
[TAZKIRAH]
Keutamaan Mengingati Mati
“Banyakkan mengingati mati,sebab yang demikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya zuhud di dunia.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
“Perbanyakkan mengingat-ingat sesuatu yang menghilangkan segala macam kelazatan yakni kematian.” (Riwayat Tirmizi)
Bagaimanakah jalan yang sebaik-baiknya mengingati mati?
Jalan yang sebaik-baiknya untuk itu ialah dengan memperbanyakkan kenang-kenangan kepada kawan-kawan atau teman-teman sepergaulannya yang telah terlebih dahulu meninggalkannya.Ingat mereka sebentar,bagaimana kematian mereka itu dan bagaimana akhirnya tempat kediaman mereka di bawah tanah.Ingat pulalah sejenak rupa-rupa mereka itu,juga kedudukan dan jabatan mereka di kalangan masyarakat.
Tentunya kebagusan rupa dan kedudukan semua telah dilenyapkan oleh tanah yang menutupnya,bahagian-bahagian tubuhnya tentu sudah bercerai-berai antara yang satu dengan yang lainnya dalam kubur mereka.Masjid dan majlis pun berkurang kerana ditinggalkan mereka.
Selanjutnya hendaklah diresapkan dalam hati bahawa ia tidak berbeza sama sekali dengan keadaan kawan-kawan yang lebih dulu pulang ke rahmatullah itu.
(Syeikh Muhammad jamaluddin Al Qasimi - Mau’izatul Mukminin)
0 comments: