Kes Saman: LGE, Nasruddin setuju tidak panjangkan isu

GEORGE TOWN : Perbicaraan kes saman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasharuddin Hassan berakhir dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi isu berkenaan.
Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bermula sekitar jam 10.45 pagi apabila Hakim, Lim Choong Fong memanggil keduanya ke kamar beliau sekitar 30 minit.
Memulakan perbicaraan, peguam Lim Guan Eng memaklumkan bahawa kedua-dua belah pihak mempunyai kesepakatan berkenaan kes tersebut.
Hakim kemudiannya mengarahkan Ustaz Nasharuddin untuk tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan tersebut.
Nasharuddin antara lainnya menyebut telah bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi isu berkenaan.
Hakim kemudiannya bersetuju menerima bahawa kes tersebut diselesaikan dengan kos Guzman sebanyak RM 10 ribu ditanggung oleh pihak defendan.
Nasharuddin ketika ditemui di luar mahkamah berkata, persetujuan dicapai pihaknya selepas Lim mengemukakan bukti dan kedua dua pihak tidak mahu memanjangkan kemelut tersebut.
Menurut beliau, saman dibuat Lim ekoran satu artikel melalui laman Facebooknya yang mendakwa projek Penang Tunnel dibuat tidak melalui tender terbuka.
Tambah beliau, artikel dibuat sekitar April 2014 lalu.
Nasharuddin diwakili peguam Wan Rohimi dengan dibantu peguam Mohd Faizi Che Abu serta Yusfarizal Yussoff.
Antara pimpinan PAS yang turut mengiringi Nasharuddin termasuk Setiausaha PAS Pulau Pinang dan beberapa pimpinan PAS Padang Serai, Kedah, Pemuda dan petugas Unit Amal.

0 comments: