PAS Terus Mara Mempersada Islam Ke Arah Malaysia Sejahtera

PAS TERUS MARA MEMPERSADA ISLAM KE ARAH MALAYSIA SEJAHTERA

Alhamdulillah. Pelbagai program-program Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di sana sini di seluruh negara di semua peringkat Cawangan, Kawasan, Dewan dan Pusat. Alhamdulillah, semuanya terus mendapat sambutan.

Berikut merupakan program-program utama yang berlangsung serentak hari tersebut (16 Januari 2016):
1. Terengganu Darul Iman: Nadwah 'Ulamak PAS Terengganu di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa, Kuala Nerus.

2. Kelantan Darul Naim: Liqa Penerangan PAS Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu.

3. Wilayah Persekutuan Putrajaya: Konvensyen Usahawan Haraki (KoUsaHa) anjuran Lajnah Ekonomi, Pengurusan Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat di Hotel Everly Putrajaya.

4. Pahang Darul Makmur: Pelancaran NGO GENERASI di bawah Lajnah Tanah dan Peneroka PAS Pusat di Kompleks Al-Makmur, Kerdau.

Semoga kita semua terus beristiqamah. Semoga Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya dalam perjuangan memartabatkan Islam di Malaysia melalui wasilah PAS.
Sama-samalah kita berdoa, "Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah imanku, hatiku agar tetap dalam perjuangan Islam melalui wadah PAS ini". Allahumma Aamiin.

0 comments: