Perjanjian TPPA tajaan Amerika Syarikat bakal mengundang malapetaka besar buat Negara Malaysia. PAS melihat ianya satu bentuk penjajahan baru yang akan menindas dan membebankan rakyat.
Justeru itu PAS Pulau Pinang komited menentang perjanjian zalim ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua amilin dan penyokong PAS Pulau Pinang agar kita bersama-sama hadir didalam Himpunan Aman Bantah TPPA yang dianjurkan oleh Kongres Rakyat.
Program tersebut akan berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada hari Sabtu 23 Januari akan datang. Dengan itu marilah kita beramai-ramai turun mempertahankan negara kita dengan menentang perjanjian zalim yang cuba dicapai ini.
Jangan biarkan perjanjian ini berlaku hinggakan maruah negara tergadai dan rakyat sengsara.
Ayuh! Banjiri Dataran Merdeka dengan Lautan Hijau Fastaqim demi membantah perjanjian TPPA ini.
BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Penerangan PAS
Pulau Pinang
4 Rabiul Akhir 1437H bersamaan 14 Januari 2016M
0 comments: