Flashmob Pra Bantah TPPA di Wangsa Maju Mendapat Sambutan

Kuala Lumpur, 18 Januari 2016: Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju dan Titiwangsa berjaya mengadakan Flashmob Bantah TPPA sempena himpunan aman Bantah TPPA yang akan berlangsung di Dataran Merdeka Sabtu ini.

Program tersebut telah diadakan bermula jam 6 petang sehingga 7 malam di Petronas Taman Melati berhadapan dengan MRR2, turut hadir mengambil bahagian iaitu ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan dan orang awam yang berada disitu.

Flashmob kali ini membawa mesej kepada rakyat agar sama-sama hadir ke perhimpunan Bantah TPPA yang dianjurkan oleh Kongres Rakyat bagi menyatakan bantahan secara aman agar kerajaan persekutuan tidak menandatangani perjanjian 'kuku besi' tersebut yang dijadualkan pada awal Februari ini.

0 comments: