
KEKELIRUAN ANTARA JIHAD NAFSU DAN JIHAD PERANG
Ramai yang menganggap Jihad NAFSU adalah jihad terhebat (JIHAD AKBAR) berdasarkan kepada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah menganggap jihad perang adalah jihad kecil, manakala jihad nafsu adalah jihad AKBAR.
Pertamanya, Hadis yang mengatakan jihad nafsu adalah jihad akbar adalah BUKAN HADIS. Sekiranya ianya hadis pun, ia hadis yang sangat sangat daif. Kedua, Hadis ini bertentangan dengan banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menjelaskan kelebihan jihad perang. Ini kerana, jihad peperangan akan merangkumi jihad nafsu juga.
Sebenarnya, Jihad bukan semestinya perang, tetapi ia bermaksud segala usaha untuk memartabatkan agama Allah dan mengembangkan ajaran Islam. Usaha ini pastinya akan menerima tentangan, tekanan dan cabaran yang hebat sama ada dari orang Islam mahupun orang bukan Islam. Kemuncak tentangan tersebut ialah peperangan.
Terdapat gesaan yang selalu dibuat kepada orang Islam ialah untuk menumpukan kepada jihad nafsu sahaja. Ia hanyalah propaganda yang hanya bertujuan untuk mengalih perhatian orang Islam kepada usaha untuk memperbaiki diri sendiri sahaja, dan meninggalkan usaha dakwah dan buat gerak kerja Islam yg lain. Ia adalah serangan halus untuk mematikan roh jihad dan semangat perjuangan Islam dari orang Islam.
Usaha dakwah ialah usaha untuk memperbaiki dan mengubah hal ehwal orang lain. Kesungguhan melaksanakan usaha ini dinamakan dengan jihad. Musuh Islam semestinya mahu orang Islam tinggalkan jihad.
Dr Muhammad Faisal
0 comments: