Kesilapan Pemimpin BN, Jangan Mangsakan Pelajar.
Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
21/1/16
JPA perlu mengkaji semula cadangan untuk menggantung biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kursus ijazah dan bursari Kementerian Pendidikan bagi pra-universiti gara-gara kejatuhan pendapatan negara.
Kenapa pelajar menjadi mangsa? Kenapa soal pendidikan menjadi mangsa?. Apakah kita sanggup korban pelaburan jangka panjang mengenai modal insan negara kita.
Ia membabitkan 700 pelajar untuk ke universiti tempatan dan seberang laut. Mereka ini ialah mereka yang terpilih dari kalangan pelajar yang cerdik. Kenapa perlu mereka ini yang menjadi mangsa?. Sudah tentu pelajar ini mengambil jurusan yang kritikal dan diperlukan oleh negara pada masa akan datang.
Apa kelebihan yang mereka dapat, sedangkan mereka belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan supaya mendapat biasiswa, bukan pinjaman.
Saya juga bimbang biasiswa untuk pelajar yang berada di peringkat Matrikulasi juga terbabit.
Kesilapan kerajaan BN yang tidak berhemah sewaktu pendapatan negara yang melimpah ruah, akhirnya pelajar yang menjadi mangsa. Itu pun masih rasa tidak bersalah atas apa yang berlaku. Sebaliknya beban ini dikembalikan kepada rakyat.
Kenapa tidak kurangkan bajet untuk Jabatan Perdana Menteri. Program PLKN, 9 orang yang bertaraf Duta dan Penasihat, Pejabat Persekutuan di negeri yang diperintah oleh pembangkang mesti dihentikan segera. Perdana Menteri dan anggota kabinet mesti berkorban dahulu, bukannya pelajar.
0 comments: