Oleh: HAFIZAN TAIB
TANJUNG SEPAT, 17 JAN : Peminaan jeti baru di sini bakal merancakkan aktiviti tempatan dan membawa manfaat dari segi ekonomi kepada masyarakat tempatan terutama nelayan.
Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan, berkata langkah diambil Kerajaan Negeri bersesuaian dengan kehendak semasa di kawasan itu kerana penduduk memerlukan jeti baru selepas jeti sedia ada runtuh.
"Bila dibina jeti baharu ia amenjadi pemangkin ekonomi setempat dan masyarakat akan menikmati impaknya,” katanya kepada SelangorKini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, merasmikan projek pembinaan semula jeti nelayan Tanjung Sepat di sini, hari ini.
Beliau berkata, perbincangan bersama Kerajaan Negeri bagi pembinaan semua jeti terbabit dibuat selepas kata persetujuan dicapai dengan persatuan nelayan tempatan.
Katanya, pembinaannya juga mengakhiri masalah jeti yang berlarutan di kawasan itu lebih 20 tahun.
“Wakil rakyat sebelum ini tidak mengambil peduli dan tidak membuat cadangan kepada Kerajaan Negeri.
“Alhamdulillah hari ini adalah detik bersejarah bagi Tanjung Sepat kerana mendapat jeti baru dan terima kasih Kerajaan Negeri,” katanya.
0 comments: