PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK KRISTIAN GAGAL DI EROPAH, BAWA KE MALAYSIA PULA


PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
KRISTIAN GAGAL DI EROPAH, BAWA KE MALAYSIA PULA


Setelah seorang wanita pengkaji agama dari Kanada mengkaji keseluruhan kitab-kitab agama yang ada, beliau mendapati bahawa apa yang didakwa sebagai injil, taurat, malah kitab veda hindu, kitab buddha dan seumpamanya yang ada kini adalah rekaan manusia semuanya. Hanya satu sahaja yang didapati bukan rekaan manusia, iaitu al-Quran yang dibawa Islam.

Wanita tersebut telah berdebat dengan ramai sami, pendita dan paderi gereja berkenaan kitab-kitab mereka. Semua mereka tewas dengan hujah-hujah wanita. Akhirnya beliau membuat keputusan untuk memeluk Islam.

Kini, paderi-paderi tidak lagi berani berdebat dengan Islam. Mereka tahu mereka akan kalah. Mereka hanya pandai berdolak-dalih mengelak dari berdebat.

Atas sebab itu, kristian tidak lagi laku di negeri berpendidikan tinggi seperti di Jerman, Perancis, Britain dan beberapa negara Eropah lain. Masyarakat di sana sudah meninggalkan ajaran kristian yang selama ini menjadi agama rasmi negara mereka.

Malangnya setelah ditolak di Eropah, missionary kristian cuba pula membawa ajarab mereka ke negara-negara Afrika, yang jauh dari pendidikan dan tamadun. Mereka turut membawanya di pedalaman negara kita seperti di Sabah dan Sarawak.

Mereka menyebarkan agamanya bukan melalui hujah dan ilmu, sebaliknya menggunakan umpan wang dan bantuan. Masyarakat yang kesempitan hidup mudah menerima bantuan mereka dan akhirnya terpengaruh dengannya. Ini adalah penyelewengan atas nama agama. Perkara yang membahayakan ini perlu ditangani.

Masjid Rusila
15/1/16

(Alang Ibn Shukrimun)

0 comments: