggan kepada pihak kerajaan tetapi sehingga kini belum ada tanda-tanda pihak kerajaan atau kementerian yang berkenaan mengambil perhatian akan masalah yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan rendah ini.

Kita harap pihak berkenaan memberi perhatian serta mengambil tindakan yang sewajarnya keatas masalah yang dihadapi oleh rakyat masakini dan kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

__________________________________

English version

Learning Fees and Charges of Driving Training Too Expensive

For learning to drive and have a valid driving license nowadays increasingly expensive and burden the customer. Back then it was not as expensive as it is today, where they just need to learn to identify the signs of signals and the regulations of road besides how to drive the vehicle correctly.

Nowadays various regulations need to be done such as driver education courses, practical exercises, practical training, assessment tests, RTD practical tests, hire circuits and GST levied on customers who want to get a valid driving license by the Institute of Driving and Driving School.

Fees for a car driving license up to hit more than one thousand ringgit of course this burden low-income customers. Although in 2014, has been listed by the Road Transport Department (RTD) that the price of a license for car and motor have been set, but why nowadays the Institute of Driving and Driving Schools charge too high on the customers.

Car License Price list & Motorcycle License Price 2014
? License Motor Price (B2): RM350
? License Motor Price (B) High Power: RM900
? Car License Price (D) Manual: RM1,150
? Car License Price (DA) Auto: RM1,250

In the country's economic situation worsening and the burden on the people, the government, especially the ministry of transport should pay attention on this issue. The authorities need to monitor and act on any of Institute of Driving and Driving Schools who exorbitant charges to customers.

Indeed, customers must and should learn to drive properly and disciplined on the road with learn to know the signs of signals and the rules of the road, but why it cost to learn to drive and get a driving license is too expensive.

Is it necessary to educate the motorist with a high cost? To educate road users to be disciplined is to educate them right from the primary school not a grown-up that is certainly difficult for them to change their attitude.

Although they have a valid driving license but there is also a lack of disciplined drivers on the road. However, not all road users to behave haphazardly on the road only a few that are still unscrupulous probably due egos or other problems when being on the road, especially when traffic congestion and an emergency causes them to act aggressively.

The government must find the best methods to discipline road users to enable them to have a valid driving license. Perhaps because the cost of getting a driving license legally is too expensive then there are road users who do not have a driving license who violate traffic regulations.

We urge the ministry of transport revise the fees for a car driving license price and motor license class B price too high so that it is affordable with an economic downturn. If it can be lowered less than one thousand ringgit to help low-income customers learning to drive and getting a valid driving license.

Any charges that should not be imposed on the customers should be repealed by the authorities because the people already burdened enough with various problems such as GST, an increase in prices of essential goods and so on it deserves the transport ministry review the fee rates of learned to drive in order to ease the burden of the people who were increasingly desperate at the moment.

This issue has long been complained by the customer to the government but until now there has been no sign of the government or the ministries concerned to take note of the problems faced by this low-income group.

We hope the parties concerned to pay attention and take appropriate action on the problems faced by the people today and cooperation with relevant parties to resolve this issue immediately is greatly appreciated.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

0 comments:

Bantah Pelaksaan Semula AES, Gesa Batal Saman

KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

27 Januari 2016 | 17 Rabi’ul Akhir 1437 H

BANTAH PELAKSAAN SEMULA AES, GESA BATAL SAMAN

1.    Menteri Pengangkutan, YB DS Liow Tiong Lai dalam kenyataannya minggu lalu mengesahkan cadangan penguatkuasaan semula Automated Enforcement System (AES)  akan dibawa kepada Kabinet dan akan dilaksanakan jika dipersetujui serta tidak menolak kemungkinan 1.9 juta saman yang dikeluarkan menerusi sistem ini mesti dibayar oleh pemandu terbabit.

2.    Berhubung isu ini, DPPM menegaskan bahawa pelaksanaan semula sistem ini adalah sangat tidak wajar setelah Jabatan Peguam Negara menghentikan semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman yang dikeluarkan di bawah AES ini untuk mengkaji isu-isu undang-undang yang dibangkitkan berikutan bantahan awam pada Disember 2012.
3.    Sistem yang mempunyai banyak kelemahan pada aspek pelaksanaan dan perundangan ini serta hanya akan memberikan tekanan kewangan kepada pasalah trafik juga bukanlah penyelesaian terbaik dan jangka panjang untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya.

4.    Sekalipun sehingga ke masa ini masih terdapat 14 kamera AES yang beroperasi, dilaporkan sebanyak 489,606 kes kemalangan pada 2015 berbanding 476,196 pada 2014; iaitu peningkatan sebanyak 13,410 kes. Data ini sekaligus menafikan kenyataan bahawa AES berjaya mengurangkan kes kemalangan.

5.    DPPM juga merasa amat curiga apabila sistem ini mahu dilaksanakan semula selepas ia ditangguhkan lebih tiga tahun lalu. Dalam keadaan hasil pendapatan negara merosot dan ketidaktentuan ekonomi sekarang ini, pelaksanaan sistem ini dan pungutan 1.9 juta saman dilihat bertujuan sebagai laluan alternatif kepada Kerajaan untuk menambah hasil pendapatan negara secara segera.

6.    Oleh itu, DPPM menggesa pihak Kementerian agar membatalkan cadangan ini serta melakukan kajian mendalam dan semakan dahulu kepada Jabatan Peguam Negara sebelum apa-apa cadangan mengenai pelaksanaan semula sistem ini dibuat. DPPM juga mendesak Kerajaan agar membatalkan kesemua 1.9 juta saman yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Sekian.

“Mempersiap Generasi Kemenangan”

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”


MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

0 comments:

Hari Yang Pelik

Baru 10 hari yang lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memulangkan kertas siasatan SPRM berkenaan siasatan yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd.

Pelik #1: Apakah penambahbaikan atau penemuan baru dalam kertas siasatan SPRM terbarunya kepada Peguam Negara sehingga Peguam Negara dapat bertindak seperti Hakim Negara membuat deklarasi untuk tidak mendakwa PM semalam, tetapi tidak 10 hari yang lalu?

Pelik #2: Peliknya, jika 10 hari lalu, SPRM mendapati PM tidak melakukan sebarang jenayah, mengapakah Peguam Negara tidak mengumumkan PM bersih ketika itu?

Sebaliknya, jika 10 hari yang lepas SPRM mendapati PM mungkin telah melakukan jenayah tetiba menukar nada dalam laporan terbaru dan mendapati PM tidak bersalah, mengapa Peguam Negara tidak menghantar semula kertas siasatan kepada SPRM untuk mencari punca perbezaan hasil penyiasatan yang sebegitu ketara? Bukankah itu lagi pelik?

Peliknya, mengapa kertas siasatan yang membersihkan PM pula diterima bulat-bulat tanpa meminta siasatan lanjut dibuat?

Pelik #3: Peguam Negara tidak menolak perlantikan sebagai Pengarah Lembaga Tabung Haji yang boleh dipandang serong oleh masyarakat. Ini pelik. Apakah beliau tidak sensitif mengenai pentingnya jawatan Peguam Negara dilihat bebas ataupun beliau pun tidak cukup makan sehingga perlukan ?#?2kerja??

Pelik #4: Peguam Negara menyatakan PM telah memulangkan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion kepada pendermanya. Peliknya, Peguam Negara langsung tidak nyatakan dan mengambil kisah bagaimana RM570 juga telah dihabiskan PM. Apakah SPRM juga tidak menyentuh bab ini?

Pelik #5: Lembaga Tabung Haji semalam menegaskan bahawa ia tiada masalah kewangan. Malah, LTH mengingatkan para pendeposit, bahawa nilai Aset TH mestilah mengambil kira keseluruhan nilai saksama portfolio pelaburan TH. Ini adalah kerana nilai aset yang dinyatakan “tidak mengambil kira portfolio pelaburan seperti saham anak-anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki TH.”

Peliknya kita mengikut logik TH, bukankah Bank Negara Malaysia boleh dikira sebagai menyibuk dalam menghantar satu surat kepada LTH bagi menyatakan nilai aset LTH lebih rendah daripada liabiliti jika TH tidak mengalami masalah?

Pelik #6: Lagi pelik kalau pakar-pakar di dalam Bank Negara Malaysia terlupa mengambil kira “portfolio pelaburan seperti saham anak-anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki TH” ketika menghantar surat amaran sebegitu penting kepada kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Jamil Khir dan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez dan dicckan kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga CEO TH Tan Sri Ismee? Atau sememangnya Bank Negara Malaysia sebegitu cuai?

Cuba bayangkan kalau Bank Negara Malaysia yang ‘cuai’ terlupa hantar surat kepada LTH, apakah yang bakal terjadi ke duit pendeposit hari ini?

Apapun tahniah TH, kerana menurut Bank Negara Malaysia, ia telah mengambil langkah pro-aktif bagi memperkukuh amalan pengurusan risiko untuk membolehkan ia mengekalkan kedudukan kewangan yang mampan dan sihat.

Sekadar mengenang hari yang pelik 26 Januari 2016.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
27 Januari 2016

0 comments:

BANTAH PELAKSAAN SEMULA AES, GESA BATAL SAMAN


KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

27 Januari 2016 | 17 Rabi’ul Akhir 1437 H

BANTAH PELAKSAAN SEMULA AES, GESA BATAL SAMAN

1. Menteri Pengangkutan, YB DS Liow Tiong Lai dalam kenyataannya minggu lalu mengesahkan cadangan penguatkuasaan semula Automated Enforcement System (AES) akan dibawa kepada Kabinet dan akan dilaksanakan jika dipersetujui serta tidak menolak kemungkinan 1.9 juta saman yang dikeluarkan menerusi sistem ini mesti dibayar oleh pemandu terbabit.

2. Berhubung isu ini, DPPM menegaskan bahawa pelaksanaan semula sistem ini adalah sangat tidak wajar setelah Jabatan Peguam Negara menghentikan semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman yang dikeluarkan di bawah AES ini untuk mengkaji isu-isu undang-undang yang dibangkitkan berikutan bantahan awam pada Disember 2012.

3. Sistem yang mempunyai banyak kelemahan pada aspek pelaksanaan dan perundangan ini serta hanya akan memberikan tekanan kewangan kepada pasalah trafik juga bukanlah penyelesaian terbaik dan jangka panjang untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya.

4. Sekalipun sehingga ke masa ini masih terdapat 14 kamera AES yang beroperasi, dilaporkan sebanyak 489,606 kes kemalangan pada 2015 berbanding 476,196 pada 2014; iaitu peningkatan sebanyak 13,410 kes. Data ini sekaligus menafikan kenyataan bahawa AES berjaya mengurangkan kes kemalangan.

5. DPPM juga merasa amat curiga apabila sistem ini mahu dilaksanakan semula selepas ia ditangguhkan lebih tiga tahun lalu. Dalam keadaan hasil pendapatan negara merosot dan ketidaktentuan ekonomi sekarang ini, pelaksanaan sistem ini dan pungutan 1.9 juta saman dilihat bertujuan sebagai laluan alternatif kepada Kerajaan untuk menambah hasil pendapatan negara secara segera.

6. Oleh itu, DPPM menggesa pihak Kementerian agar membatalkan cadangan ini serta melakukan kajian mendalam dan semakan dahulu kepada Jabatan Peguam Negara sebelum apa-apa cadangan mengenai pelaksanaan semula sistem ini dibuat. DPPM juga mendesak Kerajaan agar membatalkan kesemua 1.9 juta saman yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Sekian.

“Mempersiap Generasi Kemenangan”

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

0 comments:

Kerajaan Mesti Mengekang Islam Liberal

Malaysia merupakan sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan. Sultan merupakan ketua pentadbir agama negeri masing-masing.

Rakyat Malaysia yang beragama Islam merupakan penganut yang mempunyai sensitiviti tinggi terhadap agama. Isu halal haram dalam industri pemakanan, perbankan dan lain-lain antara bukti, betapa masyarakat kita dalam beberapa sudut mempunyai hati yang sentiasa mahu melindungi keluhuran Islam yang dianutinya.

Dari sudut akidah dan ideologi, Islam jelas menolak pemikiran yang membelakangkan agama dari kehidupan seharian. Sebagai hamba yang mengimani bahawa Islam diturunkan Allah sebagai syariat yang mengatur kehidupan , pastinya kita mengamalkannya dalam setiap aspek kehidupan.

Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia (LD DMPM) memandang serius usaha penyebaran Islam Liberal di Malaysia yang semakin berkembang namun tidak dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kami mendesak JAKIM supaya bersikap pro aktif dengan segera menjelaskan bahaya liberal kepada masyarakat awam, menggerakkan agen-agen penerangan JAKIM agar masyarakat terdidik dengan kefahaman Islam yang sebenar.

Dalam masa yang sama, fatwa dan tindakan sewajarnya mesti dibincangkan di peringkat mufti serta wakil-wakil ulamak se-Malaysia berkenaan terjemahan buku Mustafa Aykol yang telah dilancarkan pada 23 Januari 2016 baru-baru ini (Islam without Extremes : A Muslim case for Liberty).

Syariat dan perundangan Allah yang termaktub di dalam Al-Quran merupakan panduan kepada setiap mukmin yang bertaqwa, yang mana ianya merangkumi aspek kepercayaan (iman), ibadah (amal), akhlak (etika), tanpa terkecuali aspek kenegaraan dan perundangan.

Seorang yang dianggap sebagai Ilmuwan Islam atau "Islamic Scholar" seperti Mustafa Aykol seharusnya berusaha agar syariat hukum hakam Allah berada di tingkat tertinggi dan berdaulat.

Dalam kenyataan beliau ketika majlis pelancaran bukunya itu, beliau menyebut bahawa, wanita-wanita yang tiba di Istanbul dari Saudi hanya mematuhi beberapa arahan Islam kerana Saudi menggazetkannya dalam kanun perundangan mereka. Apabila keluar dari kawasan tersebut, mereka tidak perlu menutup aurat kerana undang-undang negara lain tidak mewajibkan muslimah menutup aurat mengikut ajaran islam.

Kami melahirkan rasa kesal terhadap kerajaan Malaysia yang cuai dalam tanggungjawab melindungi kedudukan Islam seperti yang dijamin perlembagaan Malaysia sendiri.

Sebarang usaha untuk menggugat kefahaman Islam oleh mana-mana pihak mesti diambil tindakan dan diselesaikan oleh kerajaan yg mempunyai autoriti penuh terhadap isu ini, tanpa menafikan keperluan pihak-pihak lain, termasuk NGO-NGO dakwah, bersatu tenaga bagi menangani isu liberalisme yg semakin membarah di Malaysia ini.

Kami menyeru kepada semua pihak berwajib agar mengambil berat terhadap perkara ini. Kami turut mengharapkan agar para pendakwah, asatizah serta khatib yang mengisi pengajian di surau dan masjid, memberi pencerahan kepada masyarakat tentang intipati Islam yg sebenar melalui kuliyah pengajian dan khutbah agar mereka tidak terpengaruh dengan agenda liberalis yang sentiasa mencari ruang untuk menyebarkan fahaman mereka.

Islam adalah agama yang lengkap sempurna, hukum perundangannya jelas dan paling baik untuk dilaksanakan. Yang kabur ialah akal dan mata hati manusia dalam cuba untuk menguruskan khilaf manusia dalam mengimplimentasi syariat Allah dalam kehidupan.

Perlu kita akui juga, kebebasan mutlak hanyalah hak Allah.

HAMIDAH HJ DAUD
Pengerusi
Lajnah Dakwah
Dewan Muslimat PAS Malaysia
26 Januari 2016

0 comments:

Ceramah TPPA: TPPA Ialah Agenda Pemerdagaan Barack Obama

Kuala Lumpur, 26 Januari 2016: TPPA ialah usaha agenda pemerdagaan Barack Obama (Amerika Syarikat), yang mana akan memberi kebenaran mudah kepada negara-negara anggota TPPA untuk masuk dan menyertai pemerdagaan Malaysia, tegas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan di dalam Ceramah Perdana TPPA: Negara Tergadai.

Ceramah itu telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 22 Januari 2016 di Darul Ummah Markas PAS Titiwangsa, Kg. Pandan itu menampilkan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Tn. Hj Azmi Abd. Hamid (Presiden MAPIM) dan Saudara Azlan Awang (Timb. Pengerusi NGO Bantah TPPA). Sdr. Azlan Awang menegaskan bahawa dengan TPPA peluang pekerjaan akan terjejas teruk, selain itu kos sara hidup juga akan meningkat dan jurang pendapat antara kaya dan miskin juga akan melebar.
Begitu juga Tn Hj. Azmi juga ada membangkitkan bahawa TPPA bukan memberi kesan kepada perdagangan sahaja bahkan ia turut melibatkan urusan kedaulatan negara, politik, pentadbiran, hak cipta, kesihatan dan sebagainya. Kehadiran hadirin amat menggalakkan ditambah lagi dengan kaunter pendaftaran ahli juga sesak dengan orang awam yang berpusu-pusu untuk berdaftar sebagai ahli PAS.

Ceramah diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ustaz Idris Ahmad Naib Presiden PAS dengan menegaskan TPPA lebih banyak buruk dari baiknya dengan rekod-rekod beberapa negara yang disaman oleh beberapa syarikat gergasi selepas menandatangani perjanjian berat sebelah ini.

0 comments:

Adakan dialog antara agama untuk selesaikan isu sensitif


Isu agama dan bangsa adalah isu yang sensitif bagi sesetengah pihak dan sering dimainkan oleh pihak tertentu dalam media untuk tujuan tertentu. Pihak Media tidak seharusnya menyebarkan isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan rakyat berbilang kaum dan agama di negara kita dalam konflik dan pesimis antara satu sama lain.

Kita mengesa semua pihak jangan terlalu percaya dengan berita yang keluar dari media yang ingin melihat perselisihan faham berlaku antara bangsa dan agama dalam negara ini.
Sebelum percaya dengan berita yang diterima dari punca yang belum jelas dan melibatkan isu-isu sensitif, umat Muslim khususnya perlu meneliti dulu berita-berita yang disampaikan oleh pihak tertentu agar ianya tidak merosakan hubungan antara kaum dan agama.

Adakan dialog antara agama untuk selesaikan isu sensitifIslam mengajar umatnya agar berhati-hati dalam menerima sebarang berita yang tidak jelas asal-usulnya. Kadang kadang isu kecil diperbesarkan dalam berita yang diedarkan untuk melariskan jualan atau untuk tujuan kepentingan pihak tertentu. Sebagaimana Allah berfirman dalam Al Quran, maksudnya: - “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.
[Al Hujurat: 6].


Dalam ayat ini jelas Allah melarang mereka beriman terus percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum Muslimin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka sebelum menerima tanpa usul periksa. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu sentiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.

Kadang kadang berita itu berkait dengan kehormatan seseorang Muslim. Bagaimanakah sikap kita terhadap berita yang belum tentu ada kebenarannya dan bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya? Mungkin apa yang disampaikan tidak sama seperti yang dilaporkan.

Sepatutnya pihak media memainkan peranan menyatukan kaum yang berbilang bangsa dan agama dalam negara ini. Jangan terlalu suka memainkan isu sensitif yang menyebabkan rakyat berpecah belah. Isu-isu rakyat dan masalah yang dihadapi oleh rakyat sekarang ini perlu diselesaikan dan jangan memainkan isu-isu bangsa dan agama yang boleh menjejaskan perpaduan antara kaum dan agama dalam negara ini.
Baru-baru ini ada pihak yang mencadangkan menyekat atau melarang sesorang dari masuk ke negeri ini sebab mengeluarkan kenyataan yang menyentuh isu penyebaran agama. Mungkin ada salah faham tentang maksud yang hendak disampaikan oleh penceramah tersebut tetapi telah diputar belit oleh pihak tertentu untuk tujuan politik dan sebagainya.

Isu ini tidak perlu diperbesarkan oleh pihak media tetapi boleh ditangani secara berhikmah. Adakah dengan menghalang atau melarangkan seseorang dari memasuki negara atau negeri ini boleh menyelesaikan masalah?

Sekarang zaman langit terbuka dimana sebarang maklumat tidak mudah disekat. Kalau zaman dulu sebelum ada internet mungkin mudah pihak kerajaan menyekat sebarang maklumat kepada orang ramai kerana mereka hanya bergantung kepada maklumat dari akbar, radio dan Televisyen yang dikuasai oleh pihak pemerintah. Sekarang walaupun disekat seseorang itu memasuki mana-mana negara ianya tetap dapat menyampaikan pesanannya melalui medium langit terbuka seperti SMS, FaceBook, Whatsapp, Telegram, Blogs dan sebagainya.

Mereka menyangka dengan menyekat seseorang itu dari memasuki negara/negeri ini boleh menyelesai sebarang masalah tidak akan berjaya kecuali yang disekat itu betul-betul mengancam keselamatan negara seperti membawa senjata api, bahan letupan, dadah dan sebagainya yang boleh dikategori sebagai bahan larangan.

Kalau menyekat sesorang yang tidak sefahaman atau yang berbeda fahaman politik lebih-lebih lagi dia adalah rakyat atau warganegara Malaysia, rasanya tidak relevan dengan dasar demokrasi berpelembagaan yang dibenarkan dalam negara ini.

Kalau sesorang itu dapati bersalah kerana menghasut atau menyebabkan rakyat negara ini hura-hara memang patut diambil tindakan bukan hanya menyekat beliau dari menyampaikan maklumat kepada rakyat. Kalau ada berlaku salah faham atau mendapat maklumat yang tidak sahih lebih baik bertanya terus kepada orang yang menyampaikan maklumat tersebut.

Mungkin maklumat yang diterima tidak lengkap atau diputar belit oleh pihak tertentu sehingga apa yang hendak disampaikan kepada orang ramai tidak tepat dan mengelirukan. Setiap masalah boleh diselesaikan bila diadakan pertemuan atau diadakan dialog secara tertutup atau terbuka.

Banyak lagi masalah rakyat yang perlu dihebahkan bukannya isu-isu sensitif yang tidak memberi manfaat kepada negara dan rakyat.

Harap masalah perselisihan pendapat antara agama dan bangsa dapat diselesaikan secara harmoni dan kekeluargaan. Adakan dialog antara agama adalah jalan terbaik untuk semua. Dengan adanya pertemuan atau bersemuka antara pihak yang berbalah boleh meredakan masalah ini dari berlarutan.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

----------------------------------------------------------------------------------

English version

Hold Interfaith Dialogue for resolving sensitive issues

The issue of race and religion is a sensitive issue for some people and often played by certain parties in the media for specific purposes. The media should not like to spread sensitive issues that can cause people of different races and religions in our country in conflict and be pessimistic with one another.

We urge all parties not to be too trusting with the news coming out of the media who wants to see a misunderstanding occur between race and religion in the country.

Before believing with the news received from the sources that have not been clear and involves sensitive issues, especially Muslims should be checked first the news delivered by certain parties so as not to damage the relationship between race and religion.

Islam teaches its followers to be cautious in accepting any news that its origins are unclear. Some minor issues magnified in the news which is distributed to boost sales or for the benefit of a certain party. As Allah says in the Qur'an, meaning: - " O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, investigate, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful". [Al Hujurat: 6].

In this verse Allah clearly forbids their faith directly believe in the rumors. Allah commands Muslims verify the news that reached them before accepting without checking. Not all the news was true, and not all the news that there was in fact delivered. Remember, your enemies are always looking for opportunities to knock you down. It is obligatory for you to always be alert, until you can identify people who want to spread the word that is not true.

Sometimes the news is linked with the honor of a Muslim. How does our attitude toward the news that there is not necessarily true and come from people we do not know his honesty? Perhaps what is delivered is not the same as reported.

The media should play a role in uniting the people of different races and religions in the country. Do not like to play on sensitive issues that cause people to become divided. People's issues and problems faced by people today need to be resolved and do not play on issues of race and religion that can affect racial and religious harmony in the country.

Recently, there are those who propose to restrict or bans someone from entering the country for issuing statements that touch on religion spread. There may be a misunderstanding about the purpose to be served by the speaker but were manipulated by certain parties for political purposes and so forth.

This issue should not be played by the media but can be treated with wisdom. Will prevents or bans a person from entering the country or the state can solve the problem?

Now the days of the open sky where information is not easily blocked. If the past pre-Internet the government could easily block any information to the public as they only rely on information from newspapers, radio and television that are controlled by the government. Right now although is blocked a person enters any country it can still deliver his message through the medium of open sky like SMS, Facebook, Whatsapp, Telegram, Blogs and more.

Those thought that by blocking someone from entering this state / country can solve any problems will not succeed except that blocked it really threatens national security, such as carrying firearms, explosives, drugs and so forth that can categorized as prohibited substances.

If you block someone who fell out of favor or different political ideologies moreover he is a national or citizen of Malaysia, it was not relevant to the policy of constitutional democracy that allowed in the country.

If someone is found guilty of inciting or causing Malaysians riot it should be acted upon not only to stop him from delivering information to citizens. If there was a misunderstanding or get information that is not authentic better ask directly to the person delivering such information.

Maybe the information is incomplete or distorted by certain parties so what is to be conveyed to the public is inaccurate and misleading. Every problem can be solved when meeting is held or have a dialogue in a closed or open.

A lot more people's problems that should be disseminated instead of the sensitive issues that do not benefit the country and the people.

Hope the issues of disagreement between religion and races can be resolved harmoniously and kinship. Hold interfaith dialogue is the best way for all. With a face to face meeting or between that dispute can relieve the problem from protracted.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

0 comments:

Mengapa TPPA Wajib Ditolak

UCAPAN AHLI PARLIMEN MARANG
DALAM SIDANG KHAS DEWAN RAKYAT
26 - 27 JANUARI 2016
“MENGAPA TPPA WAJIB DITOLAK”

Firman Allah s.w.t.: “Telah zahirlah keburukan di darat dan laut dengan sebab apa yang telah diusahakan oleh tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, mudah - mudahan mereka kembali kepada kebenaran” (Ar-Rum: 41)

1. Sebenarnya, pengertian Globalisasi (al-‘Awlamah) adalah hampir sama dengan nilai Kesejagatan (al-‘Alamiyyah) yang dibawa oleh Islam, sebagaimana disebutkan dengan jelas dalam Al-Quran: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiya’: 107).

2. Namun, globalisasi dalam gambaran yang sangat ketara pada hari ini bererti mem-baratkan dunia (Westernisation) atau meng-amerikakan dunia (Americanisation), dengan tujuan untuk menguasai dunia di bawah satu ungkapan yang lunak iaitu Globalisasi bagi menjayakan agenda pemaksaan pengaruh Amerika dan Eropah ke seluruh dunia.

3. Kini dunia hanya mengenali dua pendekatan ideologi ekonomi, sama ada dalam satu negara atau antara negara, iaitu samada Liberal Kapitalisma atau Sosialisma. Abad yang lalu kita menyaksikan keruntuhan ideologi sosialisma, sehingga kuasa besar yang mendukungnya paling ekstrem seperti China dan Rusia serta negara ikutannya melakukan pembaharuan kepada ekonomi bebas yang didukung oleh Liberal Kapitalisma, sehingga yang dikatakan tabir besi dahulu sudah tidak ada lagi, kerana semuanya sudah bergerak kepasaran bebas dalam aspek ekonomi.

4. Kini kita menyaksikan tanda-tanda kegagalan liberal kapitalisma dengan krisis ekonomi dunia yang kita juga ikut menumpang dan terpalit. Maka diciptakan gagasan baru bernama TPPA, yang arkiteknya ialah Amerika, yang tidak boleh diberi keyakinan dapat menyelamatkan ekonomi dunia, bahkan menjadi salah satu punca masalah. Kalau kita menumpang bahtera ini kita akan bersama melakukan kesilapan yang sama dan tenggelam bersama. 

5. Kita sama sama mengikuti ucapan Presiden Obama ketika menjelaskan kepentingan TPPA kepada ekonomi Amerika. Jelasnya, TPPA akan menjadi penyelamat kepada ekonomi Amerika dengan menjadikan peraturan perdagangan yang mereka tulis sebagai terma yang dipaksakan ke atas Negara anggota blok TPPA bagi membantu Amerika berdepan dengan perkembangan mendadak ekonomi negara besar China.

6. Ini dapat dilihat berdasarkan negara anggota TPPA yang merentasi beberapa benua bermula dari lautan Hindi ke Pasifik dan turut melibatkan negara anggota Asean seperti Malaysia, Singapura dan Brunei. TPPA ingin mengukuhkan geopolitik dan pengaruh Amerika di Asia Pasifik dan Laut China Selatan. Lebih-lebih lagi, kedudukan Malaysia yang strategik amat penting untuk Amerika menguasai sebahagian Selat Melaka dan kawasan tertentu di Laut China Selatan.

7. TPPA adalah gagasan perdagangan berkonsepkan Liberal Kapitalisma yang diketuai oleh barat yang pernah menjajah dengan gabungan kuasa ekonomi, politik dan ketenteraan yang pernah membawa penderitaan ke seluruh pelusuk dunia. TPPA adalah pembaharuan daripada Syarikat Hindia British dan Belanda yang pernah menakluk rantau ini, menjajah tanahair, memperhambakan rakyat, dan mengangkut hasil buminya.

8. Hujah ini dikuatkan apabila merujuk kepada artikel 25.7 Perjanjian TPP menyebut negara anggota TPPA perlu lebih telus dan bertukar-tukar maklumat negara. Kita kena sedar ini satu bahaya besar terhadap keselamatan negara dan membuka ruang kepada ancaman kuasa asing. Sejauh manakah Kerajaan Malaysia mampu mengawal maklumat negara dari diserahkan kepada negara luar secara ‘halal’ sedangkan negara anggota terpaksa akur dengan langkah perundangan? Benarlah TPPA akan membuka ruang kepada kuasa asing mencampuri urusan dalaman negara dan menjajah negara bermula dengan penguasaan ekonomi.

9. Ideologi Liberal Kapitalisma masih menjadi ideologi yang dianut, maka perjanjian yang dimeteraikan oleh gagasan ini tetap berkonsepkan ekonomi bebas yang tidak beriman dan budiman, kerana konsep ekonomi bebas walau pun berpakat, tetap berpandukan siapa cepat dia dapat, di atas nama menggalakkan kemajuan ekonomi.

10. Di samping itu, Langkah Perlindungan Sementara yang diperuntukkan hanya untuk tempoh maksima 3 tahun sahaja. Selepas tamat tempoh itu, tiada lagi perlindungan dibenarkan untuk melindungi industri tempatan dan pampasan mestilah dibayar kepada pihak yang terjejas. Kesan daripada Perjanjian TPP ini boleh membunuh industri tempatan.

11. Pakatan ini, kita yang diajak, serta dengan draf perjanjian yang disediakan, bermakna kita berpijak di atas asas landasan yang dibina oleh mereka yang mengajak, dengan syarat-syarat dan tawaran yang mungkin sangat menarik hasilnya pada zahir. Tetapi dalam perlumbaan berkonsepkan liberalisma ekonomi, sudah tentu lapangannya lebih berpihak kepada mereka, kita hanya sekadar menumpang kelajuan kenderaannya yang lebih besar dan canggih jenteranya, lebih laju perjalanannnya dan sudah pasti kita bukan pemandunya yang asasi, apabila aset mereka lebih besar, modal mereka lebih besar, pasaran mereka lebih besar.

12. Ini terbukti apabila tidak semena-mena, dalam tempoh dua tahun selepas perjanjian berat sebelah ini ditandatangani, kita terpaksa meminda tidak kurang daripada 26 akta dan beberapa pekeliling atau aturan kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri, supaya mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam TPPA (patuh-TPPA). Inilah satu bentuk penjajahan undang-undang dan ekonomi yang berselindung di balik tirai pemulihan demokrasi dan keterbukaan ekonomi, yang wajib kita selaku Ahli Dewan Rakyat mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini.

13. Ya ! , kita akan mendapat limpahan ekonomi yang kaya raya dengan sebab menumpang, tetapi percayalah bahawa kita laksana kolam kecil yang membekalkan air untuk kolam tasik yang besar melaut , akan menjadikan air kita surut kering, kalau disedut, atau apabila dibuka tanpa sempadan air pasang tasiknya boleh menggelamkan kita sehingga mati lemas.

14. Segala-galanya berlaku nampaknya mudah di atas kertas, kerana Amerika yang menjadi arkitek utama perjanjian ini menjanjikan gagasan ekonomi alaf baru, berbeza dengan yang berlaku selama ini, kerana dikatakan sangat membantu negara anggota. Pihak kita pula terus berkempen bahawa syarikat-syarikat tempatan akan menembusi pasaran antara bangsa. Kebenarannya, percayalah bahawa ianya akan bergantung kepada kemampuan kita berlumba dan bertanding dengan syarikat-syarikat gergasi, kerana sifat perlumbaan adalah konsep ekonomi liberal kapitalisma, ditambah pula dengan tidak ada akhlak.

15. Malangnya lagi, Malaysia sudah tidak lagi boleh menentukan dasar cukai dan duti, walaupun untuk kepentingan sendiri. Merujuk kepada perjanjian TPP, hanya diperlukan 2 negara asing untuk memohon supaya duti Malaysia dikurangkan dan Malaysia mesti akur dan patuh. Malaysia juga harus memberikan layanan kepada pelabur asing setara dengan layanan yang diberikan kepada pelabur rakyat Malaysia, sama rata dan tiada pilih kasih.

16. Malah, hasil analisa pihak Price Waterhouse Coopers (PWC), konsultan yang dilantik kerajaan bagi menjalankan kajian kos dan manfaat ekonomi terhadap Malaysia mendapati kesan TPPA kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tidaklah terlalu signifikan – hanya menyumbang kenaikan 1.1% KDNK dan kenaikan 0.9% eksport negara pada 2027, satu lonjakan yang sangat rendah dan tidak signifikan kepada ekonomi negara yang perlu berkembang pada kadar 5%-7% setahun.

17. Di samping itu, kajian PWC mendapati tiga sektor yang bakal mendapat kesan negatif adalah industri yang menghadapi persaingan yang lebih sengit pasca-TPPA seperti minyak & gas, minyak sawit, dan pembinaan, di mana sektor ini merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara dan dikuasai syarikat Bumiputera.

18. Manakala, tiga sektor yang bakal mendapat manfaat pasaran terbuka di bawah TPPA kelak adalah perniagaan yang berorientasikan eksport seperti tekstil, komponen automotif, dan elektrikal & elektronik, di mana sektor ini kebanyakannya dikuasai firma Amerika Syarikat dan Eropah. 


19. Semua syarat-syarat perjanjian adalah ditulis oleh mereka untuk mendapat persetujuan kita, walaupun kita boleh tidak bersetuju, tetapi tentu sahaja perundingan yang sebegitu besar jangkauannya itu mempunyai agenda tersembunyi oleh kuasa besar. Kerisauan ini adalah berasas apabila meneliti perjanjian TPP yang menyebut tentang satu entiti Penyelesaian Pertikaian Negara-Pelabur (ISDS) akan memberi kesan dan membuka lebih ruang untuk Kerajaan Malaysia disaman dengan alasan “keadilan dan kesamarataan”.

20. Langkah-langkah perundangan yang terpaksa diakur oleh kerajaan Malaysia apabila TPPA dilaksanakan juga adalah bercanggah dengan prinsip perundangan antarabangsa yang sepatutnya bersifat sukarela dan atas dasar kontrak moral. Ditambah pula, ianya nanti akan dikawal oleh undang-undang perdagangan antara bangsa dan mahkamahnya adalah laksana sarang labah-labah. Akhirnya hanya dapat menghukum syarikat syarikat kecil dari negara kecil seperti kita. Apakah jaminan negara besar yang menjadi anggota boleh mematuhinya dan bersedia diambil tindakkan undang-undang yang adil ?.

21. Adalah lebih berhikmah kita membina gagasan ‘Masyarakat Madani Global’ bersama negara serantau (Agenda 1-Asean) dan sesama negara Islam (Agenda 1-Ummah) dengan konsep kita yang adil dan saksama. Kita bina kekuatan sendiri terlebih dahulu dengan sumber kita, kemudian boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja di seluruh pelusuk dunia, timur dan barat, bukan sahaja terikat dengan pintu TPPA bahkan lebih banyak pintu yang boleh dimasuki dan dibuka tanpa ikatan dengan sesiapa.

22. Adalah lebih baik diperkenalkan konsep Islam kepada dunia, setelah kegagalan sosialisma dan tanda kelemahan liberal kapitalisma. Di antaranya ialah penyakit muamalah riba, senjata zionis yang sedang meruntuhkan ekonomi Amerika sendiri. Inilah Firman Allah :
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Al-Baqarah: 278-279)

23. Inilah kerja Tabung Kewangan Antara Bangsa (IMF) yang dibayangi Zionis dan inilah juga urusan institusi kewangan yang memangkin TPPA bersama Amerika. Maka TPPA adalah ibarat menjadikan negara anggotanya laksana tongkat untuk berdepan dengan krisis ekonomi dan berdepan dengan gagasan kuasa besar ekonomi yang baru iaitu China, Rusia dan kumpulannya dalam gagasannya, bukan untuk berpakat secara saksama dan adil.

24. Sepatutnya kerajaan kita menunaikan yang wajib terlebih dahulu daripada sumber sendiri, iaitu mengolah hasil bumi kita dengan baik, dan bumiputera yang menjadi sumber manusia terbesar, tetapi masih terkebelakang kerana program pembangunan manusia yang salah, sehingga kaum bumiputera masih ketinggalan, walaupun sudah merdeka lebih daripada setengah abad.

25. TPPA tidak mampu menjadikan sumber kita untuk kemajuan kita sendiri, tetapi lebih menjadi khadam atau abdi sekali lagi kepada pihak yang lebih besar dalan konsep ekonomi liberal ini. Pembahagian kelas masyarakat dalam negara kapitalis juga menjadi acuan dalam masyarakat antara Negara. Mereka sudah membahagikan kepada Kumpulan Negara maju dan kumpulan yang dinamakan sedang membangun, dalam konsep kapitalis tetap meneruskan sumber kekayaan berpusing di kalangan yang kaya dan maju sahaja. Al Quran menyebut :
“Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.” (Al-Hasyr: 7)

26. Sepatutnya negara bekas tanah jajahan ini sedar dan insaf, betapa peranan yang zalim daripada negara bekas penajah, sejak zaman mereka memerintah kita secara langsung, sehinggalah selepas dikatakan kita sudah merdeka dan diletakkan di dalam bakul bekas jajahan dengan berbagai nama yang disenaraikan dalam negara sedang membangun yang tidak diizinkan bangun sendiri.

27. Bersamalah kita selaku Ahli Dewan Rakyat yang bertanggungjawab ke atas kepentingan negara, menghalang sebarang bentuk campurtangan asing dalam menentukan urusan politik dan ekonomi tanahair, dengan menolak usul penyertaan Malaysia ke dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ini, demi masa depan negara dan generasi akan datang.

28. Saya sangat yakin akan kemampuan kita untuk berdiri di atas kaki sendiri, dan begitu optimis terhadap kebolehan yang ada di kalangan generasi muda negara, untuk mencorak kejayaan di abad ini dan melakar kecemerlangan di masa akan datang, mengikut acuan dan kebijaksanaan kita sendiri.

0 comments: