Kuala Lumpur, 26 Januari 2016: TPPA ialah usaha agenda pemerdagaan Barack Obama (Amerika Syarikat), yang mana akan memberi kebenaran mudah kepada negara-negara anggota TPPA untuk masuk dan menyertai pemerdagaan Malaysia, tegas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan di dalam Ceramah Perdana TPPA: Negara Tergadai.
Ceramah itu telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 22 Januari 2016 di Darul Ummah Markas PAS Titiwangsa, Kg. Pandan itu menampilkan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Tn. Hj Azmi Abd. Hamid (Presiden MAPIM) dan Saudara Azlan Awang (Timb. Pengerusi NGO Bantah TPPA). Sdr. Azlan Awang menegaskan bahawa dengan TPPA peluang pekerjaan akan terjejas teruk, selain itu kos sara hidup juga akan meningkat dan jurang pendapat antara kaya dan miskin juga akan melebar.
Begitu juga Tn Hj. Azmi juga ada membangkitkan bahawa TPPA bukan memberi kesan kepada perdagangan sahaja bahkan ia turut melibatkan urusan kedaulatan negara, politik, pentadbiran, hak cipta, kesihatan dan sebagainya. Kehadiran hadirin amat menggalakkan ditambah lagi dengan kaunter pendaftaran ahli juga sesak dengan orang awam yang berpusu-pusu untuk berdaftar sebagai ahli PAS.
Ceramah diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ustaz Idris Ahmad Naib Presiden PAS dengan menegaskan TPPA lebih banyak buruk dari baiknya dengan rekod-rekod beberapa negara yang disaman oleh beberapa syarikat gergasi selepas menandatangani perjanjian berat sebelah ini.
0 comments: